Bab 44

965 50 15
                                    

“Abang minta maaf sayang. Abang tak patut tuduh sayang mengandung anak orang lain. Tolonglah bangun sayang.” Rayu Hayqal, air mata kelelakiannya merembes-rembes keluar. Badan Jazmin yang kaku digoyang-goyangnya. Dia menyesal kerana terlalu mengikut perasaan tadi.

Morio, Jun dan Fack yang berada di belakang Hayqal menutup muka dengan telapak tangan mereka. Diorang teringin nak gelak, tapi terpaksa ditahan dulu buat sementara.

Mata Jazmin yang terkatup rapat terbuka, “Abang ni bisinglah. Orang nak tidur pun tak senang.” Terus Hayqal memandang ke arahnya. Dia kena scam lagi ke?

Hayqal mengesat air matanya, “Sa.. sayang hidup lagi ke ni?” Tanya Hayqal seperti tidak percaya. Tadi Morio kata isterinya sudah tidak dapat diselamatkan, ini tiba-tiba pula boleh bercakap elok-elok, nampak macam sihat walafiat je.

Jazmin menolehkan kepalanya ke sebelah kanan, dia malas nak melihat muka suaminya walaupun jika ditatapnya mendatangkan pahala buatnya. Hatinya masih sakit dan berdarah mengenangkan peristiwa tadi.

Hayqal cuba meraih tangan Jazmin namun pantas Jazmin menarik tangannya kembali. “Sayang marahkan abang?” Tanya Hayqal. Isterinya masih membatu. Dia mengeluh kecil, merajuklah pula isteri dia ni.

Hayqal menoleh ke arah Fack, ‘Kau dengan diorang, keluar kejap.’ Kata Hayqal di dalam hati. Fack menarik lengan Jun dan Morio untuk keluar memandangkan Hayqal memerlukan sedikit privasi.

Hayqal meraih tangan Jazmin sekali lagi, kali ini berjaya. “Sayang, I’m so sorry. Abang tak perasan pun sayang ada letak gambar baby kita dekat atas meja masa tu.” Dia cuba memujuk isterinya.

Sememangnya semua kesalahan adalah berpunca daripada dia. Apabila dia tahu Jazmin sudah pergi jauh, dia mengamuk, tak kawal emosi. Dan apabila Jazmin dah kembali dengan perut memboyot ni, akal fikirannya pula dirasuki oleh syaitan laknatullah membuatkan dia menuduh isterinya yang bukan-bukan.

“Sayang?” Jazmin masih membatu. Hmm macam mana dia nak pujuk isteri dia ni?

Hayqal bangkit dari kerusi, dia mendaratkan bibirnya di pipi mungil Jazmin. “Eh, apa main cium-cium ni? Tak jijik ke?” Jazmin menolak Hayqal agar menjauh daripadanya. Tadi bukan main cakap Jazmin ni menjijikkan, ini selamba mak bapak dia pula nak cium orang.

Hayqal mengeluh kecil, “Abang tahu abang salah, forgive me? Please.” Rayu suaminya. Amboi, semudah satu dua tiga dia minta maaf, yang merasa sakit tu aku. Desis hati Jazmin dengan bengang.

Jazmin masih lagi membatu, dia malas nak melayan suaminya. Hayqal menyentuh perut isterinya, “Assalamualaikum anak papa.” Hayqal menguntumkan sebuah senyuman.

Jazmin menepis tangan Hayqal buat kesekian kali, “Tak payah sentuh lah anak saya ni. Lagipun bukan ke awak yang cakap ni bukan benih awak? Buat apa awak nak gelarkan diri awak sebagai papa kepada kandungan saya ni? Tak malu ke awak ni?” Mulut laser Jazmin sudah beraksi. Itu ialah apa yang suaminya pinta, bukan dia yang nakkan. Dah pandai sangat menuduh dia ada lelaki lain, kau rasakan lah penangan mulut laser bini kau ni.

Bibir Hayqal mendarat di bibir isterinya, “You talk too much honey.” Membulat mata Jazmin. Ini dah melampau ni! Dasar suami miang! Memang dari detik pertama mereka bertemu lagi lelaki itu berperangai sebegitu.

Jazmin menolak suaminya, “Awak gila ke? Apa main cium-cium orang ni? Haram tau tak!” Jerkah Jazmin. Wajah Hayqal tenang dan bersahaja.

Hayqal mendekatkan bibirnya di cuping telinga Jazmin, “Sedangkan badan awak pun saya dah terokai, ini kan bibir awak. Lagipun, saya suami awak, haram tang mana?” Bisik Hayqal di telinga Jazmin. Habis meremang bulu roma Jazmin. Suaminya ni memang nak mencabar keimanannya ni.

Jazmin menolak Hayqal agar menjauh darinya, “A.. awak jangan main-main. Saya tengah mengandung ni.” Kata Jazmin tergagap-gagap. Bukan boleh pakai sangat pun otak suami dia tu. Mana tahu, sekarang dia berkelakuan baik, sekejap lagi dia berubah menjadi syaitan kembali.

Hayqal memegang pipi Jazmin, “Nasib baik sayang mengandung, kalau tak memang dah lama abang terkam.” Gulp. Jazmin menelan air liurnya. Bahaya betul ugutan suami dia tu.

Hayqal tersenyum nakal kemudian dia berdiri tegak seperti biasa. “Marahkan abang lagi ke?” Tanya Hayqal bersahaja. Dengan laju Jamzin menggelengkan kepalanya, tau takut.

Hayqal mengusap lembut kepala Jazmin, “Good girl.” Puji Hayqal. Dia melagakan hidungnya dengan hidung Jazmin.

“Akak! Faaeqa ada be-” Faaeqa terus menerjah wad tersebut tanpa mengetuk pintu terdahulu. Ayatnya tergantung apabila melihat Hayqal yang sedang bermesra dengan isterinya.

“Ma.. maaf!” Terus Faaeqa menutup kembali pintu dan berlari mencari kelibat abangnya. Nampaknya, dia datang pada masa yang salah.

Hayqal menggaru kepalanya yang tidak gatal, dah kenapa adik Fack ni? Tiba-tiba je lari macam kena sampuk dengan hantu. Pelik betul manusia zaman sekarang ni.

Hayqal menoleh ke arah isterinya, wajah isterinya membahang merah. Malu la tu. Hayqal mengusap kepala Jazmin buat kali kedua. “Abang minta maaf, ok?” Tanya Hayqal.

Jazmin mengherot-herotkan bibirnya ke kiri dan ke kanan, “Treat me.” Kalau maafkan begitu saja, rugilah Jazmin. Sekurang-kurangnya, dia kenalah meminta sesuatu, baru adil.

“Sayang nak apa?” Tanya Hayqal, keningnya dijongketkan sebelah. Tangan Hayqal naik ke perut Jazmin, “Anak kedua?” Mencerlung mata Jazmin memandang suaminya.

“Muka saya ni dah macam kilang proses anak ke?” Tanya Jazmin dengan nada tidak berpuas hati. Sedap-sedap dia je nak anak kedua, anak pertama pun belum bersalin lagi, ada hati nak anak kedua. Puih!

Hayqal mencubit manja pipi isterinya, “Bukan ke? Kalau macam tu, jom abang bawa sayang pergi buat SSM. Lepas ni bolehlah sayang proseskan anak untuk abang setiap tahun.” Tergamam Jazmin mendengar jawapan bodoh dari suami dia tu.

Jazmin menarik telinga Hayqal, “Awak ni kan, otak tu kuning betul! Asyik anak, anak, anak je! Eee nanti saya cuci otak awak pakai air zamzam, baru awak menyesal!” Bebel Jazmin. Otak suami dia ni, makin lama makin kuning. Dah macam pervert pun ada.

Hayqal mencebik, “Ala, abang bukan apa. Harraz ada cakap, dia nak anak saudara, nanti bolehlah dia temankan anak buah dia. Lagipun Harraz takde kawan, sayang tak kesian ke dekat Harraz?” Umpan Hayqal.

Pabila nama Harraz dipetik, rindu Jazmin mula menjelma. Dia pun sudah lama tak berjumpa kanak-kanak kecil itu. Semenjak haritu, Hayqal menghantar Harraz kembali kepada keluarganya kerana risau jika Harraz tercedera. Rasa bersalah di dalam diri Jazmin juga masih belum terhakis.

Namun, gara-gara Harraz juga, dia telah bertemu kembali dengan manusia yang bertakhta di hatinya selama bertahun lama. Walaupun baru berumur 5 tahun, Harraz merupakan match maker yang berjaya baginya. Nampak gayanya, Harraz berkemungkinan akan dikelilingi oleh ramai wanita bila dia dah dewasa nanti.

[1] Demi Kita ✔Where stories live. Discover now