Bab 43

1.1K 47 1
                                    


PAGI yang indah dengan kicauan burung. Langit cerah bersama awan biru yang menyejuk mata. Mata aku sudah lebam seperti mata panda akibat terlalu banyak mengeluarkan mutiara jernih. Limited edition tau! Tersangatlah susah nak keluar, tup-tup mengalir deras tanpa amaran. Biarpun aku bakal didenda, tetapi semangat untuk meneruskan aktiviti kem ini masih segar dalam jiwa. Siap kau, memerang! Akan aku perang habis-habisan dengan kau orang berdua! Kalau aku kena cuci baju, kau orang berdua pun kena cuci jugak! Hatiku mendongkol geram. Hutang darah mesti dibayar darah! Wah, ganas bunyinya Mai!

Pagi-pagi lagi kami disuruh bersukan untuk memantapkan stamina dalam badan. Bernanah jugalah telinga mendengar sindiran pedas dari Abang Radzi yang mengetuai acara aerobik tanparela ini. 

“Lembik! Awak semua ni tak makan berapa hari ini? Gaya macam puasa enam bulan direct tanpa ponteng je. Bersemangat sikit bila bersenam. Keluarkan peluh degil dalam tubuh debab, gemuk gedempol awak tu!" aku rasa aku tahu siapa yang Abang Radzi maksudkan. Selang dua pelajar di belakang aku terdapat beberapa pelajar yang agak comel. Jahat tau Abang Radzi ni. Nak tegur pun agak-agak la. Kecik hati Mardiah, salah seorang rakan comel yang aku kenali.

"Badan dah gemuk, tak nak bersukan! Lepas tu happy dapat serangan jantung! Janganlah terlalu lemah dan terlalu mengikutkan nafsu makan saja! Macam mana nak menjayakan misi dalam Kem Bina Semangat kalau awak tak semangat! Dalam kem ini bukan saja kena mantapkan semangat tapi kena tahu cara nak berdiet dengan betul. Jangan gelak bila abang bercakap di depan! Fokus! Laju lagi lari stempat tu!”

Dia kata happy dapat serangan jantung? Dia pernah kena heart attack sampai gumbira, terlompat-lompat macam kanak-kanak Ribena? Dah tu ada tertulis ke dalam borang pengisian menyatakan tentang program diet ni? Cakap lebihlah abang hensem ni. Nasib baik hensem. Kurang sikit perasaan marah tu.

Kami memulakan perjalanan menghala ke titian kanopi tetapi sebelum sampai ke situ, terdapat beberapa halangan berpagar, tak pagar sangatlah. Pagar rumput! Kami dipaksa merangkak di bawah dawai besi. Serius gila! Entah bila abang-abang FRIM ni siapkan dawai untuk kami pun tak tau. Kami bukannya askar mahupun polis hutan. Kami pelajar sekolah tau! Dah tu perempuan lagi. Habis badan diseret tanah lembab! Urgh! Selepas merangkak, kami disuruh berlari dalam tayar hitam entah siapa punya kena kokah sambil berpegangan tangan rakan. Lari selaju yang boleh! Syarat jangan jatuh. Aku mengekek ketawa kerana ada beberapa adegan lucu yang dilakukan rakan sepasukanku. Ada yang terjatuh terduduk dalam tayar, ada yang tertonggeng, ada yang tergelak-gelak tak hingat dunia. Namun selagi tak dapat perfect 100%, abang-abang FRIM ni takkan bagi lepas ke aktiviti lain. Macam-macam! Sesudah melakukan aksi itu dengan bersungguh-sungguh, kami disuruh pergi ke air terjun. Kepala masing-masing sudah memikir tentang mandi-manda! Rupa-rupanya sangkaan kami meleset apabila Abang Radzi menyuruh kami mencari guli di dalam air. Cari guli?! Sebesar-besar benda dalam dunia, guli disuruh kami cari?! Sekecil-kecil benda itu?! Tak masuk akal betullah! Ini kem mendera ke kem bina semangat? Semangat yang dituju tak juga naik tapi semangat membako abang-abang FRIM ni memang naik mendadak sampai tercabut spring thermometer!

“Aku rasa kita takkan menang punya,” gumamku apabila melihat pelajar lelaki sudah menjerit berulang kali mengatakan mereka telah jumpa guli yang dicampak dalam air ini. Dan suara yang menjerit itu amat aku kenali. Suara Khairul, Hakim, Putera, Affendi dan beberapa pelajar lelaki yang lain. Jumlah guli semuanya ada 50 tetapi yang perlu dicari hanyalah 20. Azab tau nak cari 20 biji guli! Ingat senang ke?! Abang-abang FRIM ni siap bentang tikar sambil mencekik cekedis lagi. Gaya duduk santai gila dengan bercermin mata hitam. Auwww! Gerammmm!!!

Aisyah tergelak kecil. “Aja-aja fighting, Mai!” aku mencebik.

Sesudah mendapat jumlah guli yang diidam-idamkan abang FRIM ni, kami disuruh menukar baju. Huh! Patutlah dia suruh bawa baju dan seluar lebih. Ada rancangan ghupa-ghupanya! Ingat disuruh bermandi-manda. Spoil mood je!

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now