Bab 69

1.1K 40 0
                                    


SUASANA sekolah sukar untuk aku gambarkan. Kaki tangan sejuk bak ais sebaik melangkah setapak melepasi pintu gate sekolah. Diri diselubungi ketakutan.

Hari ini keputusan keluar!

Debaran kian terasa apabila melihat beberapa rakan yang sudah mengambil slip keputusan SPM. Ada yang ketawa, ada yang sedih, ada yang diam. Jantung aku laju macam larian kuda. Jangan tercabut terus sudah! Memang kiok la jawabnya.

“Mai!”

Suara-suara yang aku rindu kedengaran. Mereka meluru ke arahku. Kami berpelukan erat. Widad, Ekin, Jaja, Qamarina dan beberapa bebudak aspuri menghurungku. Macam lebah! Mujur nampak kepala.

“Mai…!!!!”

Ah sudah! Bertambah manusia nak memeluk. Kini dah tak nampak terus. Aku tenggelam di situ! Oh, sangat tak vogue….! Renyuk baju kurung.

“Eh… panas! Panas!” Tubuh yang mendekat aku tolak. Over pulak dia orang ini. Mereka gelak besar.

“Kau dah ambik?” soal Jaja terus. Aku menggeleng.

“Baru sampai la, Ja. Korang ni over tau. Habis baju kurung aku!” bebelku.

Sekali lagi tawa meledak.

“Korang dah ke?” tanyaku memandang satu per satu raut wajah mereka. Tiga empat bulan tak jumpa kut. Rindu!

“Dah.” Mereka senyum. “Kau pergilah Mai!” Beria D mendesak. Yang lain turut sama menyuruh aku ambil cepat-cepat. Semacam pula tengok dia orang dok sengih-sengih.  

Aku pejam mata. “Okey. Aku nak pi ambik. Tunggu tau. Nanti kita share.”

Aku berlalu dari situ. Barisan kelas 5 Ar-Raudhah dicari. Jumpa! Cikgu Namisah duduk di kerusi sambil menyerahkan slip kepada salah seorang rakan sekelasku. Dada bertambah debar.

“Assalamualaikum, cikgu.” Tangan beliau aku kucup. Cikgu Namisah tersenyum manis.

“Waalaikumussalam. Lambat awak, Humairah.” tegur cikgu. Aku sengih.

Jammed kat JB tadi, cikgu.” Cikgu Namisah terangguk kepala.

“Ooookeyyyyyy........” nada panjang guru wanita tersebut bikin seram. Tersekat-sekat air liur di kerongkong. Tangan digenggam kuat. Bibir kuketap.

“Nur Saffiya Humairah,” Mata Cikgu Namisah merenung aku tajam. Ah sudah! Aku failed ke??? “Saya suruh awak belajar rajin-rajin, kan? Karangan awak harus dipanjangkan, bukan?”

Aku angguk laju-laju. Masih ingat pesanan itu sebelum memasuki dewan peperiksaan. Tapi kalau tak silap, aku buat sampai enam kertas kajang. Takkan itu pun tak cukup? Enam kot! Selama ni aku selalu buat tiga atau empat je. Cukup-cukup patah perkataan!

“Kenapa, cikgu? Saya gagal BM ke?” Aku terasa nak menangis bila mana Cikgu Namisah mengeluh dan mengangguk perlahan. Uwaaaa! Down terus semangat.

“Awak tengoklah sendiri.” Menggigil tangan menarik sekeping kertas hijau yang menjadi igauan ngeri setiap orang bergelar calon SPM. Nak terkencing pun ada!

Bait-bait ayat itu aku baca setelah berhempas pulas tarik nafas dan istighfar. Mata aku buka. Gred aku lihat terlebih dahulu. Mata terbeliak!

A+, A+, A+, A+, A+, A+, A, A.

Ya Allah, benarkah ini??? Aku lihat subjek. AddMath dan Sejarah A. Yang lain A+! Ya Allah!

“Cikguuuuu!!!!!” Aku menghentak kaki sekuat hati. Cikgu Namisah senyum manis seraya mendepang tangan. Tubuhku ditarik dalam pelukan. Aku menangis teresak-esak.

“Tahniah, Humairah. Cikgu bangga dengan awak.” Dia menangis gembira sebaik saja nama anak muridnya tersenarai sebagai pelajar lulus semua A.

“Mai…” Mama dan abah mendekat. Sahabat-sahabat aku juga menghampiri. Termasuk bebudak aspura. Pelukan dirungkai. Aku pandang mama. Tak tertahan air mata melihat mama menangis melihat keputusan anaknya yang nakal ini.

“Alhamdulillah straight A!” Aku pantas memeluk tubuh mereka berdua. Menangis dan terus menangis. Abah mengucup ubun-ubunku berulang kali. Kali ini tidak aku pedulikan pandangan orang ramai. Aku di dalam pelukan kasih mama dan abah!

“Mai! Tahniah wei!!” Aku berpelukan sekali lagi bersama teman-teman seangkatan. Bebudak aspura menepuk tangan riuh tanda ucapan tahniah untuk Humairah. Tak sangka Humairah mampu menggapai semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Ingatkan pengetua salah baca semasa mengumumkan senarai pelajar lulus semua A. Humairah tiada ketika itu, masih dalam perjalanan ke sekolah. Nak je Putera bagitahu pada Humairah namun ditegah rakan-rakan. Dia nak buat kejutan untuk Humairah. Biar Humairah tahu sendiri!

“Husna!” panggilan suara lembut Mama Nani menyentak tangkai hati. Aku cuba berbuat selamba bersama rakan-rakan. Kelihatan mama dan Mama Nani berpelukan erat. Siap laga pipi! Papa Umar bersalaman bersama abah. Mesra sungguh. Aku mengucup tangan Mama Nani sebelum pipi dicium lama oleh wanita itu.

“Maira dah ambil keputusan, sayang?” lembut dia bertanya. Aku senyum seraya angguk.

“Tahniah dengan keputusan cemerlang, Maira.” Papa Umar mengucap ribuan tahniah padaku. Aku terharu.

“Sama macam Farhan.” Suasana sepi seketika. Diselubungi rasa sedih dan kecewa kerana pemuda itu tidak turun ke dewan dimana pernah menjadi sebahagian dari hidupnya dahulu.

“Farhan tak balik ambil result, Nani?” Mama mula menanyakan bakal menantunya itu. Ops! Bakal-menantu-tak-jadi.

Kelihatan Mama Nani menguntum senyum hambar. Kepalanya digeleng tanda jawapan. Mungkin masih rasa terkejut dengan berita anak keduanya itu berangkat ke Australia tanpa menanya pendapat ahli keluarga mereka terlebih dahulu. Mama menggosok bahu Mama Nani. Minta wanita itu bertenang dan sabar.

Aku di sisi wanita sebaya mama itu mulai kecewa. Fikirku jikalau bertemu, aku mahu meminta ampun padanya. Aku tersilap dalam membuat percaturan atas dorongan nafsu. Hati lelaki bila dah merajuk, sangat sukar nak pujuk. Sekali terluka, sampai bila-bila akan diingati.

 Rasa terkilan tetap dirasa!

Aku mengelap air mata yang tumpah sambil tersenyum ke arah mereka. Duhai hati… tabahlah… tahniah Farhan atas kejayaan kau… maafkan aku….


Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now