Bab 50

1.3K 56 4
                                    


PAGI menjelma bermakna satu malam sudahpun berlalu. Mama Nani sudah berada di dapur. Dalam rumah ni ada undang-undang. Aku dan adik-adik kena memanggil Aunty Hanani dengan panggilan mama. Bagi yang segan panggil je Mama Nani (khas untuk Yana dan achik). Aku? Dah tentu kena panggil mama. Ini adalah perintah! Dah macam cerita P.Ramlee Tiga Abdul pulak. Ouh, sekarang aku ada dua mama.

Sedang menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak. Menu berbuka hari ini adalah ayam masak merah, sayur kailan dan puding roti. Teringat kembali kata-kata wanita itu padaku sewaktu sedang membuat puding roti pagi tadi.

“Puding roti adalah salah satu kegemaran Farhan. Setiap bulan puasa, dia akan minta mama buatkan. Dan bila dia dah minta sekali, dia tak akan minta lagi. Tunggu tahun depan, haa time tu baru dia minta lagi. Pendek kata Farhan akan suruh mama buat makanan favourite dia bila waktu puasa aje. Katanya puas makan sebab tahan lapar waktu siang. Bila makan time tak puasa, feelnya lain sedikit. Entahlah. Mama pun tak reti nak cakap. Tapi memang begitulah.”

Mula-mula aku pelik. Cuba menerima hakikat tentang lelaki itu. Takkan makan sekali setahun? Takkan tak pernah minta benda lain? Akhirnya aku faham manusia berbeza perangai. Mungkin dia tidak mahu terlalu meminta pada ibunya. Telahku sendiri. Dan daripada situ aku mula belajar mengenai sikapnya. Tidak seperti anak-anak lain. Dia begitu hormat pada ayah dan ibu. Tak pernah sekalipun aku dengar dia membidas kata-kata orang tuanya. Tak macam aku! Kalau mama atau abah cakap ada je yang aku bangkang. Ada je yang tak puas hati walhal mereka sebenarnya risaukan aku, sayangkan aku. Mereka buat bersebab. Mana ada ibu bapa tak sayang anak sendiri? Sedangkan biawak pun sayang pada anak kucing. Sayanglah sangat, kan?

“Ma,” panggil Fareez. Kami semua mendongak memandang. Opss! Bukan saja Fareez, malah abangnya juga turut sama di situ sambil mengendong Aina. Apabila terpandang akan anak matanya yang terarah ke sini, cepat-cepat saja aku tunduk menyambung tugas. Jantung mula berirama ala-ala hindustan. Yana didepan sudah menggesel-gesel kaki aku. Eee! Gelilah. Aku tunjuk pisau. Mahu? Yana menunduk sambil cuba menahan tawa dari meletus. Kelakar la Kak Mai ni.

“Ya, sayang.”

“Reez dengan angah nak pergi kedai sekejap lepas tu pergi bazaar. Reez nak cari kuih buah melaka. Mama nak beli apa-apa tak?” tanya Fareez lalu begitu selamba ambil tempat sebelah aku bertentangan dengan gadis yang dipuja dalam diam. Matanya melirik Yana yang tunduk membuat kerja. Aku yang terperasan segera berdeham. Fareez alih pandang, memfokuskan pada mamanya. Kacau line betullah Kak Mai! Baru nak ushar.

“Emm... mama tak ada apa-apa nak beli. Yana, Sara, Maira nak beli apa-apa tak?” kami memandang satu sama lain. Aku tanya Yana, Yana tanya achik, achik tanya aku! Heh! Ingat rantaian makanan ke apa?

“Maira ikut sekalilah dengan dia orang ni. Senang nak beli apa-apa. Mama tahu sekarang tak boleh nak fikir nak makan apa, kan?” belum sempat aku jawab, Mama Nani memintas lebih awal.

What? Ikut mamat tu? Tak naklah. “Err tak apalah, mama. Dah cukuplah lauk ni.” Tolakku sopan. Padahal itu bukan sifat aku. Kalau berbuka seperti tahun-tahun lepas, meja makan mesti penuh dengan kuih. Dan salah satunya mesti ada laksa Johor. Tak sah kalau tak ada sebab aku suka mencekik waktu malam sambil layan drama di televisyen selepas pulang dari terawih. Tapi takkanlah aku nak cakap kot? Ni rumah orang. Seganlah. Rumah tunang pulak tu wok!

“Tak payah segan-segan, Maira. Kalau nak apa-apa, beli aje. Papa dengan mama tak kesah. Asal Maira dengan adik-adik suka.” Sampuk Papa Umar yang baru saja memunculkan diri di dapur. “Lagipun abah dan mama dah amanahkan supaya jaga anak mereka ni baik-baik. Termasuklah dari segi pemakanan.” Tambah Papa Umar lagi. Dia menguntum senyum padaku.

“Hmm betul, betul, betul!” kata Fareez. Aku menjelingnya. Eee! Suka menyibuk tau. Dahlah ada hati nak mengurat adik aku! Farhan diam saja ditepi peti ais seraya memeluk tubuh. Aina sudah didudukkan di atas kabinet sebelah refrigerator.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now