Bab 45

974 41 14
                                    

“Sedap tak aiskrim tu?” Tanya Jun kepada bakal adik iparnya, Arif. Laju Arif menganggukkan kepalanya, “Sedap!” Kata Arif lalu tersenyum lebar. Comel pula Jun melihat gelagat adik Syaf ni.

“Siapa budak tu?” Tanya Clara kepada Moses. Tanpa Jun sedari, mereka berdua sedang mengintipnya dari tadi lagi.

“Anak buah dia.” Tipu Moses. Haih, Clara ini dah macam psychopath. Selagi tak dapat, selagi tu tak akan berputus asa.

Dan tanpa pengetahuan mereka berdua juga, sebenarnya Syaf dan Ed sedang memerhatikan mereka berdua dari dalam kenderaan. “Tu ke perempuan yang kau cakap tu?” Tanya Ed, jari telujuknya lurus ke arah Clara.

“Dia lah yang toreh muka saya tu.” Kata Syaf, dia mengetap bibir menahan marah.

“Kau tahu dia siapa?” Tanya Ed kepada Syaf. Laju Syaf menggelengkan kepalanya kerana dia memang tidak mengenali Clara. Jangankan kenal, nama Clara pun dia tidak tahu.

“Dia tu bekas secretary Jun. Dia pernah luah perasaan dekat Jun, tapi Jun tolak sebab kau.” Kata Ed sambil tangannya ralik mengelap pisau rambonya.

Berkerut dahi Syaf, “Habis tu? Apa kaitannya dengan saya?” Tanya Syaf. Haih, lupa pula Ed bahawa IQ Syaf tidak tinggi sangat, hanya sederhana sahaja.

Ed menyimpan pisau tersebut ke dalam dashboard, “Pendek cerita, dia pergi jumpa mak Jun. Mak Jun tak berkenan dengan kau, diorang berdua berpakat untuk bunuh kau.” Cerita Ed. Syaf menganggukkan kepalanya apabila dia sudah memahami tujuan Clara menyerangnya tempoh hari.

‘Tapi apa yang Moses buat dengan Clara?’ Hati Ed tertanya-tanya juga kenapa orang kanan Jun itu ada bersama dengan Clara. Jangan-jangan mereka berdua sudah bersepakat untuk membunuh Syaf? Tapi, apa pula motif Moses berbuat demikian?

.

Kasut disarungkan ke kaki Jazmin, “Abang! Min keluar kejap tau!” Jerit Jazmin kepada suaminya yang sedang menjerang air dapur. Terus Hayqal bergegas menuju ke arahnya.

“Sayang nak ke mana?” Tanya Hayqal. Jangan harap dia nak biarkan isterinya keluar berseorangan. Kalau isterinya tinggalkan dia buat kali kedua, merana hidupnya nanti.

“Pergi supermarket la.” Balas Jazmin mendatar. Dia mengangkat bakul kosong yang berada di tangannya sebagai bukti dia nak ke pasar raya untuk membeli-belah.

Hayqal tersenyum lalu merampas bakul itu dari tangan Jazmin, “Tunggu abang. Kita pergi sekali.” Terus Hayqal berlalu ke dapur, dia menutup semua dapur gas.

Hayqal mencapai kunci kereta lalu selipar disarungkan ke kakinya, “Jom.” Dia dan isterinya berlalu masuk ke dalam perut kereta.

Wajah Jazmin sudah mencuka, “Abang ni, bagilah saya keluar sorang-sorang.” Kata Jazmin dengan nada tidak berpuas hati. Dia melontarkan pandangannya ke luar tingkap sebagai tanda memprotes.

“Tak boleh. Abang risaukan sayang.” Kata Hayqal. Tangan kanannya mengawal stereng kereta manakala tangan kirinya pula mengenggam erat tangan Jazmin.

‘Dahlah tak bagi kita keluar sorang diri, ni nak pegang tangan kita pula.’ Hati Jazmin membengkak.

Semenjak dia pulang ke kediaman mereka, tak pernah pun Hayqal meninggalkannya sendirian, kecuali waktu pejabat sahaja. Kalau malam, huh, jangan haraplah suami dia nak lepaskan dia. Asyik nak berkepit je, kalah belangkas!

Hayqal menoleh sekilas ke arah isterinya, “Mengutuk abang lah tu.” Tegur Hayqal. Bukannya dia tidak tahu perangai isteri dia tu. Kalau tak puas hati je pendam dalam hati, lepastu mengutuk-ngutuk dia.

‘Nasib baik mengandung, kalau tak dah lama kena buli dengan aku ni.’ Bisik hati Hayqal nakal. Oh no! Nampaknya Hayqal sedang menyusun perancangan untuk mendapatkan zuriat kedua. Amboi, yang dalam perut Jazmin pun belum keluar, dah ada hati nak zuriat kedua. Gatal!

Jazmin tidak membalas, Hayqal berhenti sebaik lampu bertukar merah. “La dia ni, dah tidur rupanya.” Kata Hayqal. Eh eh, orang nak ajak dia berbual ni, boleh pula dia terlelap. ‘Tidur pun comel!’ Puji hati kecil Hayqal.

.
 
Kaki Encik Sulaiman dipeluk oleh isteri keduanya, Puan Husna. Kedengaran sedu-sedan isterinya yang masih tersisa, “Abang... tolonglah! Dia dah bunuh anak kita bang! Rania tu anak kita bang!” Rintih Puan Husna dengan pilu dan sayu.

Sudah enam bulan berlalu semenjak kejadian Rania dibunuh oleh anak tirinya, Hayqal. Namun dia masih lagi tidak dapat menerima kenyataan. Dia mesti menuntut keadilan, dia takkan biarkan Rania mati dengan sia-sia. Dia akan menuntut nyawa Hayqal sebagai bayaran kepada nyawa anaknya.

Encik Sulaiman langsung tidak memberikan perhatian kepada apa yang dikatakan oleh isterinya. Fikirannya sudah melayang terbang mengingatkan menantunya. Menantu? Itu pun kalau Hayqal masih menerimanya sebagai seorang ayah.

Entah kenapa, wajah manis milik menantunya asyik terbayang di dalam kepalanya. Nafsunya membuak-buak inginkan badan menantunya. Walaupun menantunya memakai baju yang longgar tempoh hari, namun nafsunya tetap tergugat. Dia mahukan badan menantunya. Sedar tak sedar, sebuah senyuman yang penuh dengan maksud tersirat.

Ish, berang pula Puan Husna dengan perangai suaminya ni. Dia mengelap air matanya dengan lengan bajunya, “Abang ni, kan saya tengah bercakap ni!” Marah Puan Husna. Walaupun sudah selalu dia diabaikan oleh suaminya, namun entah kenapa kali ini, hatinya membara apabila dia sekali lagi diabaikan.

Encik Sulaiman menoleh ke arahnya, “Jangan risau. Abang ada satu cara yang boleh lunaskan dendam ayang. Hayqal pasti akan menderita seumur hidup.” Setelah menghabiskan kata-katanya, dia ketawa terbahak-bahak.

Puan Husna dapat merasakan rancangan suaminya ini boleh diguna pakai, “Cara apa tu bang?” Tanya Puan Husna yang sudah mula teruja dengan langkah yang bakal diaambil oleh suaminya.

Encik Sulaiman menyuruh Puan Husna mendekatkan telinganya, “Abang r*gol bini dia. Lagipun, bini dia tengah mengandung. Lepas r*gol tu, abang bunuh jelah terus.” Encik Sulaiman menceritakan rancangan jahatnya.

Puan Husna tersengih hingga ke pangkal telinga mendengar rancangan suaminya. Idea yang bernas. Isteri Hayqal dapat dihapuskan, selepas itu Hayqal juga akan dihapuskan olehnya. ‘Wait and see Hayqal.” Bisik hati Puan Husna dengan dendam yang sudah menebal di dalam hatinya.

Haih, manusia... nama yang diberikan kepada Puan Husna sudah cantik, maksudnya pun baik, kebaikan dan cantik. Namun malangnya, nama tidak melambangkan perangai dan sikap seseorang. Puan Husna dan suaminya terus terhumbam ke dalam lembah dosa.

Mereka berdua sedar, tindakan yang sedang mereka lakukan itu ialah haram, namun mereka tidak mempedulikan tentang hukumnya. Mengapa perlu Puan Husna takut sedangkan beberapa tahun lalu, dia yang berpakat dengan Rania untuk memperkosa anak tirinya. Kisah apa dia dengan hukum hakam Yang Maha Esa? Yang penting hatinya dan nafsunya puas. Nauzubillah min zalik, semoga kita semua diperjauhkan dari perangai dan manusia sebegini.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now