BAB 22

4.8K 161 21
                                    

Luth Zafran mengerling sekilas ke arah cinta hatinya itu. Sedari tadi tangannya tidak lepas dari terus menggenggam tangan Suraya.

Pandangannya beralih ke tasik di hadapan mereka. Ini tempat di mana cinta mereka berputik. Sebab itu mereka sengaja singgah ke sini. Tidak ada orang di sini melainkan mereka berdua sahaja. Dah pun lewat malam siapa je nak lepak tempat gelap-gelap macam ni.

"su okey tak ni?" tanya Luth Zafran memecah kesunyian malam. Suraya tersenyum kecil.

"okey je. Su rindu sangat kat biy. Su rindu nak dating dengan biy. Semua su rindu" ujarnya. Dengan manja di melentokkan kepalanya di bahu Luth Zafran sambil membalas genggam tangan Luth Zafran. Aman terasa jiwa raganya.

"biy pun rindu juga. Rindu nak dengar tawa su. Rindu nak usik su. Segalanya tentang su semua biy rindu. Biy hanya mampu putarkan semula kenangan kita dalam khayalan  je. But now..su dah ada depan biy. Biy happyyyyy sangat" balas Luth Zafran juga. Suraya mendonggak memandang wajah tampan itu.

"sorry sebab tinggalkan biy dulu" entah masuk kali ni dah berapa kali suraya mengungkapkan kata maaf.

"biy fahamlah.. Tak payahlah nak cakap banyak kali." ujarnya sambil menjeling manja.

"biy... " panggil Suraya lembut.

"ehmm.. " Luth Zafran hanya mengumam.

"boleh su tahu siapa isteri biy?" tanyanya penuh berhati-hati. Tidak mahu mood lelaki itu rosak atau pun marah dengan soalannya. Luth Zafran terdiam seketika. Mendengar saja perkataan 'isteri' itu membuatkan dia mengingati Aisyah. Dalam diam dia juga rasa bersalah dengan isterinya itu.

"kenapa nak tahu?" Luth Zafran pula bertanya tanpa menjawab soalan Suraya.

"tak ada apa. Saja je." kata suraya selamba. Luth Zafran mengeluh lemah. Fikirannya butuh sama ada Suraya atau Aisyah.

"Aisyah.. " jawabnya sepatah. Terus saja Suraya mengangkat kepalanya. Bulat matanya memandang Luth Zafran.

"biy jangan cakap Aisyah yang... "

"yup! Memang dia pun. Ingat lagi tak Aisyah yang selalu datang rumah biy tu. Kawan baik irish." beritahu Luth Zafran.

"mestilah ingat. Tak sanggah dia jadi isteri biy. Su tahu dari dulu lagi dia sukakan biy." rungut Suraya.

"ehmm macam ada bau-bau cemburu je ni?" usik Luth Zafran. Suraya mencubit kuat lenggan Luth Zafran.

"sakitlah.. " rengek Luth Zafran sambil mengosok lenggannya.

Suraya tertawa. Suka melihat wajah cemberut itu. Terasa comel di matanya.

"sorryy" katanya. Luth Zafran tersenyum di tarik bahu suraya mendekatinya. Suraya diam menerima perlakuan Luth Zafran. Masing-masing kembali senyap. Menghayati suasana yang mendamaikan.

"agaknya kalau Aisyah tahu yang kita bersama semula macam mana?" tiba-tiba Suraya bertanya. Luth Zafran mengerling sekilas sebelum mengeluh perlahan.

"biy tak tahu"

"kalau di bagi pilihan antara su dengan Aisyah siapa yang biy pilih" tanya Suraya lagi. Sambil mata memandang langit yang di hiasi bintang.

"biy tak tahu juga" jawab Luth Zafran. Sungguh dia memang tidak tahu apa yang perlu dia buat.

"kalau biy pilih Aisyah pun su tak marah. Sebab Aisyah adalah isteri yang sah untuk biy. Su pula hanya kenangan biy. Bayangkan kalau Aisyah tahu kita bersama mestu dia akan kecewa. Jujur kalau su di tempat aisyah mesti su pun akan kecewa. Isteri mana je tak sakit hati bila tahu suami dia ada perempuan lain" ujarnya. Penuh dengan maksud tersirat. Memang dia juga kenal Aisyah. Sejak dia bercinta dengan Luth Zafran dia memang sudah mengenali Aisyah.

"biy tahu. Tapi kalau di bagi pilihan macam yang su cakap tadi. Biy akan pilih su. Sebab biy sayang dan cintakan su." Luth Zafran mencium sekilas kepala Aisyah sebelum kembali menghayati suasana malam ini.

"biy tak sayangkan Aisyah ke?" tanya Suraya lagi. Memang dia terharu dengan kata-kata Luth Zafran tadi. Tapi dia masih lagi waras. Tak kan dia mahu menjadi orang ketiga dalam rumah tanggan mereka walaupun sekarang ni pun adalah salah berhubung dengan suami orang.

"sayang!" jawab Luth Zafran sambil mengangguk kepalanya.

"tapi sayang biy dekat dia berbeza macam mana biy sayangkan su." sambungnya lagi.

"su tak sanggup nak kecewa kan dia." ujar Suraya perlahan.

"biy pun tak sanggup. Dia baik. Semua tanggujawab sebagai isteri dia lakukan. Dia tak pernah tinggikan suara dekat biy. Dia manja. Dia suka membebel. Dia cantik. Tapi entah hati biy susah sangat nak terpaut dengan dia. Biy sayangkan dia sebagai adik tak lebih dari tu." kata Luth Zafran. Terukir senyuman di bibirnya saat mengenangkan embun badannya.

"su jangan risau. Biar hubungan ni hanya kita berdua saja yang tahu" ujar Luth Zafran tatkala melihat raut wajah manis itu diam.

"lambat laun dia akan tahu juga" balas Suraya. Separuh hatinya mahu bersama dengan Luth Zafran tapi separuh lagi hatinya tidak mahu Aisyah kecewa. Dia juga turut bingung. Sungguh mengapai cinta bukannya senang seperti memetik jari. Banyak dugaan yang perlu di tempuhi.

"biy tahu. Biar masa yang menentukan segalanya."

Suraya mengangguk kepala. Biarlah masa yang menentukan perjalanan cinta mereka. Jika kalau jodoh mereka kuat maka tak akan kemana juga. Tapi jika kalau jodoh mereka hanya setakat ini. Biarlah dia berlalu pergi meninglan kenangan manis buat mereka. Cinta itu kekadang pahit. Dan kekadang juga ada manisnya.

My PrincessDonde viven las historias. Descúbrelo ahora