BAB 23

4.8K 195 9
                                    

Aisyah yang sedari tadi fokus menonton TV terganggu dek bunyi seseorang membuka pintu. Terus saja dia berdiri tatkala melihatan kebilatan yang di tunggu-tunggu.

"abang.. " panggil Aiysah teruja. Luth Zafran menoleh ke belakang. Dia membalas senyuman Aisyah cuba menghilangkan rasa gugupnya. Lagi-lagi melihat wajah itu bersinar gembira cukup membuatkan dia rasa bersalah.

"kenapa tak tidur lagi ni?" tanyanya. Jam di dinding di kerling. Baru menunjukkan pukul 10 malam.

"saja. Tunggu abang!" jawab Aisyah seraya memeluk manja tubuh Luth Zafran. Barulah hatinya sedikit tenang berbanding tadi.

Luth Zafran tersenyum hambar. Entah kenapa hatinya terasa tersentuh dengan sikap Aisyah. Biar pun dia selalu mengabaikan isterinya namun Aisyah tetap melayan dengan baik. Semakin menebal rasa bersalahnya.

"abang nak makan ke? Jom makan!" ajaknya. Kepala di donggakkan sambil mata di kelip-kelipkan. Sengaja nak tunjuk muka comel.

"aku dah makan tadi dengan su...." sedar yang dia hampir tersasul menyebut nama suraya terus di mengembamkan bibirnya.

"dengan siapa?" tanya Aisyab hairan. Luth Zafran tersengih sedikit.

"dengan afiflah. Aku dah cakap kan tadi. Nak keluar dengan Afif" ujarnya berlagak selamba. Walhal hatinya dah berdegup bukan main lagi. Takut sekiranya terkantoi. Belum tiba masanya lagi nak beritahu Aisyah. Masih terlalu awal.

"ehmm... " gumam Aisyah. Sedikit kecewa dengan penolakan Luth Zafran. Sejak tadi lagi dia sanggup menahan lapar semata-mata mahu makan bersama suaminya. Namun hampa bila permintaannya di tolak begitu saja.

Dia tersenyum hambar. Merawat sendiri luka di hati yang kian pedih. Semakin dia cuba bersabar semakin kuat pula ujian yang datang. Berkali-kali dia bersabar dengan sikap tidak endah Luth Zafran kepada dirinya. Dari sehari ke sehari hatinya semakin sakit. Tapi dia masih boleh bertahan. Kerana cintanya yang menggunung buat Luth Zafran. Berharap cintanya akan terbalas suatu hari nanti.

"jom kita sembang-sembang kejap" tanpa mempedulikan Luth Zafran. Aisyah terus menarik tangan suaminya duduk di ruang tamu.

"abang okey tak ni?" tanya Aisyah.

"okey je!" jawab Luth Zafran.

"kenapa macam gelabah semacam je ni? Abang ada apa-apa nak bagitau Aisyah ke?" tanyanya lagi. Bukan dia tidak sedar sejak tadi lagi suaminya bagaikan cacing kepanasan. Entah apa yanh di fikirkan.

"tak ada apalah" Luth Zafran tersenyum kekoh. Aisyah sekadar mengangguk kecil tidak mahu memaksa Luth Zafran.

Suasana sepi seketika. Hanya kedengaraan suara daripada TV saja. Sesekali Luth Zafran mencuri pandang ke arah isterinya. Dia akui tiada yang kurang di wajah itu. Semuanya sempurna.

"aku nak tanya sikit boleh?" Aisyah memandang Luth Zafran sambil menjongket kan keningnya tanda kenapa

"kenapa kau suka kat aku?" tanya Luth Zafran. Matanya tepat memandang Aisyah yang sedikit terkejut dengan soalannya.

"kenapa abang nak tahu?" tanya Aisyah pula. Sengaja bermain tarik tali dengan Luth Zafran.

"saja!" balasnya sepatah sambil mengangkat kedua bahunya. Aisyah mengeluh perlahan.

"Aisyah suka abang sebab... Aisyah pun tak tahu kenapa. Bukannya aisyah tak pernah cuba nak lupakan abang tapi Aisyah tak mampu. Demi Allah aisyah sayangkan abang iklas. Even Aisyah tahu abang tak pernah pun sayangkan Aisyah. Tapi asiyah tetap nak abang." ujarnya. Matanya sedikit berkaca. Luth Zafran pula senyap. Hatinya terusik dengan kata-kata Aisyah.

"tipulah kalau Aisyah kata aisyah okey je dengan layanan abang. Tapi jujurnya Aisyah sakit hati. Aisyah kecewa. Aisyah tahu Aisyah bukan tandingan kak su. Walaupun macam mana pun usaha  Aisyah, Aisyah tetap kalah dengan kak su. Kalah tanpa bertanding. I know abang masih sayangkan kak su kan. Aisyah tahu semua tu. Tapi Aisyah akan bersabar salagi Aisyah mampu" katanya lagi.

Luth Zafran tersentak saat nama Suraya di sebut-sebut. Rasa simpati mula berjalar di hatinya.

"aku minta maaf. Kau pun tahu kan sedalam mana cinta aku kat suraya. Kau sendiri tahu macam mana aku sayang kat dia. Jadi aku harap kau tak menaruh apa-apa harapan dengan perkawinan ni. Aku tak janji perkawinan ni akan terus sampai bila. Aku pun tak janji aku akan terus move on dengan suraya. Tak mustahi bila aku jumpa dia semula aku akan suka balik kat dia. Macam kau cakap tadi sukar nak lupakan aku. Macam tu juga sukarnya aku nak lupakan suraya. So aku minta maaf awal-awal. Aku tak nak kau terus tersiksa dengan perkawinan ni. Sampai masanya aku sendiri akan ceraikan kau. Perkawinan ni tak akan lama. Semua ni ibu dengan ayah yang uruskan. Aku cuma tunaikan saja." sesudah berkata begitu Luth Zafran berdiri meninggalkan Aisyah bersendiri.

Pecah juga empangan air matanya. Sejak tadi lagi dia menahan. Tapi bila dengar saja kata-kata berbisa Luth Zafran. Dia sudah kalah. Tidak mahu melawan esakan yanh semakin menggila.

Hatinya sakit hanya tuhan yang tahu. Sangat sakit hingga tidak ada penawarnya lagi.

Aisyah menarik nafas dalam. Esakan nya di kawal. Tidak mahu terlihat begitu lemah. Sepatunya dia harus bersedia dengan semua ini. Bibir mengukir senyuman lebar. Cuba menutup rasa pedih itu dengan senyuman. Sisa Air matanya di lap lembut.

Perlahan dia bangun mematikan siaran TV. Hilang segala moodnya. Kaki melangkah keluar ke kolam renang di belakang rumah.

Terasa tenang sedikit hatinya tatkala merendam kakinya masuk ke dalam air yang diingin itu. Sediingin hatinya kala ini. Dia mendonggak memandang langit yang di hias bintang malam. Sekali lagi senyuman terukir di bibirnya.

'kau kena kuat Aisyah. Kau tak boleh mengalah macam ni. Kau kena yakin. Insya allah suatu hari nanti akan ada nama kau tertulis di hati Luth Zafran.' desis hatinya.

Beginalah kehidupan nya. Bila merajuk pujuk sendiri. Bila menangis lap sendiri. Bila sedih gembirakan hati sendiri. Semuanya di lakukan dengan sendiri. Berharap suatu hari nanti akan ada yang memujuknya. Akan ada yang lap air matanya. Akan ada yang sudi mengembirakannya bila sedih. Dia hanya mampu berharap dan terus berharap. Mungkin kah harapan itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti?

Serahkan semuanya pada yang isa insya allah semuanya akan menjadi kenyataan.





















Hi guys 🤗.. Kita berjumpa lagi. Harap bab kali ni serenok lah ye 😘.

Semalam Author ada tanyakan korang nak Luth Zafran dengan siapa?

Seorang je yang komen.. @ama_lina23 dia nak Luth Zafran ❤ Aisyah!  Korang setuju tak?

Okey.. Author akan tunaikan 🙃🌹

My PrincessWhere stories live. Discover now