BAB 30

6.6K 182 4
                                    

Luth Zafran memandang Aisyah yang sibuk menolong membakar ayam itu. Sejak dia nampak Aisyah dengan Afif berduaan hatinya tiba-tiba sakit. Entah kenapa. Dia rasa tak senang tak sedap hati.

"awak.. " panggilan suraya menyentakkannya. Dia tersenyum sebelum menjongket Kening.

"awak tengah tengo apa tu?" tanya Suraya. Luth Zafran mengeleng kepala.

"nothing. Dah okey kepala tu. Sakit lagi tak?" tanyanya prihatin. Suraya mengeleng.

"awak nak saya tolong ke?" soalnya melihat Luth Zafran yang sibuk memotong isi ayam itu.

"it's sokay. Sikit je lagi ni."

"betul ni?" tanya Suraya lagi meminta kepastian. Luth Zafran sekali lagi mengangguk.

"okeylah, saya tolong Aisyah kejap" ujar Suraya meminta diri. Luth Zafran hanya tersenyum membalas kata-kata Suraya. Fikirannya kini hanya memikirkan tentang Aisyah dan Afif saja.

"kau dah kenapa geleng-geleng kepala?" Afif menepuk perlahah bahu Luth Zafran.

"tak ada apa. Saja nak regangkan otot" jawab Luth Zafran bersahaja.

Afif menarik kerusi di sebelah Luth Zafran sebelum melabuhkan punggung di kerusi tersebut.

"kau cakap apa kat Aisyah tadi?" tanpa membuang masa Luth Zafran terus menyoal. Hatinya meronta-ronta mahu tahu. Afif berkerut dahi sebelum tersenyum sedikit.

"Saja je. Nak ngurat.." jawabnya selamaba. Tajam Luth Zafran memandangnya namun di buat tidak tahu saja.

"kau biar betul. Bini aku tu. Kau carilah perempuan lain jangan nak ambil bini aku." ujarnya tidak berpuas hati. Afif tertawa kecil. Jelas di raut Luth Zafran yang sedang menahan cemburu.

"bukan kau tak suka dia ke?" soalnya sengaja mahu bermain dengan api.

"siapa cakap?"

"akulah cakap.. "

Luth Zafran merengus kasar. Di biarkan sepi saja kata-kata Afif itu tanoa niat mahu membalas. Dia mula memberi tumpuan kepada kerjanya.

"aku gurau jelah. Janganlah tunjuk sangat muka beruk kau tu.. " sindir Afif tanpa rasa bersalah.

"kau samakan aku dengan beruk?" kata Luth Zafran menahan geram.

"salah ke? Dah memang faktakan.." balasnya berani.

"habis kau ingat muka tu handsome sangatlah" perli Luth Zafran.

"mestilah.. " riak Afif mengaku. Luth Zafran mencebik.

"dahlah.. Aku ada kerja nak buat lagi.. " Kata Afif sebelum berlalu pergi meninggalkan Luth Zafran.

Selesai saja mencuci ayam yang sudah di potongnya itu. Luth Zafran menbasuh ayam itu sebelum membawa ke tempat pembakaran. Dia mendekati Suraya yang duduk berhadapan dengan Aisyah.

"kenapa tangan tu?" tanya nya prihatin.

"Kena api tadi. Sikit je ni" jawab Suraya. Luth Zafran dengan cepat terus menarik tangan Suraya.

My PrincessWhere stories live. Discover now