Bab 35

1.3K 50 0
                                    


OKEY, hari yang dinanti-nanti tiba jua. Hari penamat untuk segala-galanya. Pertandingan MUM (Minggu Uji Minda) akan berlansung hari ini. Berdebar dadaku tatkala melihat ramai pelajar dari sekolah lain hadir ke sekolah ini. Semuanya nampak macam terror, dalaman tak tahu lagi tapi aku yakin mereka yang datang semua ini tentunya pandai bermain catur. Handal-handal belaka!

“Wana, aku takutlah. Entah macam mana nanti aku main. Malulah. Nak baliklah.” Ujarku seraya mengundur langkah.

Wana segera menarik lengan baju sekolahku berada disisinya.

Relax okey. Kita main dekat sekolah sendiri. Bukan dekat sekolah orang. Apa nak takut? Kau main macam yang Farhan ajar la. Kan ke kau dah terror? Malah lebih terror dari aku lagi,” kata Wana sedikit bangga.

Humairah sekarang sudah pandai bermain catur. Beberapa kali dia asyik kalah bila Humairah ajak dia berlawan. Rasa marah tu ada juga la. Tapi dia sedar, buat apa nak marah? Ini satu petanda yang baik. Humairah benar-benar suka dengan catur!

Aku mengeluh. “Itu masa lepas. Sekarang ni nak lawan dengan budak yang aku rasa lagi hebat dari aku. Lagi pandai dari aku. Aku takut aku yang akan menyebabkan sekolah kalah. Buat sekolah malu.” Rasa nak terkucil. Menahan rasa gemuruh, sejuk dan menggigil. Gementar? Jangan cakaplah! Semua ada. Tetiba pula perut meragam. Alahai... sabarlah perut.

Wana menggeleng. “Mai, buat apa kau nak takut? Adatlah kalau kalah masa bertanding. Itu semua ketentuan Allah. Kalau dia izinkan kita menang, kita menang. Kalau kalah, tak apa. Mungkin bukan rezeki kita. Mana tahu hari lain rezeki kau pula sampai.” Tenang Wana berbicara bikin aku terpegun. Wana sudah menjadi seperti Aisyah. Terasa setiap kata-katanya meresap masuk ke dalam atma. Sangat tenang.

Aku mengangguk perlahan. Jemari digenggam erat. Sejuk!

Selang beberapa minit, muncul Cikgu Namisah dan peserta yang memasuki acara MUM ini.

“Okey, tadi saya dah cabut undi. Kita round ke 2.” Ujar Cikgu Namisah.

Alamak! Round 2 ke? Alahai... lemah lutut aku. Lembik je rasa. Macam jelly.

“Nanti dia akan bunyikan loceng sebanyak tiga kali. Kali pertama, masa mula. Kali kedua, masa round 1 tamat. Kali ketiga, mulalah game untuk round ke 2 pula. Dan seterusnya begitulah.” Jelas guru wanita itu lagi.

Semua mengangguk faham. Kringg!! loceng pertama dibunyikan. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pusingan pertama sudah memasuki dewan dan acara pun bermula.

“Cikgu mahu kamu semua bertenang. Tak ada apa-apa yang perlu ditakutkan. Main macam biasa. Anggap orang dihadapan kamu itu adalah komputer. Macam main dalam komputer. Main biasa saja. Jangan gelabah dan banyakkan selawat. InsyaAllah akan berjaya. Cikgu doakan.” Cikgu Namisah merenung satu per satu wajah pesertanya. Macam nak pergi berperang pula! Haah, berperang main chess!

“Haa... lagi satu cikgu nak khabarr berita gembira pada kamu semua.”

Semua merenung muka guru wanita yang sedang tersenyum-senyum itu. Benak masing-masing dipenuhi dengan persoalan.

“Kalau menang, cikgu akan belanja kamu semua makan di luar.” Kami menjerit keriangan. Huhu! Sukanya... boleh keluar!

“Kalau kalah.....” semua sudah kecut dan terdiam bila cikgu berkata dengan nada semacam.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now