BAB 62 ( SPECIAL PART )

7.3K 192 5
                                    

"sayang dah ke?" risau Luth Zafran bertanya dengan tangan masih lagi mengusap perlahan belakang isterinya. Aisyah membasuh mulutnya. Sakit tekaknya.

"abang.. " lemah saja suaranya bersuara. Tubuh Luth Zafran di peluk. Wajahnya di sembamkan di leher suaminya.

"Aisyah tak larat lah asyik nak muntah je" rengeknya dengan badan di goyang-goyangkan tanda protes. Luth Zafran mengucup ubun-ubun Aisyah. Paha Aisyah di tarik rapat ke pinggangnya. Di gendong isterinya itu seolah-olah mengedong baby. Perlahan-lahan dia berjalan ke katil. Jam di dinding sempat di kerling. Baru menunjukkan pukul 2 malam.

"baring dulu.. " arahnya. Sedaya upaya dia menurunkan Aisyah tapi isterinya itu semakin kuat pula melilit kakinya di pinggang Luth Zafran. Pegangan di leher juga turut tidak di lepaskan. Kepala di geleng tanda tidak mahu.

"Aisyah nak abang.. " rengeknya lagi. Matanya mula berkaca. Luth Zafran kembali menegakkan tubuhnya. Tangan setia memegang bahu punggung Aisyah supaya tidak terjatuh. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Aisyah pula duduk di ribanya dengan pelukan tidak mahu lepas.

"nak minum air tak?" tanyanya. Rambut Aisyah di selit ke telinga. Aisyah mengeleng. Wajah di dalamkan lagi di leher Luth Zafran. Dia suka bau haruman tubuh suaminya. Terasa hilang mual. Terteleng sedikit kepala Luth Zafran dek wajah Aisyah yang mengasak lehernya.

"kesian isteri abang ni" bisiknya. Dia tahu isteri itu penat. Nak tidur je mesti muntah. Baru orang nak lena.

"kita tidur okey.. " Aisyah mengangguk. Luth Zafran membaringkan tubuh Aisyah semula ke katil. Terpaksa dia menahan tangannya di sisi kepala Aisyah di sebabkan tangan Aisyah yang masih erat memeluk lehernya.

"abang temanlah Aisyah.. " pintanya manja. Sejak mengandung ini isterinya sudah seperti budak-budak. Bertambah manja. Asyik nak melekat je.

"yalah... " dengan berhati-hati dia membaringkan tubuhnya di sebelah Aisyah. Tangan Aisyah yang tadinya di leher berpindah pula ke pinggangnya. Kepalanya elok saja berbantalkan lengan Luth Zafran.

"tidurlah.. " bisiknya perlahan. Di betulkan selimut menutupi tubuh mereka berdua. Aisyah merengek kecil.

"kenapa? Sayang nak apa-apa ke?" tanya Luth Zafran. Pipi Aisyah di belai lembut. Aisyah membuka matanya sebelum mendongak memandang Luth Zafran. Tangannya bermain-main di sekitar six pack suaminya.

"abang... "

"ye sayang.. Nak apa-apa ke?" sekali lagi Luth Zafran bertanya.

"nak.. "

"nak apa?"

"nak  tu.. " bulat mata Luth Zafran. Liur di telan kesat. Fikirannya sudah membayangkan ke arah yang lain.

"sayang jangan main-main tau... Tu perut dah besar dah. 6 bulan dah sayang... " ujarnya sambil mengusap perut Aisyah yang besar itu. Macam belon.

"alahhh... " hampa suaranya bila permintaannya di tolak. Wajahnya kembali cemberut.

"Aisyah nak hisap jari je pun.. " rungutnya. Terus Luth Zafran tertawa kecil.

"lahh.. Ingatkan nak apa je tadi?" tergeleng kepalanya. Otak kuning betul.

"boleh ye abang.. " pinta Aisyah. Tanpa sempat Luth Zafran membalas Aisyah terlebih dahulu mengambil ibu jari kanan Luth Zafran dan terus di masukkan ke dalam mulut. Di hisap seolah-olah memakan gula-gula.

My PrincessWhere stories live. Discover now