BAB 53

9K 249 5
                                    

Aisyah sedari tadi menguis-guis nasi di pinggangnya. Seleranya hilang biarpun lauk yang di makan adalah makanan kegemaraannya.

"Aisyah okey tak ni?" tanya Daut. Aisyah berpaling sebelum mengangguk. Ketika matanya memandang wajah Luth Zafran di sebelahnya terus di jeling. Sakit hati melihat senyuman di bibir itu.

"tambahlah lagi Luth.. " pelawa Kadijah. Luth Zafran mengangguk. Di kerling sekilas isterinya yang sedari tadi bagaikan tidak bermaya.

"tolong ambilkan abang ayam tu boleh?" pintanya manja. Aisyah menjeling tajam sambil mulutnya terkumat-kamit membebel.

"ambillah sendiri ada tangankan.." ujarnya selamba.

"Aisyah. " tegas Daut menyebut namanya seperti memberi amran. Aisyah mengeluh kecil tahu yang papanya tidak suka dia bertindak kurang ajar seperti itu. Melihat pandangan mata Daut terus saja dia menyedok ayam yang di minta Luth Zafran tadi ke pinggannya.

"terima kasih.. " lembut Luth Zafran berkata. Aisyah hanya mengumam sebelum kembali meneruskan makan.

"bila Luth masuk kerja?" tanya Daut. Luth Zafran yang nampak berselera makan itu terhenti.

"esok pa.. " jawabnya. Daut mengangguk.

"aik.. Bilalah kita dapat cucu ni" omel Daut perlahan. Terus tersedak Aisyah.

"uhukk.. " terbatuk-batuk dia mendengar omelan Papanya. Luth Zafran segera bertindak mengusap belakang Aisyah. Air suam di beri. Pantas saja Aisyah meminum rakus. Habis merah wajahnya

"aik.. Baru cakap macam tu dah tersedak" usik Daut. Aisyah yang sudah reda daripada batuk terus menepis tangan Luth Zafran yang masih setia mengusap belakangnya. Semakin berbahang wajahnya tika melihat senyuman penuh makna dari Luth Zafran.

"Luth ada usaha lebih tak?" tanya Daut sengaja mahu melihat reaksi anaknya.

"macam mana nak usaha pa.. Belum sentuh lagi ni" selamba Luth Zafran berkata. Langsung tidak bertapis. Sekali lagi Aisyah tersedak.

"uhukk.. Uhukk.. " kali ini panjang pula batuknya sehingga di beri air pun masih juga terbatuk. Luth Zafran sekali lagi mengusap belakang Aisyah.

"uhukk.. " batuknya tidak berhenti.

"ya allah budak ni.. " risau Kadijah melihat wajah Aisyah yanh sudah kemerah-merahan itu. Luth Zafran kali ini menepuk kuat belakang Aisyah. Air suam di beri lagi. Aisyah mengeluh lega. Bibirnya di kesar mengunakan tisu.

"papa ni kan.." rungutnya. Daut tersenyum tidak bersalah.

"tak sabarnya nak main dengan cucu" usik Daut lagi. Kadijah mengeleng kepala melihat suaminya yang tidak henti-henti mengusik anaknya.

"insya allah.. Sekarang Luth kena jalankan misi pujuk memujuk dulu" ujar Luth Zafran sambil mengerling ke arah Aisyah.

"pandai kamulah nak pujuk anak papa ni. Kamu yang cari masalah pandai-pandailah tanggung" pesan Daut. Luth Zafran mengangguk. Sudah semestinya dia sudah mempunyai banyak rancangan mahu memikat hati Aisyah kembali.

"tapi Aisyah ni tak merajuk lama pun... Luth jangan putus asa ye.. " kata Kadijah memberi semangat. Luth Zafran mengangguk gembira.

My PrincessWhere stories live. Discover now