Bab 32

1.4K 53 0
                                    

BAU yang agak kuat membuatkan mata tercelik. Kepala agak pening bila memandang atas. Mata yang celik tertutup semula menahan kesakitan. Bila sudah yakin baru kucelik semula. Putih! Semuanya putih. Eh aku dekat mana ni? Syurga ke? Rasa macam ya. Rasa macam tak. Kalau syurga mestilah ada bidadari. Ni putih aje semuanya. Jangan kata bidadari, bidadara pun tak ada! 

Aku bangun perlahan-lahan. Kepala cepat dipegang bila terasa berdenyut-denyut. Aku pandang kiri. Tingkap. Aku pandang atas, siling putih. Aku pandang kanan, meja kecil dipenuhi beberapa botol kecil. Dan..... eh?! Ada orang???

Mata yang kecil kubesarkan sedikit. Makin lama makin besar dan besar. Jantungku berdegup kencang. Air liur ditelan kesat.

Farhan???

Apa dia buat dekat sini? Dia tunggu aku ke? Tak mungkinlah! Tapi rasa macam ya. Tapi kenapa eh? Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi. Aku nak pitam di astaka selepas saja menghantar pemergian Uncle Umar dan keluarganya. Takkanlah dia yang temankan aku dari semalam kut? Musykilku.

Dengan lampu yang agak malap menyukarkan aku melihat air mukanya sewaktu tidur. Farhan tidur gaya duduk di sofa. Wajahnya sangat innocent. Tiada muka serius dan tegas. Nampak macam budak baik aje. Tapi cuba celik, confirm semua menekur muka ke lantai. Muka dan perangai sebijik monsterMonster pun lagi baik dari dia.

Aku yang hampir terlentok pantas teringat sesuatu. Aku dengan Farhan? Dalam bilik? Dua orang aje? Oh mannnn!!! Aku terus pegang kepala. Huh! Nasib baik bersiap tudung. Baju pun ditukar. Eh? Siapa pakaikan aku tudung? Takkan dari semalam aku tak buka tudung? Baju aku mana? Nurse ke Farhan yang tolong gantikan? Gulp! Farhan gantikan? Darah gemuruh mencacak naik. Bulu roma tegang. Ketakutan menyelubungi diri.

Bunyi desahan nafas buat aku pandang dia semula. Farhan menggerakkan kepala dan tubuhnya sedikit. Nampaknya dia seperti tersedar. Pantas aku baring semula lalu menutup mata serapatnya. Aduh! Sakitnya kepala aku! Ya Allah! Janganlah dia sedar yang aku perhatikan dia masa tidur. Jantung makin laju mengepam. Sambil itu kepalaku terasa berdenyut kembali akibat gerakan yang kuat.

Farhan menggosok mata lalu mengerling jam ditangan. 6.15 pagi! Dia meregangkan badan yang sakit akibat tidur dengan gaya yang sama sejak malam tadi. Kemudian dia berdiri, bergerak perlahan ke katil Humairah.

Aku terasa nak terkencing bila dia merenung diri ini dari celahan kelopak mata yang sedikit terbuka. Ya Allah! Janganlah dia perasan yang aku sudah sedar! Aku berdoa dalam hati. 

Farhan terus keluar setelah melihat keadaan Humairah yang agak stabil dan dia tidak mahu mengganggu tidur Humairah yang nyenyak. Biarpun Humairah masih belum sedarkan diri tetapi nafas tidurnya teratur. Setelah bertanya di mana terletak bilik solat, Farhan segera berjalan menuju ke tempat itu. Sempat juga dia menghantar mesej kepada Izuan supaya membawa baju dan seluarnya. Nanti orang wangi-wangi, dia busuk! Melihat keadaan Humairah memungkinkan gadis itu akan dibenarkan keluar hari ini tapi tak tahu bila.



“ERR... nurse, bila saya boleh balik?” soalku pada jururawat bernama Dahlia.

“Nanti akak tanya doktor. Kalau doktor kata boleh, nanti akak inform adik ya?” jawab Dahlia sambil tersenyum manis.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now