Bab 58

1.2K 49 0
                                    

BERLALUNYA seminggu periksa ‘basic’ untuk semua pelajar tingkatan 5. Hari ini kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Sebetulnya aku tiada hati hendak pulang ke rumah agam itu. Aku mahu pulang ke kampung. Berjumpa Opah yang sangat dirindui. Kebiasaan setiap bulan puasa, kami sekeluarga akan bercuti bersama Opah. Paling kurang dua tiga hari memadai. Tapi pada siapa aku harus khabarkan hasrat terpendam ini?

Mama Nani – sudah semestinya boleh takut aku bakal menyusahkan mereka pula nak menghantar dan mengambil aku. Dah la tumpang tidur, makan minum dirumahnya. Nanti  dikatakan aku muka tak malu meminta-minta walhal aku yakin dia tak akan cakap begitu.

Papa Umar – lelaki ini sudah banyak menolong aku dan keluarga pada satu ketika dulu. Segan pula rasa nak meminta padanya.

Farhan – Huh! Yang ni lagi tak boleh blah. Jangan harap!

Ah! Bas kan ada? Apa susah! Tetapi bagaimana? Itulah persoalannya. Aku manalah reti nak beli tiket bus and whatever tu. Tak pernah seumur hidup okey! Kang tersalah naik bas sampai nun ke Kedah sana! Dah satu kerja nak minta mereka ambik. Tapi hati teringin sangat nak jumpa Opah, berbuka puasa sama-sama dengan Opah… aku menahan sendu dalam hati.

“Kakak, jomlah.” Sepasang tangan comel menarik-narik hujung bajuku. Aku tunduk. Aina sedang menggigit jari telunjuknya sambil mata merenung aku.

“Aina, kan papa pesan jangan masukkan jari dalam mulut.” Tegur Papa Umar lembut. Aina sedar lalu menurunkan jarinya. Namun tarikan hujung baju kurungku tak dilepaskan. Alahai comelnya… anak sapa la nih!

Upsss… sorry... Aina lupa la.” Aina menekup mulut dengan jari cutenya itu. Aku cubit-cubit pipinya. Eee geram pulak aku tengok budak ni! Uli-uli macam teddy bear pun best jugak.

Pintu kereta kutarik lalu kami berdua memboloskan diri dalam kereta mewah itu. Beberapa pasang mata yang memerhati tidak dipedulikan walaupun seriau rasa. Mestilah pelik sebab naik BMW 5 Series! Kalau MPV tak apalah kerana dah biasa nampak. Aku di kanan mengapit Aina yang berada di tengah-tengah dan disebelah Aina pula diduduki oleh mamat senget. Perlahan-lahan kereta bergerak keluar dari kawasan astaka lalu membelah jalan raya.

JALAN raya tiba-tiba sesak dengan pacuan empat roda. Ramai yang mungkin baru pulang dari tempat kerja dan ingin bercuti memandangkan hari esok Sabtu. Jam tangan B.U.M dikerling. Pukul 6 petang! Lagi sejam lebih saja hendak berbuka puasa. Selepas keluar tol, lebuhraya menuju ke Johor Bahru sesak dengan himpitan kereta tak putus-putus. Aku tertinjau-tinjau di tempat duduk belakang, ingin melihat apa sebab jammed teruk sangat ni. Dah kematu punggung duduk lama-lama dalam kereta. Panas kot. For sure, boleh meletop lagi 15 minit!

“Macam mana ni, bang?” Mama Nani mula bersok-sek dengan Papa Umar.

“Abang pun tak tahu, Nani.” balas Papa Umar. Namun tangan masih kejap memegang stereng. Tak bergerak langsung kereta! Nampak seperti bayangan anggota polis di celah-celah kereta namun beliau kurang pasti.

“Papa okey ke? Nak angah pandu?” Akhirnya baru hero bersuara. Alahai… baik hati pula dia nak tolong drive. Anak mithali betul. Belakang family anak hantu!

Papa Umar toleh belakang. Dia senyum seraya menggeleng. “Tak apa, angah. Papa okey lagi.”

Accident agaknya kat depan tu. Kalau gini, lambatlah kita buka, bang. Dalam kereta ni memang tak ada apa-apa nak dimakan. Mineral pun satu aje. Mana cukup.” Leter Mama Nani lagi. Papa Umar senyum aje.

“Seorang seteguk cukuplah.” Usiknya. Mama Nani menjeling manja. 

Isk! Romantik pula dia orang ni depan budak bawah 18 tahun!

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now