Bab 57

1.1K 45 3
                                    

TIADA sebarang aktiviti untuk pelajar tingkatan lima kerana peperiksaan percubaan sedang giat berjalan. Maka masa terluang itu diisi dengan aktiviti menelaah buku dan membuat ulangkaji untuk kertas periksa yang bakal menyusul. Lagi dua jam saja nak buka puasa. Tak sabar! 

Hola!”

“Shhh!” D termalu sendiri. Opsss… lupa pulak waktu apa dan di mana sekarang. Segera dia berlari menuju ke meja di mana rakan-rakannya berada.

“Lambat kau D. Ke mana tadi?” bisik Iman ditelinga.

“Aku balik dorm sekejap sebab….” D mengeluarkan sesuatu dari poketnya. “Taraa!” gajet canggih ditayang pada Wana, Iman dan Aisyah yang bagai terkeluar biji mata. Hanya seorang saja yang buat tak tahu. Tekun belajar.

“Kau gila ke apa? Mana boleh bawa masuk handphone! Bak sini.” Wana hendak mencapai telefon itu tapi dilarikan laju oleh D. D menjelir lidah. Tak dapat! Wana geram. Meja dihentak!

“Ala, okey apa kalau bawa benda tu. Boleh dengaq lagu.” Iman sengih. Wana membulatkan mata. Tertelan liur Iman. Alamak, kakak exco dah marah.

“Boleh buka tapi volume paling slow. Jangan sampai yang lain dengar especially penjaga perpustakaan. Grup kita je.” Aisyah meleraikan kekusutan. 

Wana pandang Aisyah tajam. Berani kau sebelahkan mereka? Mata Aisyah menjawab… its okay la, sisDengaq lagu ja. Pandai-pandai la cover

“Okey!” girang D. Dia mencari folder all song dan kemudian kedengaran satu lagu yang biasa diputarkan stesen radio. 

Kami meneruskan pelajaran seperti biasa. Lagu bertukar ganti. Kami semakin khusyuk dengan studi. Betul-betul fokus ni. Siapa kata budak bawahan tak boleh score? Boleh je kalau struggle gila-gila. Tengoklah, kami akan buktikan yang budak kelas bawahan akan dapat lebih A daripada kelas atas! Tinggi punya tekad. Cuma penyakit M (malas) je yang selalu melanda diri. Payah nak buang sejak kecik.

“Geng,” bisik D. Lapan biji mata terangkat. “Tengok sana.” Mulutnya dimuncungkan sebelah kanan. Geng aspura selang dua meja dari kami melambaikan tangan. Erk! Macam mana dia orang boleh ada dekat situ? Tadi masuk tak perasan pun. Tulah, tekun sangat tadi! 

"Rajin pulak datang library," kedengaran suara Wana mengutuk. Aku tahan gelak. 

Kami merenung kertas yang dipegang Putera. Allah, aku tak nampak apa yang ditulis. Kecik bebenor! Makin lama makin halus pulak. Hesh Putera ni! Tulislah besar-besar sikit. Sudahlah guna kertas A4 putih. Tulis comel-comel, halus-halus. Berkali-kali mata digosok akan tetapi semakin lama semakin kecik. Ish, aku dah rabun ke?

“Korang, bebudak aspura ajak studi sama-sama esok dekat astaka. Nak tak?” bling bling mata D. Gatal betul anak dara seorang ni. Dan barulah aku faham apa yang ditulis. Hesh, lain kali cakap aje la. Senang! Ops tak boleh juga sebab ni kawasan larangan bersuara. Tak boleh buat bising! Berapa banyak simbol ‘senyap’ di setiap rak dan dinding perpustakaan. Tak terkira kut!

Wajah Iman ceria semacam. “Set! Aku setuju!” cepat-cepat dia tutup mulut bila suaranya terkuat sedikit. Mujur petugas tidak nampak. Kalau tak dah tentu kena halau.

“Wana? Syah?” tanya D. Wana angkat bahu sebelah. Terserah! Wa ikut je. Wa talak kesah ooo... Aisyah angguk. Settle tiga orang. “Mai?” soal D pada seorang gadis yang menunduk aje sedari tadi. Tak berbunyi suara langsung. Best sangat ke belajar akaun tu? Naik juling mata pandang benda yang sama. Kira-kira pulak tu. Urgh! Bukan minat aku...

Aku menggeleng tanpa melihat. Jemari kanan semakin laju menulis manakala jemari kiri ligat menekan butang kalkulator.

“Mai, serius la.” Bentak Iman. Fikirnya aku main-main.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now