Bab 53

1.1K 44 1
                                    


DORM Cekal dituju. Tanpa mengetuk pintu, dia terus melangkah masuk. Beri salam pun tidak. Wajah seorang pemuda dicari. Tiada! Dia pusing sekeliling. Pun tak ada juga. Kemana la ketua pengawasnya pergi ni?

“Bro, assalamualaikum.” Sindir Aizat padanya. Sedari tadi dia perhatikan pelajar itu masuk tanpa memberi salam. Tak nampak ke ada manusia lain dalam dorm ni? Aizat punyalah relax dekat atas katil tu dia boleh tak nampak? Isk isk isk!

Pelajar itu tersengih malu seraya menggaru kepala.

“Sorry, Zat. Han mana?”

“Han pi jumpa warden jap dengan Izuan. Ada apa kau cari dia?” soal Aizat apabila melihat rakannya itu menggaru-garu kepala. Seperti banyak kutu di kepalanya. Tak pernah syampu rambut ke kawan? Gelisah semacam je hamba menengoknya.

“Oh. Aku ada hal sikit nak bincang dengan dia.” Tuturnya perlahan. Aizat angguk. “Kau tunggu la kejap. Farhan tak lama lagi naiklah tu.”

Tidak sampai lima saat Aizat berkata, terjengul muka yang dicari bersama rakan karibnya seperti kebiasaan.

“Aik, Zul? Kau buat apa dekat sini?” tegur Izuan mesra. Rizulfikri, rakan sebaya mereka tetapi memilih untuk duduk di kelas muzik kerana minatnya begitu mendalam pada alatan muzik itu. Daripada Zul dia merisik mengenai Luqman Harez yang menjadi pesaing hebat Farhan selain Eriq. Bukan ke Luqman Harez tu sekelas dengannya? Selepas apa yang terjadi di kem perkhemahan, dia mula menyelidik tentang pelajar ala-ala Chinese itu. Farhan tidak tahu menahu langsung! Itu rahsia antara Izuan dan Rizulfikri.

“Aku ada hal sikit. Tu yang nak jumpa Farhan.” Kata Zul sambil mata menarah pada wajah Farhan yang sedang menjongket kening sebelah.

“Hal apa?”



WARGHHHHH!!!” Iman cepat-cepat menutup mulutnya dari terlopong besar akibat menguap. Sungguhlah dia mengantuk. Apa taknya. Study dalam dorm, lagu tak buka, sunyi sepi macam orang tengah berkabung.

“Iman, berapa kali aku pesan. Kalau rasa nak menguap tutup mulut cepat-cepat nanti iblis berlumba-lumba masuk.” Acapkali diulang nasihat itu namun bagai mencurah air ke daun keladi. Langsung tidak mahu didengar Iman.

Aisyah hanya mampu menggeleng kepala.

“Aku dah tutup apa tadi?” balas Iman.

Suasana sepi kembali. Iman menarik nafas. Lawan mengantuk, Iman! Periksa nak dekat. Ganbatte! Matanya dibesarkan semula lalu merenung kosa kata yang ada pada buku berwarna kuning cair itu. Lama kelamaan matanya mengecil dan terus mengecil. Sorry buku, aku give up habis… Iman terlena diatas katil.

“Astaghfirullahalazim…”

Semua mata menala ke arah Wana. Gadis itu mencengkak pinggang. Riak marah tertonjol pada mukanya.

“Orang tengah sedap study dia boleh buka kilang tahi mata?”  D tertahan-tahan tawa dari meletus. Apa taknya, Iman tidur sampai berdengkur kuat. Penat sangat ler tu. Entah apa yang dia buat pun D tak tahu. Sama aje macam Humairah dekat dalam kelas.

“Eh Mai mana?” baru dia teringat akan salah seorang sahabatnya itu. Dari tadi tak kelihatan.

“Dia pergi tandas kejap.” Jawab Wana tanpa menoleh.

“Aik, takkan lama sangat dia pergi? Cirit apa?” D pelik.

“Dia pergi melunaskan hajat yang lama terpendam la tu.” Seloroh Aisyah. Meledak tawa dalam dorm Angsana itu.

Bunyi orang berlari membuatkan Wana dan Aisyah menoleh ke tingkap. Kelihatan Jaja sedang menuju ke pintu dorm mereka. Termengah-mengah gadis itu di muka pintu dengan peluh menitis di dahi. Patutlah rasa bergegar semacam. Rupanya budak montel ini. Hehehe...

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now