Bab 62

1.1K 50 3
                                    


KAMI berjalan di sekitar bandar tanpa berpecah. Ke mana saja di escort abang-abang separuh kacak dan separuh tidak. Haha! Mahu merajuk Putera nanti kalau cakap kuat-kuat.

Dari butik baju ke butik sukan. Bukan main teruja inche abang melihat barangan sukan di Al-Ikhsan. Lebih kurang setengah jam kami di situ. Tengok gelagat Khairul yang acapkali bertanyakan harga kasut pada pekerja kedai. Ashraff dan Putera tak habis-habis mengacu baju ke badan sendiri di depan cermin. Satu je nak cakap, belinya tidak!

“Bosan ke?” Izuan menegur tatkala muka kami macam soya bean basi di kerusi.

“Suuuuuuka sangat!” balasku sebal. Lain kali tak nak pergi dengan dia orang lagi. Sungguh azab aku rasakan!

Izuan senyum simpul. Faham sangat dari nada suara gadis bertudung biru itu. Aku meneliti Izuan atas bawah. Sangat coolio hari ini; berbaju merah pekat tertulis World Smile di dada beserta berseluar jeans hitam.

Ehhh sekejap!

“Wan.” Panggilku.

Yup?”

“Dalam mesej Wan tanya pasal baju Mai, kan?” Izuan mengangguk biarpun benaknya pelik dengan soalan itu.

“Tapi kenapa Wan pakai baju lain? Kata nak pakai baju sama warna dengan Mai?” tanyaku lagi seraya menongkat dagu.

Err… Izuan sudah garu kepala. Alamak! Dia dah tanya dah. Apa nak jawab ni? “Err… tak. Macam ni. Se… sebenarnya… Wan memang dah plan nak sama tema dengan Mai hari ini. Tapi… tapi baju tu tak bergosok lagi. Haa… renyuk teruk. Tu yang Wan ubah rancangan,” Kelam-kabut dia menyusun ayat bagi menghilangkan curiga di hati gadis berkenaan. Tenungan Humairah buat dia tak senang duduk.

“Wan, sini jap!” jeritan Aizat di bahagian baju bola begitu melegakan Izuan. Dia meminta diri tanpa sempat aku menjawab. Hailah Zat… kaulah penyelamat aku!

“Eh, aku nak pergi toilet la. Jom Syah. Teman aku,” Wana tarik tangan Aisyah yang diam menelaah novel.

“Naik ikut!” rengekku seakan kanak-kanak kecil.

“Kau duduk sini je la. Nanti karang dia orang cari susah pula. Aku nak pi tak jauh. Jom la, Syah.” Mereka berdua beriringan meninggalkan aku terpinga-pinga.

Hailah nasib… asyik kena tinggal je. Nak buat apa dekat kedai ni? Bukan best pun. D dan Iman dah merayap ke kedai topup di tingkat atas. Syah dan Wana pergi tandas. Aku? Duduk termenung kesepian sambil menunggu jejaka-tak-hangat cari barang sukan. Confirm kerat jari, dia orang takkan beli punya! Tanya je lebih. Baik main game.

Aku menyeluk saku seluar. Teringat kembali. Halaaahhh! Telefon bimbit dekat Farhan pulak! Heeeee… kenapalah hari ini semua serba tak kena ni??? Manalah mamat gila tu??? Aku nak telefon aku baliklah!!! Pencuri telefon betul. Telefon gila mahal tak nak pulak guna. Handset cikai aku tu jugak nak dirampasnya! Hishh!

“Mai, jom!” Hakim, Syafiq dan Khairul berdiri di pintu kedai. Aku segera bangkit.

“Mana yang lain?” tanya Syafiq pabila tengok rakan-rakan sekutu Humairah tiada disisi.

Toilet!” kasar aku jawab. Mereka bertiga hairan.

“Err… Mai, sorry eh buat kau tertunggu-tunggu.” mohon Khairul menyusun sepuluh jari.

Tahu pun! “Aku dah rasa macam nak bakar je semua rangkaian Al-Ikhsan.” Mereka gelak besar. Cemberut muka aku. Ingat buat lawak ke?

“Eh, nampak Han tak? Dari tadi aku tak nampak dia.” Aizat, Ashraff, Putera dan Izuan baru muncul.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now