Bab 24

1K 47 10
                                    

Sebuah penumbuk singgah di wajah Rayqal, “Senang-senang je kau tinggalkan dia lepas kau dapat apa yang kau nak!” Hayqal memarahi adik kembarnya.

Tak guna! Dengan bangganya adik kembarnya mengatakan dia telah meragut makhota Jazmin lalu menuntut cerai, jenis lelaki apa ni? Dia tak pernah mendidik adiknya untuk menjadi lelaki tak guna seperti begini.

Rayqal memegang rahangnya, “What? Tak salah pun kan? Lagipun, memang aku berhak tuntut hak batin. Ke salah?” tanya Rayqal dengan muka tak bersalahnya.

Hampir sahaja Hayqal melepaskan tumbukan kedua, namun tangannya pantas ditahan oleh Morio, “Adik kau ni Hay.” Kata Morio dengan risau. Mana tak risaunya kalau Hayqal sudah masuk ke mod singanya.

“Kau dayus Ray! Dayus!” jerkah Hayqal sebelum dia meninggalkan mereka semua. Dia menapak ke dalam biliknya, tumbukan dilepaskan ke dinding untuk melepaskan kemarahannya.

“Inútil!” Hayqal memaki adik kembarnya. Memang tak patut dia melepaskan Jazmin kepada Rayqal.

“Kau pasti ke nak teruskan rancangan kau ni?” tanya Fack kepada Rayqal yang tersandar di sofa. Rayqal menganggukkan kepalanya.

“Tak kisah ke kena maki dengan Hayqal?” Ziqal mencelah perbualan mereka.

Rayqal tersenyum sinis, “Aku buat ni demi kebaikan dia jugak.” Kata Rayqal dengan bangga.

“Tapi kan...” Ziqal duduk di sebelah Rayqal, bahu Rayqal dipeluknya. “Betul ke kau dah merasa?” tanya Ziqal, dia tidak menyatakan apakah yang telah ‘dirasai' oleh Rayqal itu.

Rayqal tergelak kecil, “Aku belum kemaruk nak merasa la.” Rayqal menumbuk perut sepupunya. Ke situ pula dia, orang baru sampai dekat Malaysia, dia dah terbang ke Jepun. Ish ish ish.

“Oh ya, mana Harraz?” tanya Rayqal, hairan juga dia. Dari semalam lagi dia pulang, kelibat Harraz langsung tidak kelihatan. Jangankan kelibat, suara pun tidak kedengaran.

“Kau tak tahu ke?” Luca menyoal Rayqal kembali.

Rayqal menjongketkan kening kirinya, “Tahu apa?” tanya Rayqal yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang penghuni kediaman ini.

Luca mengeluh kecil, “Hay hantar Harraz dekat parents Ed sebab tak nak pisang berbuah dua kali.” Terang Luca.

“Ooo patutlah.” Balas Rayqal mendatar. Dia sedia maklum bahawa Harraz pernah diserang Jazmin ketika Jazmin tidak dapat mengawal dirinya, bukan sekali namun dua kali.

“Perempuan tu ada dekat mana?” tanya Rayqal mendatar. Perempuan yang dimaksudkan disini ialah Iris. Setelah Iris ditangkap, mereka langsung tidak sempat menyoal selidiknya.

“Ada je dekat penjara bawah tanah. Aku dah ikat dengan rantai, takut dia lari.” Jawab Lucas yang sedang asyik mengunyah epal hijaunya.

“Jom.” Rayqal mengajak mereka semua untuk berkumpul di penjara bawah tanah. Ada banyak perkara yang harus dia soal selidik tentang Iris. Dan mungkin juga, dia dapat menyelesaikan pertanyaan yang sedang bermain di benak fikirannya.

.

“Apa motif kau datang jumpa Hayqal?” Soal Rayqal kepada Iris yang sedang tergantung di dinding, kaki dan tangannya sudah dirantai oleh Lucas. Fack dan Morio yang berdiri di belakang Rayqal hanya memerhatikan sahaja sesi soal jawabnya.

Diam. Iris tidak memberi jawapan untuk pertanyaan Rayqal tadi. Dia hanya menghadiahkan pandangan tajam kepada Rayqal.

Rayqal bangun dari kerusi lalu menapak ke arah Iris, rambut Iris ditariknya kasar. “Sakitlah bodoh!” Jerit Iris dengan wajah menahan sakit.

[1] Demi Kita ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя