Bab 38

936 52 12
                                    

Pintu peti sejuk dibuka oleh Jazmin, dia mencari bahan untuk menyediakan makan tengah hari. “Ya Allah, bahan basah dah habis.” Macam mana lah dia boleh terlupa nak beli bahan mentah.

Terus Jazmin berlari ke biliknya, “Abang. Nak keluar beli barang basah kejap boleh?” Tanya Jazmin kepada Hayqal yang sedang asyik membaca buku. Jazmin sudah mula memanggil Hayqal dengan panggilan ‘Abang’.

Hayqal meletakkan bukunya di atas meja, dia menoleh ke arah Jazmin. “Dengan siapa?” Tanya Hayqal mendatar. Dia risaukan keselamatan Jazmin jika isterinya keluar berseorangan, macam mana kalau ayahnya tiba-tiba menculik Jazmin? Ataupun Rania mengapa-apakan isterinya?

“Faaeqa.” Terus Jazmin memetik nama adik Fack itu. Rasanya, Faaeqa boleh menemaninya untuk keluar beli barang. Hayqal menganggukkan kepalanya. “Pergilah. Jaga diri.” Pesan Hayqal. Jazmin tersenyum lebar, dia melangkah ke arah Hayqal lalu tangan Hayqal disalami olehnya. Dia mencapai tas tangan yang berada di atas meja dan terus turun ke bawah.

Jazmin menyarungkan kasut ke kakinya, kunci kereta dicapai lalu Jazmin masuk ke perut kereta. Jazmin memandu keluar dari garaj kereta rumahnya lalu menuju ke rumah Faaeqa untuk menjemputnya.

Tanpa Jazmin sedari, Rania berada di luar rumahnya dari semalam lagi. Adik tiri Hayqal itu menunggu sahaja masa yang sesuai untuk dia masuk ke dalam.

Setelah Jazmin berlalu, Rania terus masuk ke dalam rumah mereka. Tanpa melengahkan masa, Rania menuju ke bilik tidur Hayqal dan Jazmin. Rania menguak pintu bilik tersebut, Hayqal masih lagi asyik dengan bukunya.

Hayqal tidak menoleh ke arah Rania, “Tak keluar lagi ke? Tadi kata nak keluar.” Tegur Hayqal. Sangkanya itu Jazmin namun apabila dia menoleh, Rania sudah berada di atas katil. Rania membelakangi Hayqal, sengaja dia memakai baju yang jarang untuk mengoda abang tirinya.

Hayqal menelan air liurnya apabila melihat figura itu, ‘Bini aku ni dah tersalah makan ubat ke apa?’ Soalnya kepada dirinya apabila melihat lingeria merah yang tersarung di badan Rania. Tanpa ragu-ragu, terus Hayqal naik ke atas katil dan merangkul tubuh Rania.

Rania tersenyum sinis, dia berpaling menghadap Hayqal. “Abang! You miss me?” Tanya Rania dengan nada menggoda. Terus Hayqal menolaknya sehingga dia jatuh terjelopok di lantai.

“Kau buat apa dekat sini?” Tanya Hayqal dengan nada berang. Ya Allah, hampir sahaja dia jatuh kembali ke kisah silam dahulu.

Rania bangun dari lantai, dia terus menerpa ke arah Hayqal. Badan Hayqal dipeluknya dengan kuat. “Ala abang ni! Marilah sini. Rania tahu abang rindu nak belai Rania. Kan kan kan?” Soal Rania dengan teruja. Tangannya merayap ke perut Hayqal dengan liar.

Hayqal menolak badan Rania sehingga Rania jatuh buat kali kedua, “Kau nak apa sundal?” Soal Hayqal. Dadanya berombak dengan laju, deruan nafasnya semakin tak teratur. ‘Ya Allah, bantulah hambamu ini.’ Dia dapat rasakan anxiety bakal menyerang dirinya tidak lama lagi.
 
.

Poket seluar Jazmin diraba-raba olehnya untuk mencari telefon pintarnya, “Ya Allah. Boleh pulak aku tertinggal phone dekat rumah.” Kata Jazmin, baru dia teringat akan telefonnya yang berada di atas meja solek. Dia lupa untuk memasukkannya ke dalam tas tangannya tadi.

Jazmin terpaksa berpatah balik untuk mengambil telefon pintarnya. ‘Shesh pelupa betul la kau ni Min.’ Jazmin memarahi dirinya.

.
 
Rania berpeluk tubuh, “Abang ni dah kenapa? Dulu elok je abang boleh layan Rania!” Rania mengungkitkan kisah silam mereka berdua.

Hayqal menaikkan tangannya ke muka Rania, satu tamparan singgah di wajahnya. “Itu kau yang perangkap aku! Kau jangan ingat aku tak tahu, kau dah bagi aku makan ubat perangsang masa tu!” Jerkah Hayqal. Kalau bukan kerana efek ubat perangsang itu, Hayqal tak mungkin akan melakukan sumbang mahram.

Membulat mata Rania memandang Hayqal, “Bila masa Rania bagi abang makan ubat perangsang? Abang tu yang tergoda dengan Rania! Abang jangan nak tuduh Rania!” Rania melenting dan menidakkan tuduhan Hayqal. Walhal tuduhan itu memang benar.

Hayqal mencengkam leher Rania. “Aku tak pernah tergoda dengan kau. Kau yang buat benda bukan-bukan. Kau jangan sampai aku pecahkan kepala kau harini!” Hayqal memberi amaran keras kepada Rania. Rania mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu dia terus memasukkan benda itu ke dalam mulut Hayqal.

Dengan spontan tangan Hayqal melepaskan leher Rania. Rania tertawa dengan senang hati, “Sekarang, abang dah tak ada alasan untuk tolak Rania.” Benda yang dimasukkannya ke dalam mulut Hayqal tadi ialah ubat perangsang. Alat sulit Hayqal mula mengalami rasa sakit yang teramat.

Hayqal menghentak meja yang berada di sebelahnya, “Tak guna kau Rania!” Dia memegang bucu meja untuk membantunya berdiri. Semakin lama, semakin terasa sakit di kemaluannya.

Rania berdiri di hadapannya, terus baju Hayqal disentap olehnya. “Nak tak nak, abang tetap kena hadap Rania.” Bisik Rania di telinga Hayqal dengan nada menggoda.

Jazmin yang berdiri di luar bilik sudah mula tidak keruan. Berani sungguh adik tiri Hayqal itu muncul di kediaman mereka berdua. Jazmin mengenggam pisau di tangannya. ‘Mati kau harini Rania!’ Jerit hati Jazmin.

Jazmin menguak daun pintu, pisau tadi terus dicampaknya lalu tepat mengenai bahagian belakang leher Rania. Rania jatuh tersungkur di lantai. Badannya menggelepur seketika, Jazmin mencapai pula pistol yang berada di atas meja lalu ditembaknya kepala Rania hingga pecah.

Jazmin mendapatkan suaminya yang sedang mengigil, “Abang, kenapa ni bang?” Tanya Jazmin dengan cemas. Air muka Hayqal sudah pucat.

“Sa.. kit.” Kata Hayqal, dia cuba mengawal nafsunya. Dia tidak mahu bersama dengan isterinya tanpa kerelaan isterinya.

“Apa yang sakit? Perut? Tangan?” Tanya Jazmin yang tidak mengerti. Tiada pula luka yang kelihatan di badan suaminya.

“Ubat, dia bagi abang makan ubat.” Kata Hayqal, tangannya mengenggam bucu meja kayu dengan kuat. Makin lama makin sakit pula bahagian sulitnya.

“Ubat? Ubat perangsang ke?” Tanya Jazmin dengan nada terperanjat. Wajahnya memang jelas terkejut. Rania memang gila. Sanggup dia perangkap abang tiri dia sampai tahap macam tu? Memang patut Jazmin bunuh dia tadi.

Jazmin menatap wajah Hayqal, muncul rasa simpati terhadap suaminya. Jazmin menarik Rania keluar dari bilik mereka, mayat Rania diletakkan di luar dahulu. Jazmin menghubungi Fack dan menyuruhnya datang ke sini dua jam kemudian untuk uruskan mayat Rania.

Jazmin menoleh ke arah Hayqal, dia mengeluh kecil. Adalah tanggungjawabnya sebagai seorang isteri untuk memuaskan suaminya. Jazmin menarik tangan Hayqal namun Hayqal menepis tangannya.

“Jangan sentuh abang. Pergi duduk luar. Abang tak nak sentuh sayang sebab terpaksa.” Tegas Hayqal. Tak kira apa berlaku sekalipun, dia tidak akan mengambil kesempatan ke atas isterinya. Dia lagi rela dirinya menderita daripada memperkosa isterinya.

“Ini kan tanggungjawab saya.”  Kata Jazmin. Leher Hayqal dirangkulnya erat. Pandangan mereka berdua bertaut, deruan nafas mula tidak keruan, mereka hanyut di dalam dunia mereka berdua.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now