BAB 58

8.5K 206 3
                                    

Semua merak diam. Luth Zafran dengan selamba memeluk bahu isterinya. Sempat kucupan sayang singgah di tepi dahi Aisyah. Tidak di hiraukan langsung kelibatan keluarganya di sana.

"abang.. " Aisyah menjeling tajam bila  bibir suaminya itu mula mengucupnya tidak berhenti. Tak malu sungguh. Kalau hanya mereka berdua sahaja tak hairanlah tapi ni semua ada kat sini. Boleh pula dia aca-aca romantik.

"cakaplah.. " lembut Luth Zaruddin bersuara sambil mata memandang Afif. Afif menelan kesar liurnya sebelum mata memandang Luth Zafran yang tersenyum seperti mengejeknya. Nafasnya di tarik dalam.

"hurmm.. Kalau boleh Afif nak cepatkan lagi tarikh nikah.." perlahanya saja suarabya berkata. Hampir-hampir tidak di dengari.

"itu pun kalau uncle setujulah.. "

Luth Zaruddin tersenyum kecil. Dia memandang pula wajah Irish yang duduk bersipu di sebelah Datin intan.

"uncle okey je..tapi kita tanya embun badannya dululah.. " kata Luth Zaruddin. Kini semua mata memandang Irish yang sedari tadi menunduk saja.

"rishh.. " Datin intan menyiku lengan anaknya. Irish mendongak memandang wajah Luth Zaruddin dan Luth Zafran silih berganti. Kedua mereka mengangguk bagaikam faham apa yang ingin di sampaikan oleh Irish seolah-olah membenarkan.

"rish...Okey je" akhirnya dia bersetuju juga. Kepalanya kembali di tunduk. Wajah Afif sejak tadi tidak di pandang. Tiba-tiba pula jadi gadis pemalu.

"alhamdulilah.. " terpancul ayat syukur dari bibir Afif. Hatinya sudah tidak sabar-sabar mahu memilik Irish dengan berstatuskan suami. Dia mahu menjadikan Irish milik haknya yang sah di sisi agama islam.

"kalau macam tu kita buat nikah bulan depan boleh?" laju Afif bertanya. Hilang sudah kegugupannya. Semua tertawa kecil.

"aihh.. Tak sabar-sabar betul" perli Luth Zafran selamba.

"ikut suka kamulah.. " balas Luth Zaruddin meletakkan semua persedian di bahu Afif. Semakin melebar senyuman di bibir Afif tatkal mendengar kata-kata bakal mentunya. Dia mengeluh lega. Satu masalah sudah berjaya di harungi.

"janji dengan ayah jaga rish ni baik-baik. Dia ni pun bukan main manja juga. Asyik nak melekat.. " pesan Luth Zaruddin.

"insya allah ayah.. " terasa terbelit pula lidah Afif memanggil Luth Zaruddin dengan panggilan Ayah. Tanpa dalam hati suka.

"ehmm.. Kalau jadi Apa-apa kat adik aku siap kau.. " sampuk Luth Zafran pula memberi amaran.

"kau jangan risaulah. Aku janji akan jaga dia macam mana aku jaga nyawa aku. Sumpah" bersungguh-sungguh Afif berkata. Siap mengangkat tangan lagi. Serentak Luth Zafran dan Luth Zaruddin mengangguk. Mereka yakin Afif boleh menjaga Irish.

"baguslah macam tu.. " sampuk Daut yang berdiam diri saja dari tadi.

"dah nak kawin dah anak mama ni" usik Kadijah. Irish tersenyum malu sebelum memeluk erat tubuh Datin intan.

"nanti jadi isteri yang baik. Dengar cakap suami.. Jangan degil-degil" pesan Datin intan biarpun dia berat hati mahu melepaskan satu-satunya anak perempuan yang dia ada tapi dia tahu suatu hari nanti dia kena belajar melepaskan Irish pergi. Masing-masinh ada kebahagian sendiri. Takkan dia tidak mengizinkam pula.

My PrincessWhere stories live. Discover now