Bab 34

1.3K 56 0
                                    

HARI yang ditunggu telah pun tiba. Selepas saja loceng berbunyi maka tamatlah sesi persekolahan tetapi pelajar tidak dibenarkan balik lagi kerana hari ini adalah hari kokurikulum. Jadi semua kena hadir untuk dapatkan tandatangan guru bertugas setiap badan beruniform, kelab dan persatuan, dan permainan.

“Ahh! Leganya aku rasa. Serabut kepala belajar.” Syafiq menyandarkan badan ke tiang dewan terbuka dalam keadaan duduk.

“Dah nama pun student, memang kena belajarlah.” Khairul menyampuk. Dia bersila di depan Syafiq yang beruniform Pengakap. Khairul pula menyarungkan uniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

“Nasib baik kita dapat excuse hari ni kan? Kalau tak memang kena berkawadlah aku dengan bebudak pengakap tu.” Keluh Syafiq dengan mata terpejam. Ngantuk bebenor nampaknya! Padahal bukan buat apa pun.

Khairul ketawa. “Chill la. Gaya macam kau sorang je kena. Aku pun kena jugak. Itulah untungnya masuk kelab under Farhan.” dia terus ketawa. Syafiq tersengih. Ada betul jugak! Bila dengan Farhan, mereka akan ‘terselamat’ dari melakukan latihan kawad yang memenatkan.

“Haa! Apa benda yang under Farhan?” sergah Wana di belakang Syafiq. Terkejut mamat tu!

“Assalamualaikum,” perli Syafiq sengaja. Khairul sudah tersengih.

“Waalaikumussalam. Aku ada dengar korang sebut nama Farhan tadi. Apa dia? Cerita la...” pinta Wana dengan muka comel. Syafiq terpanar. Aksinya tersangatlah comel!!! Geram abang dibuatnya yang oii!

Khairul menyengih, “Hehe... kalau aku cakap kang Mai marah pula.” Sengaja dia menguatkan suara. Aku yang sedang berjalan menuju ke situ menjeling. Marah? Tak kuasa!! Tak serik-serik dia orang ni mengacau aku.

“Pasal Mai toksah risau. Aku tahu macam mana nak dinginkan hati dia yang panas macam kawah gunung berapi tu.” Mengekek-kekek mereka ketawa membuatkan hatiku jadi panas.

“Ewah! Ewah! Macam apa? Kawah gunung berapi? Nak rasa ke lava-lava gunung berapi singgah di kepala?” aku menunjukkan penumbuk. Rasa nak ketuk je mereka ni! Pantang aje nampak muka aku, mesti mengusik tak sudah! Kalau tak disebabkan Wana tarik aku masa habis kelas tadi, jangan harap aku nak jejakkan kaki ke sini. Peduli apa kalau Farhan marah. Kalau dia marah, aku bagitahu aje pada Aunty Hanani a.k.a bakal ibu mertuaku. Hihi...

Serentak mereka menggeleng. Tayang muka simpati.

“Assalamualaikum geng!” muncul Aizat berpakaian seragam kadet polis dengan dua buah kotak di tangan. Dia duduk sebelah Khairul. Kotak-kotak itu diletakkan atas lantai.

“Kau nak kita main kat sini? Tak ada tempat lagi ‘cantik’ dan ‘menarik’ ke?” perli Syafiq. Kami terburai ketawa mendengarnya.

Aizat mencebik. “Bukan aku. Han yang suruh. Kalau kau nak, cakap dekat dia sendiri. Aku penat nak patah balik jumpa dia. Lagipun aku nak kena jumpa Cikgu Samad lepas ni. Aku hanya hantar benda ni atas amanah Farhan. Cikgu-cikgu pun dah tahu korang dekat sini kalau ada apa-apa hal.”

“Okeeyyy....”

Lebih kurang dua minit kemudian, pelajar-pelajar yang memasuki pertandingan ini mula menunjukkan diri. Mereka bersalaman dengan aku dan Wana memandangkan kami kakak senior. Yang lelaki bersalaman dengan Syafiq dan Khairul memandang mereka lebih tua. Baik bebudak ni! Sejuk hati.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now