Bab 41

960 49 11
                                    

Hati Hayqal tertanya-tanya, dimanakah perginya isteri tercintanya? Selalunya bila dia pulang dari pejabat, Jazmin akan menyambutnya. Tapi jangankan bayang, suaranya pun tidak kedengaran.

"Sayang. Ooo sayang." Panggil Hayqal. Tiada sahutan. Kemana la pergi isteri aku ni? Takkanlah nak main hide and seek pula?

Hayqal terus menapak ke bilik tidur mereka, Jazmin juga tiada di situ. Dia mengeluh kecil. Matanya menangkap sepucuk surat yang terletak di atas meja solek. Terus surat itu dicapainya, dia membaca isi yang tertulis di situ.

Ke hadapan suami tercinta, Hayqal :

Min minta maaf kalau Min pernah melukakan hati abang, Min minta ampun dari hujung rambut hingga ke hujung jari Min. Maafkan Min, Min terpaksa tinggalkan abang buat sementara waktu. Min perlukan masa untuk tenangkan hati dan perasaan Min.
Jaga diri ya? Jaga hati abang hanya untuk Min ok? Jaga iman dan solat abang juga. Assalamualaikum. Min sayang abang >3

Sincerely, your princess, Jazmin.


Terketar-ketar tangan Hayqal, air mata jantannya muka bertakung di tubir matanya. Apa yang dia dah buat sampai isteri dia nekad nak larikan diri dari rumah?

Hayqal mengoyakkan surat tersebut lalu dibuang ke udara, "Tak mungkin!" Jeritnya, dia meramas-ramas rambutnya. Dia mula rasa tertekan.

Mengapa dia tidak sedar dia telah melukai isterinya? Kenapa? Kenapa? Hayqal asyik mengulangi pertanyaan itu kepada dirinya. Habis semua barang yang ada di atas meja dicampaknya ke lantai.

.

Di sudut yang lain, Jazmin sedang bergegas ke lapangan terbang bersama dengan Fack dan Faaeqa. "Takpe ke ni kalau saya tiba-tiba hilang?" Tanya Jazmin. Hatinya mula runsing akan suaminya.

Dia bukan apa, suaminya itu dahlah tinggal berdua je dengannya di kediaman mereka. Walaupun sistem keselamatan kediaman mereka ketat, namun dia tetap risau jika ada yang busuk hati sampai sanggup melakukan perbuatan khurafat seperti santau atau nasi kangkang terhadap suaminya.

Faaeqa memegang bahu Jazmin, "Don't worry. Abang ngah dengan yang lain tahu macam mana nak uruskan dia nanti." Kata Faaeqa yang berniat untuk mententeramkan hati Jazmin, namun makin gelisah hati Jazmin dibuatnya.

Fack menoleh ke arah Jazmin, "Kau tak payah lah risau, kau ikut je Faaeqa pergi Paris, rehatkan otak dengan minda kau tu. Aku dengan yang lain akan uruskan Hayqal." Kata Fack dengan tenang.

"Erm.. baiklah." Balas Jazmin acuh tak acuh. Haih, agak-agaknya, apa reaksi suaminya apabila tahu dia sedang mengandung? Pasti suaminya teruja dan gembira.

.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Clara datang menyerang Moses. "Moses!" Tangan Moses direntap kasar oleh Clara.

Moses menarik tangannya, "Kau nak apa?" Tanya Moses mendatar.

Khadijah yang sedang asyik mengangkat kain jemuran terus memerhatikan gelagat mereka berdua. 'Girlfriend dia kot.' Bisik hati Khadijah. Selesai mengangkat jemuran, dia terus masuk ke dalam rumah. Malas nak ambil tahu hal orang yang tiada kaitan dengannya.

"Mana perempuan tu?" Tanya Clara, matanya mencerlung luas memandang Moses. Pasti lelaki itu dah melarikan perempuan itu. Dia takkan mengalah selagi Jun tidak menjadi miliknya.

Moses mengerutkan wajahnya, "Perempuan mana ni?" Tanya Moses yang masih lagi tidak dapat meneka siapakah yang dicari oleh Clara.

Clara bercekak pinggang, "Perempuan yang kau tolong haritu lah!" Bentak Clara dengan bengang. Apa kejadahnya Moses ni? Buat-buat tak tahu pulak, makin panas Clara dibuatnya.

Moses berfikir sejenak, "Ouh Syaf ke? Dia ada dengan Jun. Kenapa?" Balas Moses acuh tak acuh.

"Apa? Dengan Jun?" Nyaring kedengaran nada Clara, sakit telinga Moses dibuatnya. Dasar perempuan sundal tak guna! Berani dia rampas Jun daripada aku! B*bi betul!

Moses pula yang berpeluk tubuh, "Lemme guess. Kau ni mesti frust menonggeng sebab Jun tolak cinta kau haritu kan? Lepastu kau nak bunuh Syaf sebab Jun sukakan dia, betul tak?" Teka Moses.

Bukannya dia baru kenal Clara sehari dua, dah bertahun-tahun dia satu syarikat dengan Clara. Jangankan luaran, dalaman Clara pun dia dah masak.

Clara menghadiahkan jelingan tajam kepada Moses, 'Ini pun sama je, laki tak guna!' Bentak hati Clara geram. Satu idea singgah di fikirannya, why not dia gunakan je Moses untuk hapuskan Syaf? Kalau dia berpakat dengan Moses, lelaki itu pasti setuju kerana dia pernah menaruh perasaan terhadap Clara.

Clara memegang lengan sasa Moses, "Tolong aku, boleh?" Clara menayangkan wajah meminta simpatinya.

Khadijah mengintai Moses dan Clara dari celah tingkap. Elok la tu, sorang perangai dah macam samseng jalanan, sorang lagi pakai macam tak cukup kain, macam perempuan jalanan. Dah sepadan dah mereka berdua tu. Desis hati Khadijah.

"Khadijah. Intai apa tu?" Tegur Zainab. Terus Khadijah menutup tingkap lalu menggelengkan kepalanya.

Nada Moses melonjak naik seton apabila Clara menyatakan permintaannya, "Hah? Kau gila ke nak aku tikam belakang Jun?" Kebodohan apakah yang ditayangkan oleh Clara ni?

Clara menggoyang-goyang lengan Moses, "Bolehlah... Bukannya aku suruh kau buat tanpa bayaran pun." Pujuk Clara lagi.

Moses menepis tangan Clara, "Aku kata tak boleh tu tak boleh lah." Jangan sampai pecah muka Clara kena tumbuk dengan dia harini. Orang dah menolak, dia nak main paksa-paksa pulak. Takde common sense langsung.

"Aku bayar kau dengan badan aku." Kalau cara lain tidak berkesan, cara ini pasti berkesan. Dia sendiri pun pasti, Moses juga mengidamkan badannya. Siapa saja yang tak terliur apabila melihat badannya yang montok dan seksi itu.

Moses kelihatan seperti tertarik dengan tawaran tersebut, senyumannya terbit di bibirnya. "Habis kau nak bagi Jun rasa apa nanti?" Tanya Moses mendatar. Senyuman yang mengandungi seribu satu maksud terukir di wajahnya.

Clara mendengus sinis, "Jun takkan tahu pun aku tidur dengan kau. Lagipun, aku buat ni demi nak kan Jun. So why not?" Kemana hilangnya malumu wahai Clara?

Moses berdiri tegap, "Well, aku boleh je tolong kau. Tapi aku akan tuntut bayaran aku selepas kau dah dapat apa yang kau nak." Moses bersetuju untuk membantu Clara.

Clara tergelak kecil, 'Mulut je kata tak nak, padahal hati tu dah meronta-ronta nak.' Clara menyindir sikap Moses di dalam hatinya. Senang pula hatinya apabila Moses bersetuju untuk membantunya.

'Kau akan jadi milik aku Jun. Tiada siapa yang dapat rampas kau dari aku.' Bisik hati Clara, nampaknya dia memang dah tergilakan bekas majikannya.

Betul lah kata Khadijah tadi, memang sepadan betul mereka berdua ni, bagai pinang yang dibelah dua. Sorang sanggup jual badan dan maruah demi dapatkan seorang lelaki, sorang lagi sanggup bersetuju nak menikam sahabat sendiri demi nak dapatkan khidmat badan dari Clara.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now