Bab 67

1.1K 40 0
                                    


“YEAH! PERIKSA DAH HABIS!” Acapkali ayat itu diulang ketika pengawas peperiksaan selesai mengutip kertas. Rata-rata calon SPM merasakan diri telah merdeka. Syafiq baling beg ke udara. Begitu juga Putera, Hakim dan Khairul. Riang sungguh. Cuaca juga tampak cerah tapi tidak terik panasnya.

Aku, Aisyah, Wana, D dan Iman berpelukan. Susah senang bersama. Kini tiada lagi ro-call dan sebagainya. Kami kini menjadi budak lepasan SPM! Insya-Allah akan aku abdikan kenangan kami sewaktu di sekolah menengah dalam ingatan. Hati yang sayu aku sembunyi dengan senyuman.

“Korang! Aku nak hugs juga!” Khairul mendepang tangan. Hakim dan Putera menyekeh perut dan kepala Khairul. Syafiq tergelak besar bila melihat muka meluat gadis berlima itu.

“Wei, bebudak tu la.” Hakim memuncung mulut. Semua mata menala pada manusia yang ditunjuk Hakim.

“Muhammad Aizat bin Shamsuddin!” pekik Syafiq sekuat-kuatnya. Macamlah si Aizat tu pekak nak jerit-jerit macam tu. Budak-budak sains tulen habis periksa dahulu daripada budak sastera. Tapi atas semangat setiakawan, mereka tetap menunggu. Oh touching…!

Aizat buka luas kedua-dua belah tangan. Syafiq berlari ke arahnya. Ah! Mulalah adegan-adegan geli. Mual pula tekak aku. Uwekkk!

“Gila la korang ni!” Dalam pada nak marah, ketawa berderai.

“Sekarang kita dah merdeka. So apa plan korang?” Ashraff meluru menyoal. Heaven gila siotHappy tak terkata.

Kok ye pun tunggu la dekat Astaka. Tak menyempat la kau ni.” bidas D. Ashraff bengang. Ewah! Minah ni ada je nak membantah cakap aku! Eee cubit pipit tu kang!

Pada waktu yang sama, aku melirik seseorang. Farhan santai bert-shirt hijau dan seluar trek putih. Topinya tak pernah tertinggal. Macam baru balik berjoging je. Ah! Baru aku teringat.

“Err… Farhan,” panggilku. Farhan yang sedang rancak berborak menoleh. “Aku nak cakap sikit.” Pintaku perlahan. Farhan angguk. Dia berpamitan pada Izuan dan Hakim. Sempat mamat berdua tu bersiul dan mengenyit mata nakal. Aku buat isyarat cucuk mata tu kang! Mereka ketawa mengekek.

Langkah diatur menuju ke bawah garaj khas untuk para guru. Jauh dari rakan-rakan. Seperti tahu-tahu aku hendakkan privasi.

“Ada apa?” soal Farhan seperti biasa memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Aku menggenggam jari. Mengumpul kekuatan.

“Aku nak cakap something. Penting. Aku dah buat keputusan.” Berjeda. Kening Farhan ternaik.

“Keputusan apa?”

Nafas dihela. “Aku nak putus tunang.”

Terkedu. Bebola mata Farhan memandang raut wajah itu. Dia kaku tanpa gerak. Halkumnya jelas bergerak seperti menelan liur.

“K… Kau cakap apa ni?” Buat pertama kali Farhan gagap semasa bercakap. Sungguh dia rasa macam tercekik tulang ikan! Ya Allah. Aku berharap sangat apa yang kudengar tadi hanya mainan mimpi, rintihnya.

“Aku tak main-main dan aku tak bohong. Aku nak putus tunang.” Satu per satu aku sebut. Cincin yang kusimpan dalam beg sekolah sejak awal pagi tadi aku sua padanya. Terang lagi nyata. Kelihatan Farhan cukup tersentak. Air mukanya jelas berubah merah padam.

“Tapi kenapa?!” bentaknya.

Aku tarik nafas. Dah agak ini akan berlaku. “Aku tak nak musnahkan impian dan harapan orang.” Ujarku perlahan.

“Impian siapa? Harapan siapa?! Kau jangan nak buat gila la Mai!”

“Nazatul.” Terpempan Farhan. Dadanya memang rasa nak meletup. Nafasnya tak teratur. Berkali-kali aku lihat dia mengepal tangan. Urat-urat timbul di kulitnya. Serasa mahu menjerit dan bertempik di situ tapi ianya hanya bergema dalam jiwanya. Terseksa!  

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now