Bab 30

1.1K 52 6
                                    

Rania mencampak gelas-gelas kaca yang berada di hadapannya. Dia memegang gambar Jazmin, “Aku akan bunuh kau!” Rania mengutip serpihan kaca di lantai lalu menoreh-noreh gambar Jazmin.

“Hayqal milik aku! Dia tak akan jadi milik kau! Tak akan!” Jerit Rania. Dia mengenggam serpihan-serpihan maca yang berterabur di atas lantai. Darah mula mengalir di telapak tangannya.

Rania menyentuh gambar Hayqal yang diletakkannya di dalam bingkai gambar, “Abang, abang milik Rania je tau. Tunggu Rania datang ya?” Kata Rania lalu dia mengilai seperti puntianak.

.
 
Faaeqa mengetuk pintu bilik Jazmin, “Kakak, orang nak keluar beli barang dapur ni. Nak ikut?” Tanya Faaeqa dari luar.

Pantas Jazmin bangun dari perbaringannya, “Nak! Kejap, akak nak pakai tudung.” Kata Jazmin. Jazmin terus mencapai tudung sarung dan hoodienya yang oversized lalu disarungkan ke badannya. Dia mencapai tas tangannya, iPhonenya dimasukkan ke dalam tas tangan.

“Dah.” Kata Jazmin kepada Faaeqa yang sedang berdiri di depan pintu biliknya.

“Lajunya, baguslah akak ni.” Puji Faaeqa, selalunya perempuan ambil masa lama untuk bersiap, tapi Jazmin hanya mengambil masa 2 hingga 3 minit sahaja untuk siap.

“Jom.” Kata Jazmin. Faaeqa mengatur langkah ke bawah. Dia mencapai kunci kereta yang terletak di atas rak kasut. Jazmin sudah menunggunya di kereta.

Sempat Faaeqa mengeluarkan iphonenya lalu mengirim pesanan ringkas kepada abangnya, “Adik nak pergi hypermarket ni.” Dan bukan hanya kepada Fack dia menghantar pesanan ringkas tersebut, namun juga kepada Hayqal. Setelah itu, dia masuk ke perut kereta dan memulakan pemanduannya ke destinasinya.
 
.

“Maaf!” Dengan cemas Jazmin menundukkan kepalanya sebagai tanda minta maaf apabila dia terlanggar seseorang.

“Panjang betul ya jodoh kita?” Apabila terdengar suara itu, terus Jazmin mengangkat wajahnya. Dia mendongak memandang gerangan itu.

“Hayqal?” Aik, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Hayqal muncul di sini. ‘Dia mengintip aku ke?’ Bisik hati Jazmin.

Jazmin menoleh ke arah Faaeqa yang berdiri di sampingnya, “Faae… qa?” Eh? Faaeqa sudah tiada di sampingnya. Kemana pula adik perempuan Fack itu menghilang.

Hayqal menarik penutup hoodie yang menutup kepala Jazmin, “Jom. Aku belanja aiskrim, nak?” Umpan Hayqal agar Jazmin mengikutinya.

Jazmin menarik penutup hoodienya lalu kepalanya dilitupi kembali, “Tak nak.” Balas Jazmin ringkas dan mendatar. Jazmin menapak ke arah rak yang mempamerkan coklat, terus tangannya mencapai beberapa paket coklat berjenama Cadbury.

“Kalau kau ikut aku, aku belanja kau coklat.” Hayqal masih mencuba untuk memujuk Jazmin agar mengikutinya.

Jazmin menjeling tajam ke arah Hayqal, “Arwah ibu cakap, tak boleh layan orang yang tak dikenali.” Jazmin terus menolak trolinya ke lorong sebelah.

Hayqal masih mengikutinya, Hayqal menggoyang lengan baju Jazmin. “Jom la, kejap je.” Pinta Hayqal dengan wajah menagih perhatian.

Jazmin mengeluh kecil, “Apa masalah awak ni?” Tanya Jazmin dengan nada tidak berpuas hati. Ketika dia berada di rumah mereka, tidak pula Hayqal beria nak menganggunya. Sekarang, apabila dah pindah keluar baru nak beria menganggunya, menyemakkan mata betul lah.

Seorang remaja wanita yang sedang mencuba untuk mencapai bijiran yang terletak di rak atas sekali telah melanggar Jazmin dengan secara tidak sengaja apabila dia melompat.

Akibatnya, Jazmin termasuk ke dalam pelukan Hayqal. Jazmin terkaku seketika, telinganya melekat di dada Hayqal. Dia dapat mendengar degupan jantung Hayqal yang berdetak laju itu.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now