Bab 49

884 42 3
                                    

Knock knock. Faaeqa menolak daun pintu, dia melangkah masuk bersama sedulang makanan. “Akak dah mandi?” Tanya Faaeqa kepada Jazmin yang sedang menggelamun di jendela.

“Dah.” Dia tidak menoleh langsung ke arah Faaeqa. Semenjak pulang dari hospital, dia asyik berkurung je dalam bilik. Nak bercakap dengan orang lain? Jangan haraplah. Suaminya datang melawatnya pun dia tidak memberi sebarang respon, hanya wajah bekunya sahaja yang ditayang.

Faaeqa meletakkan makanan tadi di atas meja. Dia menghampiri Jazmin lalu bahu Jazmin ditariknya agar wajah mereka bertentangan, “Akak, akak kan dalam pantang, mana boleh terlalu aktif.” Nasihat Faaeqa. Dia menarik tangan Jazmin menuju ke katil. Jazmin melabuhkan punggunya di atas katil.

“Makan.” Faaeqa menghulurkan bubur yang dibawanya. Tanpa banyak kata, Jazmin terus menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya.

Ini dah hari ke-14 Jazmin berpantang, asyik terperap je dalam bilik, dia pun dah jemu. Kalau boleh, dia nak keluar ambil udara segar. Tak pun melawat taman bunga ke, haih...

“Kenapa mengeluh ni?” Kedengaran suara Jun menyapa telinga Jazmin. Terus dia menoleh ke arah adiknya. Eh? Sejak bila pula adik dia masuk?

Jun sepertinya dapat meneka apa yang sedang bermain di kepala Jazmin terus membalas, “Faaeqa dah keluar. Jun saja je melawat akak harini, rindu.” Jun mengusap kepala Jazmin lembut.

Jazmin membalikkan mata putihnya, “Akak bukan budak lah.” Katanya dengan nada meluat. Jun menjelirkan lidahnya, budak ke tak budak ke, baginya kakaknya tetap sama, masih memerlukan kasih sayang yang secukupnya dari adiknya yang teramat kacak ni.

“Nak keluar?” Soal Jun. Dengan teruja Jazmin menganggukkan kepalanya. Akhirnya, ada juga yang nak bawa dia keluar dari ‘penjara’ ini.

Jun mencuit hidung kakaknya, “Habiskan makanan dulu, nanti kita keluar.” Jazmin meneruskan suapannya sehinggalah bubur di dalam mangkuk itu habis licin. Jun tersenyum melihat kakaknya, nasib baik dia habiskan makanan yang dibawa harini.

Risau juga Jun semalam apabila Faaeqa memberitahunya bahawa Jazmin hanya mengusik sedikit sahaja makanan yang disediakan. Kakaknya ini memang keras kepala orangnya.
 
.

“Bunga tu letak atas sikit.” Arah Hayqal kepada pekerja yang sedang menguruskan dekorasi untuk makan malamnya dengan Jazmin nanti.

“Dah boleh ke?” Tanya pekerja itu. Hayqal mengangkat kedua-dua ibu jarinya sebagai respon.

Fack berdiri di belakang Hayqal, “Diorang dah sampai.” Bisik Fack. Hayqal menyuruhnya untuk tolong perhatikan pekerja-pekerja yang lain melakukan kerja mereka dengan baik sebelum dia melangkah pergi.

Hayqal masuk ke dalam perut Proton Ezora Premium yang digunakan oleh arwah ayahnya untuk menculik isterinya tempoh hari. Kelihatan tiga orang lelaki di dalam, mereka masing-masing menundukkan kepala apabila Hayqal tiba.

Hayqal menutup pintu kereta, “Kau kenal siapa aku?” Soal Hayqal kepada mereka bertiga. Laju mereka menganggukkan kepala mereka.

“Kau tahu siapa yang kau culik haritu?” Tanya Hayqal lagi. Mereka semua menggelengkan kepala tanda tidak tahu, kecuali lelaki yang sedang duduk di tempat pemandu. Dia diam tidak berkutik.

Hayqal malas nak membazirkan air liurnya, dia terus mengacukan mulut pistolnya ke dahi lelaki itu, “Kau tahu ke tak?” Soal Hayqal.

“Ta.. tahu!” Jawabnya dengan cemas. Lelaki yang sedang menyoalnya ini bukan calang-calang orangnya. Kalau dalam dunia kongsi gelap tak kira di dalam negara atau di luar negara, pasti semua akan mengenalinya. Hayqal terkenal dengan sifat tidak berperikemanusiaannya, apabila dia membunuh, memang tiada belas kasihan langsung.

“Habis tu kau culik dia kenapa?” Soal Hayqal lagi.

“A.. aku culik se.. sebab dapat bayaran je.” Jawab lelaki itu dengan jujur.
Hayqal tersenyum mesra, “Aku suka orang jujur.” Katanya. Eh? Lelaki itu mengangkat wajahnya untuk memandang Hayqal, lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya. Adakah ini bermaksud dia akan terlepas dari dibunuh oleh Hayqal?

Senyuman Hayqal pudar, “Tapi aku tak suka orang sentuh isteri aku.” Habis menuturkan ayatnya, terus tembakan dilepaskan ke dahi lelaki itu. Darah merah terpercik ke tingkap dan cermin kereta yang gelap itu.

Dua orang tadi mula cemas. Mereka membuka pintu kereta dan bersedia untuk melarikan diri, namun mereka terlambat kerana Luca dan Lucas sudah berdiri di luar untuk menunggu mereka.

“Kau dua orang tetap akan mati, yang berbezanya ialah masa sahaja.” Kata Hayqal mendatar. Luca dan adiknya memilih untuk mengelar leher mereka menggunakan pisau rambo daripada menggunakan pistol. Mereka tak ingin menghabiskan peluru mereka terhadap perkara yang tak bermanfaat.

Hayqal menyimpan senjatanya ke dalam blazzer hitamnya, “Bawa balik villa dan campak diorang dalam kandang Leo dengan Dexter. Diorang pun dah lama tak makan daging manusia.” Pesan Hayqal sebelum melangkah pergi. Leo dan Dexter ialah serigala peliharaan mereka.

Lucas berpeluk tubuh, “Kenapa tak campak dalam sungai je?” Tanya Lucas kepada abangnya.

Luca menjentik dahi adiknya yang luas, “Kalau campak dalam sungai, nanti polis akan siasat kes ni. Baka.” Sempat lagi Luca mengata adiknya. Tapi ada betul juga katanya itu, adiknya memang cetek akal sikit.

Mereka berdua mengusung mayat lelaki itu ke dalam bonet kereka. Lelaki yang sudah mati di tempat pemandu tadi dicampak ke tempat penumpang. Enjin kereta dihidupkan, dengan lajunya kenderaan tersebut meluncur di atas jalan raya.

“Kau nak tahu tak?” Lucas memulakan perbicaraan antara mereka berdua.

“Apa?” Balas Luca acuh tak acuh, dia focus dengan pemanduannya.

“Semalam, aku mimpi Jun kena tembak.” Sejurus ayat itu meluncur keluar dari mulut adiknya, terus Luca memijak pedal brek.

“Kau biar betul?” Tanya Luca, matanya terbuntang luas. Adiknya menganggukkan kepala dengan laju, “Betul. Tak tipu.” Dia siap mengangkat tangan kanannya sebagai tanda bersumpah.

Luca tergelak kecil, “Mainan tidur je tu.” Katanya yang cuba untuk menyedapkan hati adiknya. Hakikatnya, Luca sendiri juga mendapat mimpi yang sama. Di dalam mimpi itu, pada hari Jun ditembak, dia memakai sepasang baju melayu berwarna putih.

‘Ini tak boleh jadi ni. Aku kena bagitahu dekat Jun.’ Bisik hati Luca. Soal maut bukanlah perkara yang boleh dibuat main baginya. Walaupun ianya hanya mimpi, namun boleh jadi ia ialah satu petunjuk.

[1] Demi Kita ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin