BAB 42

8.3K 224 24
                                    

Luth Zafran sekadar melihat adiknya yang sedang berpeluk dengan kawannya itu. Dia berdehem seketika tatkala Irish sudah masuk ke kereta di sebelahnya.

"ada apa-apa barang yang tinggal lagi ke?" tanya Luth Zafran. Irish mengeleng kepala. Dia melambai ke arah kawannya yang bernama sara itu sebelum kereta yanh di pandu abangnya bergerak.

Suasana sepi sahaja. Hanya kedengaran suara radio yang menemani. Irish meramas-ramas jarinya sesama sendiri. Sejak dari hari di mana dorang bergaduh, hubungan mereka semakin hambar. Menegur pula bila perlu saja.

"kenapa?" tanya Luth Zafran memecah kesunyian mereka. Pelik melihat adiknya yang seperti teragak-agak mahu bercakap.

"hurmm... Sorry" ujar Irish lembut. Luth Zafran mengerling sekilas sebelum kembali menumpukan pandangan ke arah jalan raya.

"for what?" keningnya berkerut. Hairan apabila Irish tiba-tiba meminta maaf.

Irish mengeluh lemah. Dia menarik nafas dalam. Tidak mahu hubungan adik beradik mereka sediingin begini.

"sebab yang hari tulah.. " Luth Zafran terdiam. Dia sudah tahu apa yang di katakan Irish. Sengaja dia mendiamkan diri. Memberi ruang kepada Irish untuk berkata.

"irish cuma tak suka je kat kak su tu!" rungutnya.

"sebab apa rish tak suka su?" tegas Luth Zafran bertanya. Irish mengembam bibir.

"entahlah rish memang tak suka kat dia. Rasa panas je. Dari awal along kenalkan dia dengan rish memang rish tak berkenaan langsung dengan dia." luah Irish. Jelas nadanya yang tidak berpuas hati seolah-olah Suraya adalah musuh ketatnya. Luth Zafran mengeleng. Dia sudah tahu Adiknya itu tidak senang dengan kehadiran Suraya.

"tapi rish akan cuba suka kat dia memandangkan along nak juga kawin dengan dia tu.. " omel Irish.

"along maafkan ke tak ni?" rungut Irish. Dia mengerling sekilas ke arah Luth Zafran yang diam tidak terkutik.

"yalah.. Janji tak buat lagi" pesannya. Pantas saja Irish mengangguk. Dia mengeluh lega. Biarpun hatinya masih tidak boleh menerima hakikat bahawa Suraya akan menjadi kakak iparnya tapi dia kena hormat keputusan abangnya.

"rish ada nak pergi mana-mana ke lepas ni? Kalau tak ada kita balik terus" soal Luth Zafran tanpa memandang Irish. Irish terdiam seakan-akan memikir.

"berhenti kat seveneleven kejap" arahnya. Luth Zafran mengangguk sebelum membelok keretanya masuk ke dalam simpang yang menuju ke arah Seveneleven yang dikatakan tadi.

Keretanya di parking jauh sedikit dari kedai itu memandangkan tempat parking penuh. Dia menoleh ke arah Irish yang sudah siap sedia mahu keluar.

"along temankan.. " ujarnya lembut. Tali pinggangnya juga di buka.

"tak pe. Dekat je ni." tolak Irish lembut namun Luth Zafran masih berdegil.

"tak nampak ke jalan ni gelap. Nanti jadi apa-apa macam mana?" tegas suaranya berkata.

"ish.. Yalah" akhir mahu tidak mahu terpaksalah juga Irish bersetuju. Abangnya ini pantang sangat bila dia keluar seorang waktu malam. Terasa tangannya di genggam erat. Tidak perlu menoleh dia sudah tahu siapa yang memegang. Mestilah Luth Zafran.

My PrincessWhere stories live. Discover now