Bab 59

1.2K 46 0
                                    


KERETA diparkir di Petronas. Papa Umar pergi ke kaunter bayaran untuk isi minyak. Mama Nani pula sedang tidur di kerusi sebelah pemandu. Farhan pun sama. Perlahan-lahan aku buka pintu kereta. Angin agak kuat dari arah selatan buat t-shirt lengan panjang aku beralun. Mujur tudung aku semat pada baju supaya tak bergerak. Langkah diatur menuju ke tandas.

Muka kucuci bersih menghilangkan rasa kantuk. Mahu saja aku tidur dalam kereta tadi. Tapi kerana ada ‘orang tu’ buat aku tak jadi nak lena. Karang terlentok sana terlentok sini, air liur basi menjejes buat naya aje. Keluar sahaja dari tandas perempuan, figura tubuh seseorang yang memakai topi sedang menyendeng di dinding sambil berpeluk tubuh. Terperanjat aku. Matanya tajam merenung.

“Kau buat apa dekat sini?” Aku hairan bin pelik. Buta ke? Tak reti beza simbol tandas lelaki dan perempuan?

“Dah habis?”

Aku angkat kening. Sangat menepati soalan! Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Apalah yang dia buat dekat tandas perempuan ini. Mengekor aku ke? Tapi tadi bukan dia tidur ke dalam kereta? Ah! Pening la nak fikir.

“Lain kali nak keluar bagitahu aku,” ujar Farhan sambil berjalan seiringan.

“Aku pergi tandas je. Bukan lari,” cebikku. Farhan menoleh. Aku buat tak tahu dan pandang deretan kereta yang memarkir depan kiosk. Dada dihambat debar setiap kali dia tenung sebegitu. Pada waktu itu aku sentiasa mengingatkan diri bahawa dia milik orang lain. Hati kembali layu.

Papa Umar sudah bersedia di dalam kereta. Mama Nani terjaga dari kantuk. MPV bergerak perlahan menyusur keluar ke lebuhraya semula. Haih… lambat lagi nak sampai. Aku tak mau dah duduk dalam kereta ini lagi. Nak meletup rasa! Keluhku di hati.

KELAS AM berjalan lancar. Mujur tidak bergabung memandangkan pelajar sains tulen sedang menghadapi kertas trial subjek Fizik. Kalau boleh aku mahu lari dari bertembung dengannya. Sangat menyesakkan dan merimaskan! Huh! Aman hidup minggu ini.

“Hai, ceria semacam je muka. Ada apa-apa ke?” usik D. Aku senyum saja.

“Setahu aku orang yang ceria ini dia tak puasa. Betul tak?” Iman menyampuk membuatkan aku terbatuk kecil.

“Haa… betul tekaan aku. Kau period eh?” Iman berbisik. Tak mahu bebudak lelaki dengar. Naya je. Jatuh reputasi. Malu bergunung-gunung nanti.

Aku ketap bibir. “Hee! Ada yang nak kena backhand ni karang,” Iman sengih sambil buat simbol keamanan.

“Dah berapa hari dah?” Iman masih menyakat. Aku rampas pemadam dari tangan D lalu baling tepat di hidungnya.

“Aduh! Sakitlah! Kot ya pun janganlah kena dekat aset terpenting aku,” Iman memarahi Humairah. Jari mengurut batang hidung. Kasi tegak balik. Nanti Khairul tak pandang susah pulak…

Aku mencebik meluat. “Eleh… tak hilang punya perhatian Khai kalau hidung kau senget sebelah la.” Ujarku sinis sambil mengemas segala kertas dan kemudian dimasukkan dalam fail mengikut subjek. Semakin dekat SPM, semakin banyak kertas cikgu beri. Semuanya latih tubi memandangkan kami dah kehabisan topik dalam buku. Cuma sekarang kami sentiasa membuat revision dan sentiasa mengulang subtopic yang menjadikan markah kami rendah sewaktu peperiksaan.

“Patahkan terus hidung dia, Mai. Taklah sentiasa mendongak ke langit aje kalau berjalan.” Ejek D. Iman pantas melibas bahu D dengan kotak pensil Wana. Laju sahaja tangan dia mencapai.

“Wei! Wei! Pencilbox aku tu!” Wana cuba menenangkan tapi keadaan menjadi semakin gamat. Beberapa pelajar mengalih pandang pada meja kami. Adeh… malunya dia orang adegan wrestling. Sangat tak sesuai untuk pelajar sekolah!

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now