Bab 55

1.2K 49 2
                                    

PETANG yang sangat membosankan! Berpuluh-puluh rengusan dan keluhan kulepaskan tapi tak dilayan. Sakit hati mak! Semua khusyuk dengan kerja didepan mata. Seakan tak nampak satu hamba Allah yang dah berasap megalahkan serombong asap kilang batu bata! Moodku pada mulanya bersemangat nak buat studygroup petang itu, terus merundum ke level negative apabila wajah yang paling menyampah ada bersama untuk sesi kali ini. Sangat spoil! Walaupun jauh jarak antara kami tapi aku tetap menyampah! Tetap tak suka! Eii benci! Benci!

“Oi! Dah travel sampai mana? Pulau Jerejak?” Wana mencucuk pinggangku dengan buntut pensil mekanikal. Cepat aku menepis kasar.

“Bukan setakat Pulau Jerejak. Dah sampai Timur Tengah dah.” Bidasku geram. Berapa kali aku cakap jangan cucuk pinggang aku! Minah ni memang tau! Gigit kang.

Wana buat muka tak percaya. “Serius? Part mana dah? Dalam bilik eh?” terus saja bahunya aku debik dengan buku rujukan komsas berkali-kali. “Eii! Otak kuning betullah kau ni! Nah! Amekaw! Kaw-kaw aku bagi! Ni part dalam bilik yang kau cakap tu! Ambik! Ambik!”

Terkekeh-kekeh Wana gelak sambil cuba melepaskan diri dari dikerjakan Humairah yang menggila itu. Namun suara mengaduh membuatkan semua mata menala ke arah kami berdua. Aku memegang perut dengan muka berkerut. Sepasang mata dari jauh merenung semacam. Dahinya berkerut hingga menampakkan urat. Wajahnya juga kelihatan panik.

“Kenapa Mai?” Wana sudah cemas. D, Iman dan Aisyah segera mengelilingku. Aku menggeleng kepala.

“Tak ada apa. Cuma rasa berdenyut sekejap tadi. Rasa sakit dekat bahagian operation tu.” Perut kuraba ke sebelah kiri. Jahitan terbuka ke?

Mereka menghembus nafas lega. Namun kebimbangan tetap terukir diwajah masing-masing. Aku mendongak. “Wei! Aku belum mati lagilah. Sakit sikit je pun. Tak payahlah feeling sangat.” Usikku.

Satu tepukan hinggap dibahu kanan membuat aku mengaduh lagi. Kali ini lebih kuat erangan. “Sakitlah aci! Kau dah kenapa pukul bahu aku? Nak makan penumbuk aku gamaknya.” Bentakku.

“Kau tulah! Sebut-sebut pasal mati apehal? Isk!” bangkang Iman. Dalam bulan puasa sebut pasal mati, memanglah aku marah! Walaupun sunat mengingatkan kematian tapi rasa takut itu tetap ada. Sudahlah kelakuan semua orang pelik-pelik hari ini. Pertama, Farhan senyum pada Ammy. Kedua, Aisyah tak bagi aku bagitahu Mai. Ketiga, Mai dah start rasa sakit-sakit? Tengoklah macam yang berlaku beberapa hari lepas. Dia pengsan dalam toilet. Keempat? Tak tahu nak cakap apa. Tunggu sajalah apa yang bakal terjadi. Jangan kata Farhan dengan Ammy ada skandal sudah. Harus dia minum Clorox nanti!

“Tulah! Ganas-ganas lagi. Dah tahu awak tu belum sembuh sepenuhnya ada hati nak buat acara wrestling dekat astaka.” Sindir Syafiq di meja hujung.

“Kau diamlah, apek!” jerit Wana. Sibuk je apek jual sayur tu!

Aku mencebikkan bibir. “Bukan aku yang mula dulu. Ni!” jari telunjuk dihala tepat ke batang hidung Wana. Hampir juling gadis itu. “Bini kau ni yang kerjakan aku.” Mencerlung mata Wana. Lenganku dicubit-cubit bengang. Mengaduh aku kesakitan sambil tergelak kecil melihat airmuka Wana berubah. Syafiq sudah tersengih kerang busuk dikerusinya.

“Eii! Apa pulak aku yang kena? Mulut kau memang nak kena tonyoh dengan cili kering, kan?” berasap sudah sahabat aku yang seorang ni. Sensitive sangat bila nama apek jual sayur itu disebut. Kesakitanku berselang seli dengan gelak ketawa. Inilah yang aku nak. Meriah!

Dimeja sebelah sana…“Baru sebut bini dah sengih macam kerang tak gosok gigi.” Seloroh Hakim.

Syafiq menjeling. “Jeles cakap je la. Tak payah nak berperibahasa dekat sini pulak.” Hakim buat muka jelik. Aku yang hensem mengalahkan Aaron Aziz ni nak jeles dekat kau? Tak kuasa mak! Kalau arnab aku dapat kembar 10 baru aku cemburu. Eh???

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now