Bab 64

1.1K 42 0
                                    

“HELLO?”

“Sayang, mama ni.” Terjerit kecil Yana dan achik apabila mendengar suara Puan Husna di talian. Rupa-rupanya private number tu mama!

“Mama! Achik rindu mama!”

“Bila nak balik sini?!”

“Iya. Mama rindu semua anak mama. Ni mama nak beritahu. Raya kedua mama balik Malaysia.” 

Yana dan achik melompat kesukaan. Yessss!!!


*** BEG baju siap kemas. Segala pakaian akan dibawa pulang untuk ditukar dengan yang baru. Buku-buku yang penting juga aku ikat untuk dibawa pulang.

“Hmm ulangkajilah sangat. Raya sakan mana ingatnya nak sentuh buku,” sindiran Wana sewaktu sesi mengemas semalam membuatkan semua orang gelak.

“Eleh, dia pun sama. Raya sakan, main mercun, makan kuih, buku bukan kau selak pun, kan? Lebih kuah dari nasi!” ejekku.

“Amboi, banyak barang kau sampai tiga beg? Nak pindah terus ke apa?” seloroh D.

Aku senyum. “Ubah angin. Tukar yang baru pula. Korang mesti dah jemu tengok aku pakai baju yang sama, kan?” usikku.

“Eh kita orang pun guna sama je. Aku rasa kau yang bosan.” Jawab D selamba. Aku tergelak. Pi mai pi mai tang tu gak!

“Aku tengok kau happy je ni? Ada apa-apa ke?” Soal D pelik bila tengok gadis itu sentiasa menguntum senyum. Lain macam pulak tengok sahabatnya itu.

Aku toleh D dan terus-terusan mengukir senyuman. “Mama dan abah aku nak balik Malaysia minggu depan,”


*** PERBUALAN malam itu berkisar tarikh, tempat dan masa untuk sesi membelah-belah secara rasmi. Seperti kebiasaan aku akan membisu di sofa, melihat gelagat mereka masih belum memutus tempat yang sesuai. Pasal baju pun nak bergaduh. Entah pape entah!

“Pergi CS la, mama.”

“Cari kedai biasa je, mama.”

“CS!”

“Kedai biasa!”

“Aina nak kaler ungu!” tiba-tiba Aina menyampuk bila abang-abangnya berlawan suara. Dia pun nak cakap juga! Sudahnya masing-masing ketawa.

“Mama tak tahu. Yang bawa papa. Tanya papa.” Mama Nani bertindak awal. Dia tersenyum nakal. Tercengang Papa Umar. Eh eh abang pula yang kena…

“CS la, pa.” Fareez mengongoi.

“Papa jangan ikut sangat kepala budak mentol ni.” Farhan masih menyakat. Fareez menjeling geram. Aku tombok muka kau nanti bha!

“Okey, apa yang ada dekat CS tu? Papa tengok biasa aje. Harga lagi mahal ada lah. Kualiti sama je macam kedai lain juga.”

Fareez memuncung. Papa tak sebelahkan dia! Papa termakan kata-kata angah. Merajuk ah macam ni! Farhan naikkan pacak perlahan-lahan. Kusyen di baling pada abangnya. Farhan mengelak sambil ketawa. Suka tengok wajah kecewa Fareez. Lama tak sakat adik sendiri.

“Maira, Yana dan Sara selalu beli baju raya kat mana?” Papa Umar beralih pada ketiga-tiga dara yang senyap saja. Nak juga dengar tempat selain buah mulut anak teruna mereka. Asyik CS yang diulang. Pening!

“Kami biasa beli kain ela je. Opah jahitkan. Tapi sekarang mata opah tak berapa nampak. Cari baju dah siap aje la sekarang.”

“Beli kain ela di mana tu?”

“Tangkak. Start tahun lepas beli baju dah siap kat KL masa bercuti di rumah maklong.”

“KL area mana?” Fareez tiba-tiba menyampuk.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now