BAB 17

4.6K 179 0
                                    

Selesa saja makan malam terus Irish menarik Aisyah naik ke atas biliknya. Terpinga-pinga Aisyah mengikut jejak Irish.

"kau dah kenapa?" tanyanya kalut. Di pandang Irish yang bercekak pinggang mememandangnya. Berkerut dahi Aisyah.

"kau duduk sini" arahnya. Kasar dia menarik tangan Aisyah duduk di sisinya.

"kenapa?" sekali lagi Aisyah bertanya.

"so macam mana?" soalnya dengan kening di naik-naik kan.

"Apa yang macam mana?" Aisyah bertanya dengan wajag polos. Dia langsung tidak dapat memahami apa yang di tanya Irish.

"baju tu lah macam mana? Kau dah goda belum??" kata Irish geram. Lenggan Aisyah di goyang-goyangkan. Tidak sabar mahu mendengar.

"erk.. " terkelu Aisyah terus. Tanpa di pinta matanya mula bergenang dengan air mata. Di kelip-kelip matanya cuba menghalang daripada terus jatuh. Tangannya di genggam.

"Aisyah.. " Irish mengusap perlahan belakang badan Aisyah. Melihat wajah Aisyah yang berubah muram dia sudah tahu apa jawapannya. Di peluk erat tubuh itu.

"tak apa. Kita cuba lagi. Kau jangan mengalah okey" ujarnya. Aisyah terus menghamburkan tangisannya. Jujur dia perlukan sesorang untuk meluahkan rasa sakit ini. Dia tidak kuat menanggung sendiri.

"aku.. A..ku malu rish.. Di..a.." tersekat-sekat Aisyah bercakap. Tangisannya semakin kuat.

"tak apa. Dahlah. Tak comellah menangis macam ni" usik Irish. Di lap lembut air mata di pipi Aisyah.

"kau kena kuat okey. Kawan aku kan kuat. Janganlah menangis macam ni." pujuk Irish. Aisyah mengangguk dalam tangisan. Dia menarik nafas panjang. Bibir mengukir senyuman.

"terima kasih rish.. " ujarnya. Di tahan air matanya. Dia tidak mahu nampak begitu lemah. Dia harus kuat seperti yang Irish katakan.

"kau janganlah sedih-sedih. Aku janji aku akan tolong kau pikat along aku tu. Kacang je tu" katanya riak. Tertawa kecil Aisyah melihat wajah semangat Irish itu. Memang Irish kawan yang baik dan memahami.

"kau janji jangan tinggalkan aku. Kau janji" pinta Aisyah.

"promise" balas Irish dengan senyuman lebar. Aisyah juga turut tersenyum.

"dah jom turun..." ajaknya. Aisyah menahan.

"kenapa?" tanya Irish, hairan.

"aku nak cuci muka kejap" jawabnya sebelum berlari anak menuju ke kamar mandi Irish.

Selesa saja mencuci muka. Mereka terus keluar menuju ke ruang tamu. Riak mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku. Walhal baru saja sebentar tadi Aisyah menangis.

"dari mana ni?" tanya Luth Zarudin. Aisyah dan Irish duduk bertentangan Luth Zafran.

"tak ada dari bilik rish je" balas Irish. Dengan selamba dia mengambil keropok di atas meja.

"buat apa?" kali ini Luth Zafran pula bertanya. Sempat dia memandang wajah Aisyah yang menunduk itu.

"nothing. Girls talk. Sibuk je" ujar Irish seraya menjeling tajam abangnya.

My PrincessWhere stories live. Discover now