Bab 28

998 57 7
                                    

Moses makin hairan dengan Clara apabila dia hanya menghabiskan masanya untuk mengintip Syaf. ‘Clara ni dah kenapa sebenarnya?’ Soalan itu muncul di benak fikirannya.

Syaf memasuki satu lorong yang jarang digunakan oleh orang awam, terus Clara meluru ke arahnya. Clara mencengkam leher Syaf, “Ana Syafiqah?” Tanya Clara kepadanya.

Syaf menganggukkan kepalanya, perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Nafasnya terasa tersekat-sekat kerana dicekik oleh Clara. Clara mengeluarkan pisau dari poketnya, dia terus menoreh wajah Syaf. Syaf menjerit menahan sakit, “Clara!” Moses menjerit nama Clara.

Clara menoleh ke arah Moses, “Ala macam mana pulak bodoh ni ada dekat sini?” Terus Clara melepaskan Syaf, dia melarikan dirinya.

Moses ingin mengejar Clara, namun teringatkan Syaf, dia melupakan niatnya. “Kau okay tak ni?” Tanya Moses kepada Syaf dengan risau dan cemas. Kalau apa-apa berlaku ke atas Syaf, dia akan dipersalahkan oleh Jun kerana gagal menjaga Syaf.

Syaf tidak menjawab pertanyaan dari Moses, dia menyentuh pipinya yang terasa pedih. Ada cecair merah pekat yang mengalir di situ. Syaf mengeluh kecil, dia menyeluk poketnya lalu sehelai sapu tangan berwarna putih dikeluarkan. Syaf menutup lukanya dengan kain itu, dia mengaturkan langkahnya pergi dari situ.

“Kau nak kemana tu?” Tanya Moses kepada Syaf, Syaf masih tidak memberi sebarang respon. Syaf terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

Moses mengeluh kecil, dia terus mengeluarkan telefon pintarnya lalu memberitahu Jun tentang hal yang terjadi tadi. Nampaknya, dia terpaksa mengintip Syaf buat sementara waktu untuk memastikan keselamatan gadis itu terjamin.

.
 
“Tahan tau, sakit sikit je ni.” Kata teman Syaf, Khadijah. Syaf mengetap bibirnya tatkala Khadijah membersihkan lukanya.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” Tanya Khadijah kepada Syaf. Patutlah berat hatinya tadi nak birkan Syaf keluar bersendirian. Rupa-rupanya hatinya sudah dapat merasai bakal ada kejadian yang tak diingini berlaku.

“Terjatuh.” Tipu Syaf. Kalau dia berterus terang, pasti Khadijah akan membuat laporan polis. Dia tidak ingin membesarkan perkara tersebut.

Moses muncul di hadapan mereka berdua, “A.. awak ni siapa?” Tanya Khadijah tergagap-gagap, badan Moses yang tegap dan sasa itu menimbulkan rasa takut di dalam dirinya.

“Kau Ana Syafiqah kan?” Tanya Moses kepada Syaf. Syaf hanya menganggukkan kepalanya, dia malas nak beramah mesra dengan lelaki itu.

“Aku Moses. Kau kenal Jun?” Syaf terus memandang wajah Moses, “Macam mana kau kenal dia?” Tanya Syaf mendatar.

“Aku orang kanan dia. Dia suruh aku perhatikan kau.” Moses menjelaskan statusnya di samping Jun dan juga tujuan sebenarnya berada di sini.

Syaf mengeluh kecil, ‘Dia ingat aku ni budak ke? Nak suruh orang tengokkan bagai.’ Gumam hati Syaf tidak suka. Sejujurnya, Jun kelihatan terlebih protective. Kadang-kadang, Syaf tidak gemar dengan perangainya itu. Syaf terasa dirinya seperti penjahat yang sedang diburu, asyik diperhatikan setiap hati.

Khadijah menampal kain pembalut luka di wajah Syaf, “Boleh tak awak jangan ganggu hidup Syaf?” Tanya Khadijah dengan nada yang sedikit meninggi.

Moses berpeluk tubuh, “Aku tak ganggu dia, aku hanya jalankan tugas aku.” Balas Moses mendatar. Dah kenapa budak perempuan ni? Nak cari gaduh ke?

Syaf memegang lengan Khadijah, “Biarkan je dia.” Kata Syaf, dia malas nak lihat Khadijah bertengkar dengan Moses.

Syaf bangkit dari duduknya, dia terus berlalu masuk ke dalam rumah. Khadijah menjeling tajam ke arah Moses, “Jangan ganggu Syaf lagi.” Pesan Khadijah keras sebelum dia meninggalkan Moses bersendirian.
 
.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now