Bab 31

1.4K 62 3
                                    

PAGI SABTU dirasakan begitu indah. Tapi yang malasnya ada pula aerobik dan poco-poco. Aku menghembus nafas lega kerana tarian poco-poco diganti dengan latihan tae-kwan-do. Tak nak den menari poco-poco! Macam hape entah. Aku lagi suka bertumbuk. Kalau dapat punching bag memang dunia ini aku yang punya. Imaginasi terlebih!

“Mai, lepas ni ada latihan chess.” Ujar Wana ketika kami sedang berehat-rehat di katil sendiri.

Aku tidak menjawab sebaliknya memusingkan badan membelakangi Wana yang hairan dengan tingkahku itu. Sejak geng aspura tahu hal pertunangan Humairah dan Farhan, kawan itu menjadi diam. Sepatah di tanya, sepatah dijawab. Sepuluh patah tanya, zero jawapannya! Seratus patah? Fikir sendirilah.

“Kau cakap dengan dia aku tak readyPlease jangan ganggu aku. Aku nak rest.” Ujarku senada sambil pejam mata.

Wana kerut dahi. Keningnya digaru. Apa pasal Mai hari ini? Lain sungguh percakapannya. Tingkah juga berbeza. Iman yang sedang mengelap muka dipandang. Iman mengangkat bahu tanda tak tahu. D yang sedang menulis ditanya tapi menggunakan isyarat mata. D goyang tangan, juga tak tahu. Aisyah pula tiada. Wana pening. Yang memeningkan kepala sekarang ni macam mana nak beritahu Farhan? Itu masalah paling besar!

“Ooookey....”








“KENAPA?”

Soalan Farhan buat dia rasa tercekik. Wana bukan seperti Aisyah dan Iman yang mudah mesra dengan semua orang. Biarpun gerangan yang dihadapan itu tunang rakan baik sendiri namun dia masih gugup. Nak tengok mata pun takut beb! Semalam bila tengok Farhan menumbuk pemuda yang mengacau Humairah pun dah buat dia gerun dan tercengang.

“Dia yang cakap macam tu. Dia... dia kata nak rest.” Wana cuba meyakinkan Farhan.

Farhan tidak membalas sebaliknya menarik nafaspanjang. Pasti hal semalam, telah hatinya.

“Okey tak apa. Korang main dulu. Aku ada hal sekejap.” Farhan berjalan menuju ke dorm lelaki meninggalkan kami yang tercengang, tergamam, terkedu. Baru saja dia menaiki anak tangga kelima, telefon yang mendendangkan lagu UNIC berbunyi.

“Assalamualaikum,” sapa Aunty Hanani di talian.

“Waalaikumussalam, mama.” Balas Farhan sambil memasukkan tangan kiri di poket seluar.

“Han dekat mana ni, sayang?”

“Han dekat tangga dorm aspura. Kenapa mama?”

“Mama dengan yang lain dah sampai. Han datang sini ya? Dekat Astaka Seri Dewi ya, sayang? Mama tunggu. Jangan lupa panggil Maira sekali tau. Assalamualaikum.” Terus talian dimatikan tanpa sempat Farhan menjawab.

Keluhan bertambah berbakul-bakul. Satu masalah dah sampai! Macam mana nak panggil budak tu? Nombor telefon dia pun aku tak ada. Nak minta malulah pula! Dia tak biasa minta nombor pada perempuan. Haish! Macam mana ni eh? Farhan menggaru keningnya sebelum mendapat idea.

Izuan!

Hanya dia saja yang boleh tolong. Pantas dia menaiki tangga. Dorm Cekal dituju.




Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now