BAB 45

8.6K 227 0
                                    

3 tahun kemudian


Lebar senyuman menghiasi bibirnya. Rindu dengan tanah air sendiri setelah 3 tahun meninggalkannya. Ya, sepanjang 3 tahun juga dia langsung tidak balik ke sini mahupun meyambut hari raya. Dia berjalan sambil menarik bagasinya.

Tempat perhentian teksi di tuju sebelum memasuk salah satu teksi di situ. Setelah memberi lokasi yang ingin dia pergi terus saja dia memandang ke luar tingkap. Tidak banyak berubah di kuala lumpur ini. Sama saja seperi yang di lihat sebelum ini.

Aisyah tersenyum lagi. Ya, dia itu adalah Aisyah yang sekian lama telah membawa di ke amsterdam. Tidak sabar-sabar rasanya mahu pulang ke rumah. Sungguh kepulangannya ini tiada siapa yang tahu. Sengaja dia tidak memberitahu sesiapa. Mahu membuat kejutan.

Dia tergelak kecil pula. Terbayang-bayang wajah terkejut papa dan mamanya. Sepanjang dia di sana dia hanya mampu melepaskan rindu dengan membuat panggilan video saja. Sudah tentu itu tidak cukup melunaskan rindunya. Namun kali ini dia dapat memeluk erat kedua ibu bapanya. Betapa bahagianya dia bila memikirkan hal itu.

Jauh termenung tidak sedar yang dia kini sudah berada di hadapan rumahnya. Segera dia membayar tambang. Segala barang-barangnya di bawa keluar. Hilang saja teksi itu dia menarik nafas dalam. Teruja yang amat. Lama dia memandang rumahnya yang sudah tidak di jejak selama 3 tahun itu. Pun sama juga tiada apa yang berubah. Cat rumah pun masih sama. Semuanya sama.

Dengan langakah penuh berhati-hati dia berjalan. Lebih teruja melihat pintu rumahnya itu hanya terbuka. Dia menanggalkan kasutnya sebelum masuk ke dalam. Bagasinya di letakkan di tepi. Melihat ruang tamu yang tidak ada orang dia tersenyum kecil. Ruang tamunya juga tiada yang berbeza. Cuma berbeza sedikit saja tapi dia langsung tidak hirau.

Mendengar bunyi yang di dapur membuatkan dia terus berjalan ke dapur. Di lihat kadijah khusyuk sangat menghadap singki. Air matanya mula bergenang melihat tubuh yang di rindui itu. Perlahan dia mendekati sebelum memeluk erat tubuh tua itu.

"ya allahh.. Siapa ni?" kalut kadijah bertanya. Aisyah yang sudah mengalir air mata itu tersenyum. Kadijah masih lagi kaku berdiri.

"sampai hati tak kenal anak mama ni" rajuk Aisyah. Serta merta pergerakan kadijah yang mahu melepaskan diri dari dakapannya terhenti. Tidak sampai seminit tubuh nya terasa di peluk erat.

"ya allah anak mama.. " sebak Kadijah berkata. Tubuh Aisyah di peluk erat sambil bibirnya tidak berhenti mengucap kesyukuran.

"ishh.. Kenapa tak bagitau nak balik?" marah Kadijah. Aisyah hanya mengumam dalam pelukkan mamanya. Dia mahu peluk tubuh itu selama yang boleh. Melihat tiada jawapan dari Aisyah, kadijah tersenyum kecil sebelum mengampau wajah anaknya.

"rindunya dengan aisyah" serta merta air mata tuanya mengalir saat memandang wajah anaknya yang kini semakin matang. Dahi Aisyah di cium lembut. Lama dia mengucup bagaikan tidak mahu lagi melepaskannya.

"Aisyah pun rindu mama.. " balas Aisyah. Dia pula mencium kedua pipi kadijah sebelum kembali memeluk tubuh itu. Kadijah mengusap belakang anaknya. Lama mereka berdiam diri. Masing-masing melepaskan rindu.

"kadijah... " panggil seorang. Siapa lagi kalau bukan daut papa Aisyah. Daut berjalan ke dapur sambil masih memanggil nama isterinya. Namun suaranya bagaikan tersekat tatkala tiba-tiba tubuhnya di peluk. Terkebil-kebil dia melihat gerangan yang memeluknya.

My PrincessWhere stories live. Discover now