Bab 52

1.1K 45 2
                                    


KELAS Pendidikan Jasmani telahpun bermula. Tapi bayang guru langsung tak kelihatan. Masa ini adalah yang paling sesuai untuk tidur. Dahlah puasa. Takkan nak bersenam pulak kan? Inilah dia kalau syaitan dah hasut. Orang suruh banyakkan buat amal ibadat, dia boleh tidur. Mai… Mai…

“Oi! Bangunlah. Boleh pulak tidur.” Kata D apabila melihat aku menyembamkan muka ke meja.

“Ngantuklah.”

“Macamlah kau kerja buruh. Orang lain pun puasa juga tau.” perli D.

“Dia kan kerja shif malam. Jadi burung hantu. Time orang tidur, dia pergi layan chess sampai 2 pagi. Bijak sangat macam tulah jadinya.” Sindir Wana pula. Dia berlalu ke meja Anisa untuk meminjam nota.

“Kau main chess tengah-tengah malam?” terbeliak biji mata D.

Aku angkat muka sikit dari meja. Mata kuyu aku tunjukkan. “Please kasi tidur kejap. Gila ngantuk. Nanti aku jawab soalan kau lepas aku bangun. Swear!” aku angkat dua jari. Kepala diletak semula ke meja. Emmm nyum nyum sedapnya tidur…

D hanya mampu menggeleng kepala. Tak boleh nak kata apa dah. Dia menyambung melukis bunga di sketch book. Sesekali dia mewarna bunga tersebut dengan pensil warna. D seorang yang berbakat tapi tak nak tonjolkan. Katanya sekadar hobi biasa. Kalau aku, dah lama tukar kelas. Duduk kelas seni mengembangkan bakat. Tapi D tamau!

“Assalamualaikum.” Khairul memberi salam. Seisi kelas menjawab. “Geng, kita dapat jadual baru. Tapi kali ini tak ada subjek PJ dan Sivik start mulai esok.”

“Lahhh...”

“Apa sehhh…”

“Bosannya tak ada PJ dengan Sivik.” Omel Putera.

“Haah. Kenapa tak ada dua subjek tu?”

“Subjek tu je la yang boleh bagi aku masa untuk tidur.” Syafiq, Khairul dan Hakim geleng kepala serentak apabila mendengar bait-bait ayat Putera. Tidur aje tau! Sama la macam seorang perempuan dekat belakang ni haa! Haha.

“Pengetua nak kita fokus pada subjek penting only. So kita kena study dan banyakkan buat latihan untuk lapan subjek penting sahaja. Kalau tak puas hati, boleh jumpa pengetua. Aku cuma sampaikan amanah aje.” Khairul tidak mahu cakap banyak. Tambahan lagi bulan puasa. Nanti tekaknya kering siapa yang susah? Dia juga. Dia mula menulis jadual tersebut di papan putih dengan marker pen ditangan. Kalau bagi kertas macam tu aje dekat bebudak ni, confirm kertas itu akan terkoyak tak sampai lima saat disebabkan berebut nak copy dulu. Belajar dari pengalaman.

“Dan untuk pengetahuan korang, kita akan bergabung dengan kelas 5 Al-Bukhari untuk subjek Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Guru tetap sama. Ianya akan start esok. Ini pun arahan pengetua.”

Tersirap darah aku dibelakang. Sepantas kilat aku bangun. Mulut ternganga. Pandangan tak percaya dihala ke muka Khairul. Khairul yang faham tersenyum nakal. Keningnya dijongket berkali-kali. Habislah kau, Mai! Nampaknya jodoh kau kuat dengan ketua pengawas.

Pelajar lain mula berbisik. Helena dan kuncunya teramatlah girang. Riak suka berseri-seri dimuka. Setiap minggu dapat jumpa headprefect. Aku pandang Wana, Iman, Aisyah dan D. Kebetulan mereka memalingkan wajah menghadap aku. Masing-masing dengan riak tak percaya.

“Mai...” kata D.

“Pend. Islam (PI) dan Add Math (AM) wei?” Sampuk Iman. Wana dan Aisyah tersenyum-senyum kambing.

“Kali ni aku memang tak dapat nak tolong.” Wana mengangkat tangan. Dari riak wajah mereka sudah tahu. Lutut aku jadi lemah. Semakin aku elak, semakin menjadi-jadi pulak. Apakah ini semua harus berlaku? Aku nak jerit boleh tak?!?


Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now