Bab 70

1.7K 46 11
                                    

PERSEDIAAN sudah dibuat. Selama sebulan lebih aku menunggu akhirnya tiba jua. Fail profil peribadi aku lekap ke dada sementara menunggu orang di hadapan selesai mengurus dokumen. Hari ini ialah hari kemasukan aku ke UiTM Segamat. Bidang yang aku minati sejak di tingkatan empat iaitu perakaunan. Banyak tawaran luar dan luar negara untuk pelajar straight A’s tapi aku menolak. Mama pernah bertanya kenapa tak mahu ambil course luar negara. Sampai bertekak la juga dalam rumah tu!

“Mai tak mau jauh dari mama. Kalau Mai ke luar negara, nanti Mai susah nak balik. Opah mesti rindukan Mai.” jawabku bersahaja tetapi mendalam. Ada isi tersirat.

Lambaian seluruh ahli keluargaku dibalas penuh sebak beserta linangan air mata terutama opah. Kini aku terpaksa berjauhan dan berpisah dengan mereka sekali lagi. Tetapi aku tidak gentar kerana pengalaman di asrama mengajar aku untuk berdikari. Cuma universiti ini terlalu besar. Insya-Allah ada sahabat yang akan membantu. Harapnyalah…

Kini, apa jua halangan akan aku terima. Aku yang memulakan, aku juga yang akan mengakhiri. Semalam sudah bergelen sisa air mata sewaktu menaip mesej untuk lelaki itu di facebook inbox. Pohon kemaafan atas ‘kebijaksanan’ aku padanya. Kerana mengungkit kisah silamnya. Waktu itu aku berasa sangat malu. Aku lupa manusia ada kenangan manis dan pahit. Tak sepatutnya aku menghukum. Aku bukan Tuhan! Aku juga meminta kami bersatu semula atas ikatan pertunangan. Rasa malu kubuang jauh. Aku tidak mahu ego lagi. Aku mahu menjernih semula keadaan.

Entahkan dia baca mesej itu atau tidak aku tak pasti tetapi aku tetap akan menulis sampai aku penat dan tak terdaya lagi. Segala kemungkinan pasti akan berlaku. Aku harus kuat untuk menempuhnya! Apa jua jawapan darinya akan aku terima dengan redha.

Dan aku akan setia menanti kepulangannya… di Malaysia!

-TAMAT-




Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now