Bab 54

1.1K 49 0
                                    


HARI yang paling aku elakkan akhirnya tiba. Lagi setengah jam kelasku akan bergabung dengan kelas ‘orang atas’. Uhuk uhuk! Terasa diri begitu kecil sekali apabla memikirkan tanggapan bebudak kelas itu. Sudahlah aku jenis tak ramah dengan budak atasan yang digelar nerd dan perfect dari segala hal. Mesti senyap punya kelas dia orang nanti. Aku gerenti habis. Budak yang ditarget straight A’s oleh guru-guru sekolah. Budak bawahan macam kami? Ditarget straight B’s? Haha.

“Okay, students. Make sure you all siapkan essay yang teacher berikan. Sebelum exam teacher harap sangat kamu perbaiki kelemahan kamu. Betulkan semula grammar and vocab. Past tense, present tense make sure gunakan betul-betul. Baca semula tajuk yang diberikan. Look, sama ada soalan itu bertanyakan tentang perkara lepas, yang sedang berlaku dan akan datang. Hope you guys get straight A’s for the exam.” Ujar Teacher Rohana bersama kata-kata semangat.

Tengok. Baru cakap tadi…

“Aye aye, teacher!” kami serentak menjawab kemudian meledak tawa. Teacher Rohana menggelengkan kepala sambil tersenyum. Buku dimasukkan dalam beg kemudian berlalu pergi meninggalkan kelas selepas memberi salam.

“Weh, gerak jom! Kelas AB. Nanti ustazah marah kalau lambat.” Kata Putera. Seisi kelas terkocoh-kocoh mengemas segala peralatan. Aku pula berbeza. Lambat-lambat aku kemas buku. Sungguh tiada mood! Tiba-tiba kedengaran pintu kelas diketuk sebanyak 3kali. Semua bagai terpaku. Freeze!

“Yes Mr. Headprefect? What can I do for you?” Tanya Khairul selamba.

Farhan tersenyum nipis. “Ustazah suruh pergi surau. Tak payah bawa apa-apa.” Kata Farhan sambil memegang batang hidung mancung. Sambil itu matanya melirik pada seseorang.

“Class, ustazah suruh pergi surau. Tak payah bawa apa-apa.” Jerit Khairul mengulangi kata ketua pengawasnya. Dia pura-pura tak perasan akan lirikan mata manusia di hadapannya itu.

Lerrr… buat penat je aku bawa buku rujukan setebal buku teks akaun. Sungutku. Mai, tak baik merungut. Pahala kau dapat sebab bawa buku tau. Lagi-lagi dalam bulan puasa. Memopad, sebatang pensil dan sebatang pen aku masuk ke dalam poket. Langkah lenggang mak limah terpaksa dilajukan apabila tertangkap dengan panahan mata seseorang. Dari dulu lagi aku asyik tak dapat peluang nak cucuk mata dia. Tapi mengingatkan pesanan ringkas SMS olehnya buat hati berbunga-bunga. Eheh!

Sewaktu berjalan menuruni tangga, ada pula budak perdagangan naik tangga. Terpaksalah kami berhimpitan. Kesesakan lalu lintas berlaku. Pada waktu itu, budak lelaki yang tak kukenali sengaja melanggar tubuhnya, mengambil kesempatan terhadap wanita. Sengaja bergesel! Isk, aku lempang juga dia ni kang! Dahlah ketiak busuk, ada hati nak bergesel dengan orang wangi. Boleh pulak dia sengih-sengih bila aku jeling tajam. Hello bro, lu apehal? Nak cari gaduh sama wa?

Tiba-tiba mereka menundukkan kepala dan kesesakan kembali teratur. Erk? Apesal dia orang ni? Tiba-tiba, “Farhan…” tegur budak lelaki yang gatal merenyam dengan  aku tadi. Dia menunduk sedikit.

Errrr…. Tolong jangan beritahu yang mamat tu ada dekat belakang aku.

“Hmm.” Tegang saja nada suaranya. Jawapannya……. memang dia dekat belakang aku! Betul-betul belakang aku wei! Entah bagaimana aku boleh terpelecok dekat tangga. Satu pautan hinggap dilengan beralaskan baju kurung membuatkan tubuh aku kembali seimbang semula. Fuhh! Mujur je tak tersembam. Aku urut dada.

“Be careful.” Bisiknya. Pegangan dilepaskan. Aku tertelan air liur dengan kesat. Tersekat dekat kerongkong! Ouh jantung, please jangan gugur. Aku teramat perlukan kau untuk terus hidup! Oksigen please…

Dalam pada itu, Helena menjeruk rasa. Dia yang berada di depan sekali tidak dipandang. Si perampas tu jugak yang dia pandang. Eeii, geram! Buat penat dia berlakon ayu depan ketua pengawas tadi.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now