Bab 68

1K 37 0
                                    


DARI Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan, kami berdua menelusuri destinasi demi destinasi dengan hanya menggunakan motorsikal. Sempat berhenti di mana-mana untuk tunaikan solat dan sempat juga snap gambar! Tiba di Kota A’Famosa, kami mendaki tangga tinggi untuk melihat panorama Kota Melaka di hadapan patung Francis Xavier. Kemudian kami bergerak mencari francais KFC untuk menjamu selera. Tekak aku tidak mahu menerima nasi dan sebagainya. Entah kenapa aku semakin cerewet!

“Aduh, lenguhnya kaki!” Aku mengurut betis. Lama tak berjalan, semput pula. Oksigen… oksigen…

Wana ketawa mengejek.

“Penat ke? Yelah. Puteri lilin mana boleh jalan lama-lama nanti cair.” Pantas lengannya aku cubit. Wana menjerit kesakitan. Kami menjamah makanan sambil berbual kosong sebelum pulang ke rumah. Sempat juga aku memborong novel. Hiks!

Home sweet home,” Aku melabuh punggung ke sofa empuk.

“Oit! Tidur dalam bilik la.” Wana menggeleng kepala tatkala mata aku terpejam. Mengantuk sangatlah konon! Remote tv ditekan. Siaran demi siaran dicari hingga akhirnya terhenti pada siaran dokumentari.

“Wana, aku nak air. Haus.” Pintaku perlahan sambil mata masih pejam.

“Ambik kat dapur la. Macam tak biasa. Jangan malu-malu la.” Aku sengih.

“Aku memang pemalu pun.” Wana jelir lidah. Wekk! Nak muntah dengar.

Aku menumbuk manja bahunya sebelum bangun menuju dapur. Dua gelas dicari. Air mineral sejuk aku ambil dari peti ais lalu dibawa ke depan.

“Nah,” Gelas aku sua padanya. Wana ambil lantas mengucap terima kasih. Aku pandang tv. Berkerut kening tengok channel yang dibuka Wana.

“Apa ni tengok dokumentari? Tak syiok ah!” bebelku. Haiwan bernama koala itu kutenung hambar. Tak seronok langsung! Boring! Entah apa-apa entah. Memang aku bab-bab mengkaji dan menyelidik amat-amat tak berminat! Paling akhir aku terima!

‘Eleh, sejarah boleh pulak?’ soal hati.

‘Itu lain. Nak exam, terpaksa!’ kata akal.

“Dah tu, ni je yang best. Lain semua cerita mengarut.” Balas Wana selamba. Balang muruku di atas meja diambil. Dengan selamba dia mengunyah tanpa ajak rakan baiknya sekali!

Aku merengus. “Sejak bila kau suka tengok dokumentari ni?” Aku mengicip air sedikit demi sedikit. Hmm lega tekak.

“Sejak aku minat koala. Kat Australia kan ada haiwan ni.”

UhukUhuk! Tersedak. Wana bingkas menepuk belakangku. Aku terbatuk-batuk bersama muka yang merah padam. Urgh sampai ke hidung! Perih! Sakit oww! Dada aku urut perlahan. Nafas kembali teratur.

“Tulah. Orang minum baca bismillah. Ini main teguk je.” Sindir Wana. Aku menceber. Orang baca la! Kau je tak dengar.

“Atau ada orang sebut nama kau tak? Orang jauh mungkin?” Sakat Wana nakal. Mula nampak tanduk keluar!

Aku menjeling tajam. “Tak ada maknanya. Dah aku nak naik atas.” Aku cepat berlalu dari situ. Tak sanggup nak dengar usikan tak sengaja Wana lagi... takut hati lebih luka. Takut menitis air mata lagi…

Wana sekadar menggeleng. Koala yang sedang makan daun dilihat penuh khusyuk. Fikiran terawang dengan kejadian tadi. Apakah kerana dia menyebut Australia membuatkan Humairah tersedak?

MALAM menjelma. Rambut yang masih basah diurai. Tak perlu khuatir kerana dalam rumah ni semua perempuan. Laptop kubuka. Satu per satu nama yang sedang online kulihat. Hati muram kembali. Nama dia tiada. Facebook pula dibuka. Wall ‘orang itu’ di cari kalau-kalau ada sebarang pesanan atau mesej yang ditinggalkan. Perasaan bertukar hampa melihat tiada post terbaru sepanjang tahun baru ini. Aku meraup muka. Tahun baru yang malang buatku…

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now