Bab 49

1.2K 48 0
                                    


BAGASI hitam hijau sudah kucampak ke dalam bonet kereta. Campak? Bunyi macam ganas je kan? Puncanya aku tak puas hati kena duduk sebumbung dengan mamat tulah. Sudahnya bagasi jadi mangsa. Kesian dia. Perjalanan dari rumah kami ke rumah Uncle Umar tidaklah jauh sangat sebenarnya tapi buntut aku tetap kematu dan perasaan jauh tu memang ada. Tapi aku pelik sedikit. Bagaimana adik-adik aku nak pergi sekolah nanti? Aku dah tentunya akan dihantar ke asrama sekali dengan headprefect tu. Tapi sekolah Yana dengan achik boleh dikira jauh dari rumah Uncle. Kalau di rumah kami, jaraknya hanya dalam 5 km sahaja.

Pintu pagar automatik dibuka sebaik saja kereta abah muncul. Ini adalah kali kedua aku datang ke rumah tiga tingkat ini. Hati yang pada mulanya tenang terus resah gelisah. Terasa cepat masa berlalu. Haaa... kenapa kena tinggal dengan mamat tu?! Dengusku kasar dalam hati.

Mamat-mamat! Dia ada nama la. Nama dia Farhan. Bidas fikiranku.

Eh, suka hatilah! Balas hatiku selamba. Siap jelir lidah lagi. (Boleh bayangkan tak? Hehehe...)

Wajah ceria aunty dan uncle membuatkan hatiku sedikit sebanyak terharu. Mereka seakan tidak sabar mahu aku tinggal di situ. Selepas mama, tubuhku pula didakap erat oleh Aunty Hanani. Dahiku dikucup lembut menzahirkan rasa kasih sayangnya buatku. Hatiku cair lagi.

“Flight pukul berapa, Kir?” tanya Uncle Umar sewaktu kami santai di ruang tamu.

“Pukul 8 malam. Dalam pukul 3 aku dah kena gerak dah. Takut lambat pulak sampai dekat KLIA nanti.” Balas abah tenang sambil kerling jam tangan. Jarum jam bergerak ke angka 2.15 minit petang.

“Maknanya tak sempat nak bukalah ya?” soal Aunty Hanani pula. Dia memandang Husna.

“Kami berbuka dalam kereta nanti. Jangan risaulah, Nani. Na dah bawa bekal.” Balas mama lembut. Tiba-tiba tangan Aunty Hanani digapai lalu digenggam lembut. “Na harap Nani tolong tengokkan anak-anak kami ni. Tegurlah mereka kalau mereka ada buat salah. Na dan Abang Syakir izinkan.” Pinta mama.

Aunty Hanani tersenyum manis. Tangan mama ditepuk lembut. “InshaaAllah. Na jangan risau. Nani akan jaga mereka macam anak Nani sendiri. Bukankah kita satu keluarga? Bakal menjadi besan. Nani dan Bang Umar tahu serta faham, anak-anak Na dengan Syakir baik-baik. Anak Nani aje yang nakal. Jangan risaulah.” Mereka berdua bergelak ketawa.

Aku yang sedang berbalas mesej dengan Wana hampir tersedak. Bakal besan? Kenapa ada rasa ngilu ditelinga ek? Muka achik kukerling. Muram aje dari tadi. Mungkin sebab tak dapat ikut. Achik kan rapat dengan abah dan mama. Tidur pun kadang-kadang dekat bawah ketiak mama. Jealous pulak aku! Yana pula tenang saja. Adik aku yang seorang ni tak macam aku dan achik. Perwatakannya berbeza. Sangat cool dan lemah lembut. Tapi siapa tahu hati dia, kan? Kalah monster. Haha!

Sedar tak sedar, sudah 45 minit kami duduk di ruang tamu itu. Berbual dan bergelak ketawa. Jam dinding rumah Uncle Umar tiba-tiba berbunyi. Semua mata memandang jam itu. Tepat jam 3. Abah dan mama sudah berdiri lalu bersalaman dengan orang tua Farhan. Entah kenapa hatiku rasa berat untuk melepaskan pemergian mama dan abah. Rasa pilu bertandang di hati.

“Mana anak-anak kau, Mar? Dari tadi aku tak nampak muka dia orang pun.” Tanya abah.

“Farhan pergi ambil Fareez balik tuisyen. Kejap lagi baliklah tu.” Jawab Uncle Umar senang hati.

Sedang kami berada di halaman rumah uncle dan aunty yang cantik itu, bunyi deruman enjin kereta mengalihkan pandangan kami. Farhan dan Fareez keluar dari perut kereta lalu bersalaman dengan abah dan mama.

“Uncle dah nak pergi ke?” Farhan bertanya sopan. Abah angguk.

“Haah, Han. Dah nak pergi dah ni. Farhan dari mana ni?” abah melayan saja kerenah anak muda itu. Hatinya senang dengan sikap Farhan. Pandai berdikari dan berdisiplin. Tapi kalau abah tahu dekat sekolah dia selalu buli aku macam manalah agaknya reaksi abah ya?

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now