BAB 20

5.6K 178 10
                                    

"dia dah sampai.. " ujar Afif yang baru saja membuka pintu. Luth Zafran menelan liur. Jantungnya berdegup kencang. Nafas di tarik panjang sebelum di hembus perlahan. Cuba mengusir rasa di hati.

"okey.. Bagi dia masuk" arahnya tegas. Dia membetulkan kemeja biru tuanya. Berlagak tenang.

"assalamualaikum.." saat suara lembut itu menyapa. Jantung Luth Zafran kembali berdetak laju.

"walaikumsalam.. " jawabnya. Dia tidak pandang langsung wajah itu. Sebaliknya memusingkan kerusinya menghadap belakang.

"duduklah" ujarnya mempelawa tanpa menghadap wajah itu. Dia lebih selesa begini.

Kedengaraan kerusi di tarik. Wanita itu melabuhkan punggungnya. Hairan melihat lelaki yang diperkatakan pengarah hospital ini tidak menghadapnya.

"suraya natasya binti abdul Qalif. Right?" tanyanya diingin.

"iya.. " jawab suraya sambil mengangguk kepala. Berdebar juga dia.

"okey.. Welcome to hospital kami" katany dan dengan itu serentak juga dia berpusing menghadap suraya.

Kedua-dua mereka diam seribu kata. Senyap tidak bersuara. Bagaikan melepaskan rindu setelah 2 tahun tidak berjumpa. Mata suraya terbeliak saat melihat wajah itu.

"Lu.. Luth.. " katanya tergagap-gagap.

"nice to meet you suraya" balas Luth Zafrab bersahaja. Suraya terkedu. Sungguh ini bagaikan mimpi.

"erkk..." hilang kata-kata suraya terus. Dia menjatuhkan pandangan ke bawag. Menggenggan jari-jemarinya. Dia resah sendiri. Pelbagai perasaan menghentam jiwanya saat ini. Rasa malu, takut, rindu, gembira, sedih semuanya bercampur baur.

"so.. Saya terima kamu kerja kat sini. Saya harap awak dapat menunjukkan kehebatan awak nanti. " ujar Luth Zafran. Dia juga tidak kurang resahnya. Saat melihat wajah yang dirinduinya itu sudah pun membuatkannya berasa gembira. 2 tahun tidak bertemu wajah itu semakin cantik.

"terima kasih.. " jawab Suraya. Dia masih menduduk. Tidak berani memandang pandangan mata helang itu.

"so hari ni awak dah mula start." beritahu Luth Zafran.

"terima kasih sekali lagi" dengan berani dia menentang pandangan mata itu. Senyuman lebar di ukir. Menghilangkan rasa janggal.

Luth Zafran bagaikan terpaku melihat senyuman yang menghias bibir itu. Sudah lama dia tidak melihat senyuman semanis itu. Sungguh indahnya ciptaan mu ya tuhan.

"awak sihat?" tanya suraya. Luth Zafran tersenyum hambar.

"alhamdulillah..macam yang awak nampak sekarang ni. Sihat je" balas Luth Zafran.

"i see. Su tak tahu pula hospital ni awak punya. "

"bukan saya punya. Just ganti tempat ayah je" kata Luth Zafran merendah diri. Suraya tertawa kecil.

"ehmm.. Tahniah atas pencapaian awak. Tak sangka akhirnya cita-cita su dah tercapai." ujar Luth Zafran. Bangga dengan pencapaian suraya a.k.a bekas kekasihnya.

"alhamdulillah.." katanya perlahan. Sungguhlah wanita ini sangat bersopan-santun.

"Luth.. Kalau kita jumpa malam ni boleh?" Suraya memandang dengan harapan.

"for what?" tanya Luth Zafran.

"su ada benda nak cakap kat Luth. Tu pun kalau awak free lah. Kalau tak boleh. Tak apa su faham" katanya.

"sure.." terus saja Luth Zafran bersetuju. Suraya tersenyum lebar.

"okey.. Su pergi dulu" perlahan-lahan dia bangun sebelum keluar dari bilik itu.

Luth Zafran menghembus nafasnya kasar. Dia rasa bahagia sangat tatkala wajah itu menghias pandangan matanya. Sungguh terhapus rasa rindunya selama ini. Dia bagaikan lupa akan status dirinya yang sudah bergelar SUAMI.











🌹🌹🌹🌹🌹











Berkerut dahi Aisyah melihat Luth Zafran. Bukan main handsome lagi. Dia yang sedang menyediakann makan malam itu terus mendekati Luth Zafran.

"abang nak ke mana?" tanya Aisyah. Luth Zafran berpaling. Dia yang baru saja mahu ke pintu utama terhenti mendengar suara itu.

"erkk.. Aku nak keluar kejap"  ujarnya. Tangan mengaru kepala sempat jam di kerling.

"nak keluar dengan siapa?" hairan Aisyah jadinya. Jarang Luth Zafran keluar waktu malam. Selalunya time begini dia akan duduk di bilik kerja atau dalam bilik bacaannya.

"dengan afiflah.. " jawabnya. Walhal mahu berjumpa dengan suraya. Tak kan nak beritahu Aisyah pula. Mahu hilang kepalanya nanti.

"makanlah dulu aisyah dah siapkan untuk abang.. " ujar Aisyah. Luth Zafran tersenyum sumbing.

"tak apa aku makan kat luar je." tolaknya. Tombol pintu di buka.

Terpinga-pinga Aisyah. Terasa sedikut dengan penolakan suaminya.

"okey.. Hati-hati" hanya itu yang mampu dia ucapkan. Nak menghalang...takut pula.

Luth Zafran tersenyum sebelum mengangguk kepalanya.

"bye.. Kalau aku lambat kunci je pintu aku ada bawa kunci." sempat dia berpesan sebelum berjalan menuju ke arah keretanya.

Aisyah mengangguk. Dia melambai tangan menghantar pemergian Luth Zafran. Hilang saja kereta yang dipandu Luth Zafran terus dia menutup pintu. Dalam hati rasa takut juga. Tak pernah-pernah dia berseorang diri waktu malam kat rumah ni.

Makanan yang di hidang tadi di tutup semula. Hilang seleranya biar pun dia berasa lapar. Tiada selera nak makan seorang-seorang. Keluhan di lepaskan. Baru berapa minit Luth Zafran keluar dia sudab rasa bosan sangat.

Perlahan-lahan dia menuju ke ruang tamu. Rancangan TV di hadapan langsung tidak menghiburkannya. Langsung tidak menarik perhatiannya.

"bosannya ya allah.. " jeritnya. Di rebahkan kasar tubuhnya di sofa embuk itu.

"aku nak buat apa ni?" tanyanya sendiri. Terasa dirinya kosong. Fikirannya melayang memikirkan Luth Zafran.

Dalam 5 bulan perkawinan mereka tidak pernah lagi Luth Zafran berlaku romantik dengannya. Hanya dia saja yang berusaha cuba mempertahankan rumah tangga mereka.

"agak-agak kalau bekas kekasih dia datang dia ceraikan aku ke?" soalnya sendiri. Sejak dari awal perkawinan perkataan cerai itu sangat menakutkannya. Apatah lagi bila bekas kekasih suaminya ada. Terasa lebih tercabar.












My PrincessWhere stories live. Discover now