Bab 56

3K 48 11
                                    

Perkarangan kubur arwah Jundullah binti Abdullah diziarahi oleh para sahabatnya dan juga bekas isterinya.

Jazmin memegang batu nisan yang terukir nama adik angkatnya, senyuman tipis terukir di wajahnya. “Assalamualaikum baba, umi dengan Sebastian datang melawat baba ni.” Dia mengusap kandungannya yang baru berusia 3 bulan. Walaupun jantina kandungannya masih belum diketahui, namun Jazmin berharap ianya ialah seorang lelaki kerana Jun inginkan anak saudara pertamanya ialah seorang lelaki.

“Akak nak baby girl ke baby boy?” tanya Jun kepada kakaknya yang ralik membelek majalah.

Berkerut wajah Jazmin memandang adiknya, galak betul adik dia ni. Dia berpantang pun belum habis dah tanya soalan yang bukan-bukan. “Jun nak makan selipar terbang ke?” soal Jazmin, dia sudah memegang seliparnya.

Pantas Jun menggelengkan kepalanya, “Ish kakak ni, orang bergurau je!” Jun mencebik tanda memprotes. Ingat perempuan je ke boleh merajuk? Lelaki pun boleh okey.

Jazmin meletak kembali seliparnya di lantai, “Akak berpantang pun belum habis tau.” Kata Jazmin, sengaja dia berpura-pura marahkan adiknya.

Jun berpeluk tubuh, dia memegang tangan kakaknya. “Tapi, kalau nanti akak dah pregnant, Jun nak baby boy tau. Nanti boleh dia jagakan umi dia ni!” secepat mi segera wajahnya berubah ceria.

Jazmin menggelengkan kepalanya, “Mengada betul kamu ni.” Jazmin mencubit hidung adiknya lalu ditariknya.

“Sakitlah!” Jun mengaduh, dia menggosok-gosok batang hidungnya yang sudah berona merah. Jazmin tergelak kecil melihat wajah adiknya, dah macam orang tertekan sebab tak dapat membuang hajat.

“Nanti namakan anak akak Sebastian tau. Khairil Sebastian.” Tambah Jun lagi. Dia kelihatan amat teruja, dia sepertinya dapat merasakan bahawa kakaknya akan mengandung  lagi sekali dalam masa terdekat.

Tindakan Hayqal yang mengusap lembut belakang isterinya telah mengembalikan Jazmin ke realiti. Dia tersenyum kelat kepada suaminya. “Akak balik dulu. Esok akak datang lagi.” Kata Jazmin kepada pusara adiknya, dia membendung tangisannya kerana dia yakin adiknya pasti akan sedih jika melihat dia bersedih ke atas pemergiannya.

Syaf duduk di atas tanah berlapikkan tikai getah, “Assalamualaikum Jun. Syaf rindu Jun.” Baru sahaja memulakan kata-katanya, air matanya sudah jatuh berguguran.

Mereka yang lain hanya mampu memandangnya dengan penuh simpati. Di hari pertama perkahwinan mereka, Syaf sudah menjadi janda. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

Syaf mengusap tangisannya, “Tapi, Syaf nak berterima kasih dekat Jun sebab sanggup jadi suami Syaf yang tak seberapa ni.” Dia amat bersyukur dikurniakan seorang suami seperti Jun, walaupun hanya seketika sahaja.

Syaf memegang batu nisan suaminya, “Syaf dah nak pergi. Syaf akan cuba jaga hati Syaf hanya untuk Jun seorang. Nanti kita jumpa balik di syurga ya?” kata Syaf dengan penuh emosi. Dia sudah nekad untuk menutup pintu hatinya buat lelaki-lelaki lain, termasuklah Afeeq, cinta pandang pertamanya.

Mereka semua telah berbincang tentang hala tuju Syaf dan mereka telah memutuskan untuk melepaskan Syaf untuk hidup bebas. Hari yang dinanti-nantikan oleh mereka semua telah tiba, dan sudah tiba masa untuk Syaf mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semua.

Syaf mencium batu nisan milik bekas suaminya. Di saat Jun masih bernyawa, dia tidak pernah mencium suaminya. Biarlah dia mencium batu nisan suaminya sebagai ganti.

Syaf bangkit dari tikar getah, dia menoleh ke arah mereka yang sedang berdiri di belakangnya. “Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Syaf tersenyum tawar.

“Jaga diri.” Pesan Ed kepadanya. Dia menganggukkan kepalanya. Langkah Syaf diaturkan ke arah teksi yang sedang menunggunya di luar perkuburan.

Syaf melangkah masuk ke dalam perut teksi. “Stesen Bas MBKT.” Kata Syaf kepada pemandu teksi tersebut, lelaki yang sudah berusia itu menganggukkan kepalanya lalu tangannya memasukkan gear.

 Syaf menoleh sekilas ke arah kubur bekas suaminya, ‘Selamat tinggal Jun.’ Biarlah kenangan indahnya bersama Jun terkubur di sini buat selama-lamanya. Biarlah takdir memisahkan mereka hanya buat seketika. Dia yakin, mereka pasti akan bertemu kembali di dalam syurga.

Akan dia jaga hatinya hanya untuk lelaki yang bernama Jun Heins Vinci hingga ke akhir hayatnya, insyaallah.

THE END

[1] Demi Kita ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora