BAB 3

5.2K 207 5
                                    

Aisyah dan Irish sibuk mencuci pinggan. Sekali sekala mereka tertawa sakan. Biasalah anad darakan. Yang lain pula berada di ruang tamu.

"gatallah kau ni" ujar Irish yang membilas pinggan. Aisyah tersengih.

"alahh.. Tak apalah. Bakal suami aku juga" jawabnya selamba.

"kau nikan memang tak tahu malu kan. " selamba Irish mengutuk kawannya itu.

"kau jangan kurang ajar erkk. Hormat sikit kakak ipar kau" riak dia berkata. Irish membuta muka seakan-akan mahu muntah.

"rasa macam nak muntah pula" kata Irish. Aisyah menjeling tajam.

"amboi korang bukan main lagi." tiba-tiba kadijah menyampuk. Serentak Irish dan Aisyah menoleh ke belakang. Dua-dua mempamerkan sengihan.

"dah siap ke basuh pinggan tu?" tanyanya sambil bercekak pinggang. Bukannya boleh percaya sangat dua orang ni. Kalau bertemu memang meletup. Ada je cerita.

"dah nak siap dah ma.. " balas Irish. Mama Aisyah ibarat mamanya juga. Sebab tu dia panggil mama. Dah lama sangat dia kenal dengan Aisyah. Kadang tu dia akan tidur kat rumah Aisyah.

"asiyah lepas ni hidang kuih lapis dengan kek batik kat dalam" pesannya sebelum berlalu pergi.

Aisyah mengelap tangannya di tuala bersih. Pinggan di ambil lalu di letak kek batik dan kuih lapis yang mamanya buat sendiri.

"jom masuk" Irish mengangguk lalu mereka berdua terus pergi ke ruang tamu.

"jemput makan" lembut suara Aisyah menyapa sekali gus memperhentikan perbualan mereka. Pinggan tadi di letakkan di meja bulat sebelum di labuhkan punggung di sebelah Irish.

"aisyah ke buat?" tanya Luth Zarudin sambil tangan mengambil seketul kuih lapis. Aisyah mengeleng kepala.

"taklah. Mama yang buat aisyah tolong tengo je" ujarnya. Luth Zafran sempat di kerling.

Keadaan kembali riuh dengan perbualan mereka. Aisyah dan Irish pula hanya diam dan memerhati.

Luth Zarudin berdehem seketika membuatkan semua memandangnya.

"saya ada nak bincang sikit ni fasal perkawinan Luth dengan aisyah." beritahunya. Berdegup laju terus jantung Aisyah. Perbualan inilah yang dia tunggu sejak tadi.

"apa dia?" tanya daut ringkas. Luth Zafran pula sudah tidak senang duduk. Hatinya kuat mengatakan ayahnya akan mempercepatkan tarikh nikah mereka.

"fasal tarikh nikah dorang" jawabnya. Semakin Luth Zafran kepanasan. Sampai berpeluh-peluh dahi. Aisyah pula sudah tersenyum suka.

"kita cepatkan tarikh dorang boleh?" dengan sekali lafaz Luth Zarudin berkata. Semua terkejut dengan kata-kata Dato Luth Zarudin.

Sesaat

Dua saat

Tiga saat

Empat saat

Lima saat

"boleh ke?" akhirnya Dato Luth Zarudin bersuara.

"saya okey je. Kita tanya tuan embub badanya dulu. Setuje ke tak" kata daut pula. Dan semua mata memandang Aisyah. Tanpa teragak-agak Aisyah terus bersetuju.

"aisyah nak. Lagi cepat lagi bagus" katanya selamba. Makin Luth Zafran memandangnya tajam. Datin intan pula terus memeluk tubuh Aisyah. Kini jawapan Luth Zafran lagi.

"erkkk... " tergagap Luth Zafran ingin berkata tatkala semua kini memandangnya. Dah macam dia pula perempuan. Aisyah lelaki. Yalah kan selalu perempuan yang malu-malu nak jawab. Lelaki pula akan suka. Tapi ini dah terbalik dah.

"Luth okey je" akhirnya dengan terpaksaan dia berkata. Kalah dengan pandangan berharap ibunya. Serentak itu Aisyah berdiri dan menjerit.

"yeahhhh.. Nak kawin" jeritnya kuat. Terkejut yang lain melihat. Aisyah terkaku. Pelik dengan pandangan semua orang. Seketika pipinya berona merah. Sedar akan kesilapannya. Dia perlahan kembali duduk.

"oopsss.. Sorry" ujarnya perlahan. Menggeleng daut dan kadijah melihat perangai anak mereka.

"tak tau malu betul anak papa ni" sindi daut. Semakin memerah pipi Aisyah. Irish pula sudah ketawa sakan.

Aisyah mencebik dengan ketawa itu. Semua mepertawakannya. Dia memeluk lenggan mamanya. Wajahnta di sorokkan di sebalik lenggan tua itu. Malu tak terkata. Semakin galak pula mereka ketawa. Kecuali Luth Zafran. Macam biasa hanya beriak beku.







🌹🌹🌹🌹🌹








Luth Zafran membaringkan tubuhnya kantil king miliknya. Tangan di letakkan bawah kepala. Selepas saja pulang dari rumah Aisyah terus dia masuk ke bilik. Menenangkan fikiran

Saat ini di mindanya hanya bermain tentang hal perkawinannya dengam Aisyah. Keluhan di lepaskan. Jujur hatinya sukar menerima semua ini. Apatah lagi tarik perkawinan mereka akan berlangsung 2 minggu akan datang.

Dia memejamkan matanya. Penat memikirkan masalah. Mana nak fikir tentang kerjanya lagi. Menjadi doktor bukannya senang. Namun itu adalah cita-cita. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga dia menjadi doktor pakar bedah. Dan hospital itu juga milik ayahnya, Dato Luth Zarudin. Tapi kini ayahnya sudah bersara di sebabkan usianya. Dan kini Luth Zafranlah pemegang terbesar. Kiranya CEO hospital itu.

Tiba-tiba bunyi IPhonenya berdering. Segera dia bangun mengambil IPhone  tadi. Bibirnya mencebik saat melihat pesanan dari Aisyah.

Orang gilak
Good night abang. Mimpi aisyah ye.

Mesej itu di baca acuh tak acuh. Seraya itu dia terus membaling IPhone nya ke lantai. Tidak lah kuat mana. Dia kembali berbaring. Sengaja dia menulis nama Aisyah dengan nama 'orang gilak'.

"alongg.. " baru saja dia mengelamun jauh. Ketukan di pintu biliknya mengejutkan dirinya. Dengan malas dia membuka pintu.

"nak apa?" tanyanya kasar. Wajah adiknya di pandang tajam. Irish tersenyum kecil.

"rish nak pinjam.." baru saja Irish ingin menyatakan hasrat. Pintu itu sudah tertutup.

"tak boleh!" seraya itu pintu biliknya di hempas kuat dan di kunci. Terpinga-terpinga Irish jadinya.

"kedekutt" jeritnya kuat sebelum menendang kuat pintu Luth Zafran. Baru je nak cakap dah tak boleh. Meyampah betul. Dengan longlai dia berjalan menuju ke biliknya. Nampaknya malam ni tidur awallah namanya.

Luth zafran ketawa suka. Tahu sangat yang adiknya mahu meminjam komputernya. Nak tengo drama korea lah tu. Kepala di gelengkan. Puas hati dapat kenakan adiknya sendiri.

Baju di tubuhnya di buka lalu di campak masuk ke dalam raga-raga untuk menyimpan baju kotor sebelum masuk ke dalam kamar mandi.

Hari ni mesti tidur awal. Esok dah mula kerja. Kebiasanya Luth Zafran akan tidur tengah malam. Itu pun kalau esoknya tak kerja. Kalau kerja mana boleh tidur lewat. Begitulah kehidupannya. Sangat membosankan.



My PrincessWhere stories live. Discover now