BAB 52

9.5K 217 2
                                    

Aisyah mengeliat sedikit. Terasa pinggang di peluk seseorang pantas dia membuka mata. Terlopong dia melihat Luth Zafran selamba saja tidur di sebelahnya. Dengan pakej dengkur sekali.

Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan besar itu namun tidak berjaya dek Luth Zafran semakin menariknya ke dalam pelukan. Keluhan di lepaskan.

Dia memgerling melihat wajah nyenyak itu. Sudah lama dia tidak merasakan dakapan hangat seperti ini ketika tidur. Tangannya perlahan-lahan menjalar ke wajah Luth Zafran. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Tentang suraya. Tentang semuanya.

"kenapa makin handsome ni.. " omelnya perlahan. Jarinya bermain-main di sekitar bibir nipis suaminya. Terletus tawanya melihat Luth Zafran merengek kecil itu.

Sedar akan keterlanjurannya laju saja Aisyah menarik semula tangannya kepala di geleng berkali-kali. Masakan sekelip mata saja dia sudah memaafkan lelaki di sebelahnya ini. 3 tahun dia membuang nama itu tapi tidak sampai sehari dia sudah mula terpaut. Hebat bukan pinangan seorang Luth Zafran.

Aisyah sekali lagi mencuba untuk melpaskan diri daripada pelukan Luth Zafran tapi sama juga seperti tadi. Semakin erat pula dia di peluk. Berkerut dahi Aisyah. 'ni tidur ke dah sedar ni'bisik hatinya sendiri.

"tak nak kiss abang ke?" tegur suara serak Luth Zafran. Aisyah mencebik. Tangan yang memeluknya itu di cubit geram.

"lepaslah.. " marahnya. Di tampar kuat pula tangan itu. Luth Zafran memgekek tertawa melihat Aisyah yang sudah merah-merah muka. Dia bangun lalu menindih pula tubuh kecil Aisyah. Hampir saja hidung mereka berlaga. Aisyah yang tadinya meronta terus terdiam. Matanya terkebil-kebil memandang Luth Zafran.

"tadi kata abang makin handsome kan.. Apa kata sayang kiss abang.. " miang Luth Zafran berkata. Semakin berbahang wajah Aisyah. Dalam diam dia mengutuk diri sendiri. Malu terkantoi pula puji suami sendiri.

"ishh.. Bila masa pula? Perasaan je" naifnya. Dada Luth Zafran di tolak-tolak. Sesak nafasnya apabila mereka sedekat ini. Kecut perut.

"tak nak mengaku ye.. " usik Luth Zafran. Hidungnya di gesel-geselkan dengan hidung Aisyah. Berdiri segala bulu Aisyah.

"tepilah.. " jerit Aisyah lagi. Kali ini dengan segala kekuatan dia menolak Luth Zafran. Pantas dia turun dari katil saat dirinya sudah bebas dari kepungan lelaki itu. Rambutnya yang serabai di sanggul tinggi. Tidak di hiraukan pandangan Luth Zafran.

"sayang nak ke mana?" tanya Luth Zafran. Aisyah menjeling sebelum berlari keluar dari bilik itu. Tertawa Luth Zafran dengan perangai Isterinya.

"nampaknya aku kena google cara pujuk isteri" omelnya sendiri. Dia tahu Aisyah masih marahkannya.

Perlahan-lahan dia bangun. Badannya di regangkan. Dia sendiri tidak sedar bila dia terlena. Niat di hati cuma mahu menemani si isteri tidur. Tapi dia sendiri terlena. Bila pun dia tak tahu.

Tandas di tuju. Wajahnya di basuh. Di pandang wajahnya di pantulan cermin. Bibir mengukir senyuman kepuasaan. Bangga bila Aisyah memujinya semakin handsome. Bukan dia tidak sedar Aisyah menelik wajahnya. Sengaja Berpura-pur tidur. Mahu melihat sejauh mana Aisyah bertindak.

Dia tertawa lagi. Lucu bila mengenangkan wajah termalu isterinya bila terkantoi. Mahu saja di kucup seluruh wajah Aisyah tadi. Tapi di tahan saja niatnya tidak mahu kemarahan Aisyah bertambah jika dia bertindak sesuka hati.

My PrincessWhere stories live. Discover now