BAB 49

8.4K 195 1
                                    

"lama lagi ke rish..?" tanya Aisyah memandang ke arah Irish yang sibuk makan aiskrimnya.

"kejap lagi nak sampai.. " jawabnya acuh tak acuh. Aisyah merengus marah. Sejak tadi itu saja jawapan Irish. Dia menongkat wajah dengan tangannya. Matanya setia memandang ke arah Irish. Serupa tak makan Aiskrim setahun.

"kau dah kenapa pandang aku cam tu?" Irish mejongket keningnya. Aisyah mengeleng.

"saja..... " balasnya malas.

Baru saja Irish mahu membalas kata-kata Aisyah. Sapaan seseorang meyentakkan mereka berdua. Serentak mereka memandang ke arah gerangan yang menegur.

"hi.." sapa Afif. Aisyah dan irish membalas sapaan itu. Afif melabuhkan punggung bersebelahan Irish.

"bila Aisyah balik?" tanya Afif ramah. Sememangnya dia sudah maklum Aisyah akan ada di sini. Tak lain tak bukan memanglah Irish yang bagitahu.

"kelmarin.. " jawab Aisyah lembut. Afif mengangguk sebelum memandang wanita ke sayangannya di sebelah. Irish tersengih.

"abang nak?" selamba saja dia menyuakan Aiskrim ke dalam mulut Afif namun Afif lebih pantas mengelak.

"tak naklah.. " ujar Afif dengan gelengan di kepala. Irish mencebik. Aisyah pula sudah tertawa melihat situasi itu.

"ehmm.. Yalah.. " Afif membuka mulutnya menunggu suapan airkrim dari Irish. Laju saja Irish menyua aiskrim beperisa vanila itu. Dia tersenyum suka.

"sedapkan.. " Afif hanya mengiyakan. Tak fasal-fasal merajuk pula tunang comelnya yang seorang ni.

"mengada.. " omel Aisyah.

"kita nak ke mana?" tanya Afif memandang kedua wanita dia hadapannya. Aisyah pandang Irish. Irish pula pandang Aisyah. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

"tengo wayang.. " jawabnya mereka serentak. Memang mereka berdua sudah rancang aktiviti mereka hari ini.

"okey.." tanpa berfikir panjang Afif mengangguk setuju.

"dah jom beli tiket.. " laju irish menarik tangan Aisyah. Terpinga-pinga Afif di belakang bila di tinggalkan begitu saja.

"ehmmm.. Nasiblah dapat tunang macam ni" bebelnya perlahan. Langkahnya mengikut ke arah Aisyah dan Irish yang menuju ke tempat membeli tiket wayang.

"nak tengo cerita apa ni?" aisyah dan Irish terdiam sejenak memikirkan wayang yang hendak mereka tonton.

"aik.. Nak tengo wayang tapi tak tahu nak tengo apa? Ada ke macam tu?" sola Afif hairan. Irish tergelak kecil.

"ehmm.. Abang ada idea ke nak tengo cerita yabg best-best.. "

"ehmm.. Kita tengo wayang munafik 2 lah.. " cadang afif. Aisyah dan Irish sekali lagi berpandangan. Kedua mereka menelan liur mendengar wayang yang Afif cadangkan.

"kenapa takut?" perli Afif.

"mana ada.. " sangkal Irish. Dia menyiku lengan Aisyah. Aisyah pantas mengangguk mengiyakan saja.

My PrincessWhere stories live. Discover now