Bab 48

1.3K 57 0
                                    


SEDAR tak sedar masa terus berlalu. Hari berganti hari. Kami semua akan menghadapi SPM tidak lama lagi. Hanya tinggal tiga bulan lebih saja lagi. Peperiksaan percubaan akan diadakan pertengahan bulan puasa dan selepas itu kami bermati-matian study atau erti kata lain gerak gempur untuk mencapai lebih baik dari trial. Selama sebulan kami akan bergerak gempur dan akhirnya tibalah masa yang dinanti. Peperiksaan yang paling penting dalam negara ini!

“Hai sekejap je masa berlalu, kan? Aku rasa macam baru semalam je aku masuk sekolah ni.” Ujarku sebaik saja kami berada di atas katil asrama.

“Hmm betul tu, Mai. Aku pun rasa macam cepat je masa berlalu. Rasa baru semalam kita kenal.” D mengeluh lemah.

“Lepas ni kita berpisah. Tak ada lagi nak duduk macam sekarang. Tak merasa lagi nak merasa tidur atas tilam asrama, makan bersama dekat dewan makan, solat jemaah sama kawan-kawan lain, keluar untuk waktu prep... haih!” kata Wana perlahan.

Sungguh aku rasa sebak! Mata melilau melihat keadaan dalam dorm ini. Aku rasa sayang untuk tinggalkan semua ini. Dorm yang telah menempatkan aku bersama kengkawan yang lain sehingga kami menjadi akrab. Namun aku tidak akan sesekali melupakan Qiela. Dialah sahabat sejati aku. Tak putus-putus aku berdoa supaya hubungan kami terus kekal hingga jannah.

“Dah pukul 5. Jom turun. Masa untuk beriadah.” Ujar Aisyah lalu berdiri. Cadar katilnya dibetulkan. Buku latih tubi diambil bersama sebatang pensil. Aisyah memang rajin. Mana dia pergi mesti bawa buku dan pen. Katanya senang nak mencatit kalau ada apa-apa berlaku.

“Jom! Kita enjoy!” jerit Iman gembira.

“Jangan ingat enjoy je. SPM dah dekat. Kau Sejarah tak catch up lagi. Dalam kelas membuta je tau.” Sempat kena perli dengan Wana. Apalagi? Meraunglah minah tu! Bergegar asrama dengan lari lintang pukang dan jeritan mereka. Kami bertiga hanya menggeleng kepala.

“AHH! Nikmatnya dapat hidup udara yang segar bugar ini. Emmm... anginnya sungguh mendamaikan jiwa. Tenangnya hatiku pada petang yang indah lagi permai ini...” Iman tidak sudah-sudah dengan puitisnya.

“Iman, jangan cuba cemarkan alam sekitar aku dengan mulut murai kau tu. Bisinglah!” balas D selamba.

Iman mengepal penumbuk. Ini boleh mendatangkan marah! Mulalah adegan tarik-tarik tudung hingga terpaksa dileraikan oleh Aisyah yang berada ditengah-tengah.

Pada waktu itu juga kedengaran suara geng aspura yang riuh di gelanggang bola keranjang.

“Korang, nak join tak?” jerit Putera. Kami menggeleng. Main bola keranjang? Gila. Okey tak gila kalau kami main sesama perempuan. Tapi dengan lelaki? Memang gila. Keduanya, segan. Aku yakin dua ratus peratus yang kami akan kaku. Kejung terus dekat situ. Kalau bola jaring atau bola tampar memang aku power. Hanya mampu melihat mereka memasukkan bola dalam net keranjang bertubi-tubi. Mulut terlongo habislah. Ketiganya, aku memang takkan masuk mana-mana permainan kalau ada mamat tu!

Eleh Mai, time catur boleh pulak? Soal hatiku sebelah kiri.

Itu lain. Itu sebab aku diperas ugut. Bukan relahati. Jawab hatiku sebelah kanan.

“Alah jomlah. Korang ni pemalas la nak bersenam. Patutlah makin gemuk!” ejek Hakim membuahkan tawa yang lain. Beberapa pelajar lain yang tidak kami kenali turut sama tergelak di dalam gelanggang itu.

“Wei, kurang ajarlah tukan panggil kita orang gemuk! Nak makan kasut saiz lima aku ke apa?” bengang Iman. Dah tu, paling baran bila pujaan hatinya Khairul turut sama ketawa terbahak-bahak. Cis!

“In fact, the answer is yes Miss Aiman Nasuha.” Sambung Hakim lagi. Sengaja menaikkan suhu didih Iman.

“Jaga kau, Kim! Aku sembelih kau nanti! Jaga kau!” berang Iman lagi. Penat D dan Aisyah meredakannya tapi dia tak peduli. Baju disinsing ke siku sebelum memasuki gelanggang. Hakim seakan mengerti akan panahan mata Iman. Cepat saja dia cabut lari keliling gelanggang keranjang. Bertubi-tubi serangan Iman cuba dia elak sambil tergelak. Bola dari tangan Syafiq dirampas sebelum disasarkan pada kepala Hakim. Tung!

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now