Bab 37

1.2K 48 3
                                    


WAKTU menginjak ke angka 10.30 malam. Lagi setengah jam, semua pelajar asrama diminta menutup lampu. Masa untuk tidur! Sedang aku leka membuat kerja sekolah, tiba-tiba terasa nak terkucil saat itu. Ahh! Kacau lagilah. Time macam nilah nak pergi tandas. Inilah padahnya minum air banyak sangat! Aku memang pantang jumpa air masak.

“Mai, nak pergi mana?” tanya Wana di meja studi bila melihat aku berdiri laju sambil mengenakan tudung pada muka.

“Nak pergi tandas. Tak tahan la.” Kataku tergesa-gesa. Cepat saja aku berdesup ke tandas di hujung blok.

Wana ketawa melihat gaya larianku yang terkepit-kepit kaki menahan rasa nak terkucil itu. Dia menyambung semula kerja sekolahnya yang terbengkalai.

Selesai saja aku berhadas, aku terus keluar dari tandas. Sambil berjalan, aku memandang ke langit melihat bulan. Tiada apa yang perlu ditakutkan pada waktu malam kerana setiap blok dipasang dengan dua lampu kalimantang. Malah dekat tandas juga disediakan lampu. Cekalkan hati sajalah. Baca doa pendinding. Yang penting hati tetap dengan Allah.

Telefon berbunyi membuatkan langkahku terhenti di situ. Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar trek. Pantas aku menilik skrin telefon yang menyala dan memekak dengan lagu dari kumpulan Westlife.

Farhan???

Apa dia mahu call malam-malam ni? Nak cari gaduh lagi? Ke nak sakitkan hati aku lagi? Aku  memejamkan mata. Butang telefon warna merah ditekan. Hmmph! Padan muka kau!

Aku berjalan semula menuju ke dorm. Namun langkahku terhenti sekali lagi bila handphone mendendangkan lagu. Bingit! Heee.... mamat ni memang tak faham bahasa ke?!

Aku mengetap bibir sebelum menarik nafas panjang. Butang answer ditekan. Telefon didekat ke telinga beralas tudung.

“Hello apa kau nak?” sapaku dengan kasar.

“Assalamualaikum.” Terdengar perlahan suaranya ditalian.

Aku menelan liur. Opss! Lupa pulak. Sorry.

“Waalaikumussalam. Nak apa call malam-malam buta ni?” ujarku kasar.

Farhan diam.

Aku mendengus bosan. “Kalau call semata-mata nak jadi orang bisu baik tak payah la! Buang kredit je!” bidasku lagi bila dia senyap dan sepi di talian tanpa sebarang kata selepas mengucap salam.

‘Alah Mai... dia kaya. Kalau kredit habis boleh minta top up lagi. Berkepuk-kepuk duit dia.’ Kata hatiku.

“Kau marahkan aku?” soalan Farhan buat aku terdiam. Kelu lidah untuk menjawab. Haa... apalagi tunggu Mai? Bukan ke ni yang kau tunggu? Kau tunggu dia pujuk kau? Ngeee.... 

“Mai....”

Aku tersedar dari lamunan. Telefon didekat ke telinga semula. “Bila masa aku marahkan kau? Tak ada maknanya!”

Terdengar ketawanya di sana. Aku mengetap bibir. Eee! Tengok tu! Bukan nak pujuk, tapi boleh gelak pulak? Angin betullah, gerutu hatiku. Tanpa sedar, aku mahu dipujuk sebenarnya.

“Kalau kau tak marah kenapa kau buat perangai masa dekat perpustakaan tadi?” tanya Farhan lagi. Kali ini lembut aje suaranya.

Aku membisu. Alahai, tetiba je jadi manja mengada ni kenapa Nur Saffiya Humairah oi? Menjangkit Aina la ni!

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now