Bab 40

1.3K 47 0
                                    

SEMUA pelajar asrama tingkatan 5 sedang mengemas barang masing-masing atas arahan Cikgu Namisah dan Cikgu Samad memandangkan bas sudah tersedia di perkarangan Astaka Seri Dewi. Dengan sekali arahan, kami semua diminta berkumpul di dataran sebentar untuk taklimat ringkas. Pelajar luar asrama yang mengikuti perkhemahan ini juga sudah menunggu di dataran kecil seawal 7 pagi tadi.

“Baiklah, sekejap lagi kita akan mulakan perjalanan ke FRIM Kepong dimana lokasi itu menjadi tempat sesi perkhemahan kita. Jadi saya berharap sangat anda semua jaga kelakuan masing-masing. Jaga diri dan yang paling penting, jaga imej sekolah kita. Pastikan anda semua tidak membuat kecoh apabila sampai di sana. Ingat, situ tempat orang. Hormati tempat orang. Faham?”

“Faham, cikgu!!!” dengan lantang kami semua menjawab pertanyaan Cikgu Namisah. Bersemangat!

“Baiklah. Semua beratur di tepi bas. Saya nak check nama dan selepas itu awak semua boleh naik dan duduk diam-diam dalam bas.” Tegas suara Cikgu Samad.

Semua pelajar beratur dengan beg setia dibahu atau dijinjit dengan tangan. Kami berada di barisan belakang bersama dengan geng aspura. Riuh mulut dengan suara-suara mereka yang nyata gembira dan tidak sabar mahu bercamping.

Girlsplease jangan naughty-naughty eh?” usik Hakim.

“Eh, hello! Siapa yang naughty? Hang pa tu yang nakal. Jangan cuba-cuba nak kenakan kami, padah akibatnya nanti.” Ugut Iman.

“Apa akibatnya?” selamba Syafiq bertanya. Hek eleh, nak ugut orang konon! Tak padan dengan kecil!

“Kalau korang usik kita orang dekat kem, putus kawan!” ternganga geng aspura mendengar dari mulut comel itu.

“Biaq betui? Janganlah macam tu!” bantah Khairul. Aduh... kusut lagu ni!

Iman sengih comel. “Tak dak la. Saja ja kenakan hang pa.” Iman dan D terkekeh-kekeh ketawa sehingga tidak sedar bodyguard kami sudah segunung asap kemarahan.

“Aku ni kalau tak kerana sabar, dah lama aku aqiqahkan korang tau! Goreng kunyit lagi sedap!” geram Putera. Tangan ditumbuk-tumbuk. Benda macam ni pun boleh dibuat main? Heee! Hakim menyabarkan Putera yang menggila itu. Alah, saja je.

Aku, Wana dan Aisyah menggeleng saja melihat gelagar mereka. Apa pun tak boleh! Aku pandang ke depan semula sambil berpeluk tubuh menunggu giliran untuk naik bas. Dan masa itu juga, kami berlima ternampak Ammy dan diva-divanya tiba.

“Korang, cuba tengok tu.” Unjukku pada mereka dengan mulut memuncung. Semua memandang tunak ke depan.

“Maaf, cikgu. Saya terlambat. Jam habis bateri.” Dengan lemah-lembut Ammy cakap. Cikgu Namisah dan Cikgu Samad pandang Ammy dan gengnya atas bawah sebelum mengangguk membenarkan mereka.

Thanks, teacher.” Dengan gembira Ammy dan kengkawannya melenggok tubuh berjalan sehingga ke belakang dan secara tak langsung, matanya tertunak anak mataku yang kebetulan memerhatikan cara mereka berjalan.

“Apa pandang-pandang? Ada hutang?” sinis Ammy berkata disambut ketawa mengejek diva-divanya.

Aku berpeluk tubuh. “Mata adalah anugerah Allah untuk melihat. Jadi apa masalahnya kalau aku pandang ciptaan Tuhan Yang Maha Esa? Salah?” ujarku selamba.

Ammy dan gengnya kelu lidah. Sekali kena perli daa!

“Oh cikgu! Yang sebetulnya bukan jam bateri saya mati tetapi saya yang malas nak bangun awal. Kebiasaannya saya bangun pukul 11 pagi. Itu pun kalau bibik saya kejutkan. Oh cikgu yang handsome, cantik serta menawan, maafkanlah saya cikgu!” Iman memulakan drama terbaiknya sehinggakan pelajar-pelajar di hadapan kami mengekek-kekek ketawa.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now