BAB 36

7.1K 243 2
                                    

Alisyah menatap sekali lagi wajah-wajah yang pasti dia akan rindu. Dia tersenyum kecil sebelum tubuh Kadijah di peluk kemas.

"jaga diri.. " bisik Kadijah perlahan. Aisyah mengangguk. Kedua pipi mamanya di kucup sayang.

"mama pun jaga diri.." pesannya. Kadijah mengangguk sebelum mengusap lembut kepala Aisyah. Kucupan sayang di labuhkan du dahi anaknya. Lama.

Aisyah bergerak pula ke arah Daut yang berada di sebelah kanan Mamanya. Tangan tua itu di kucup lembut.

"papa jaga kesihatan tu. Jangan nakal-nakal" usiknya. Pipi Daut juga di kucup. Daut tergelak kecil sebelum turut mengucup pipi anaknya.

"nanti ada masa mama dengan papa lawat Aisyah kat sana. Okey!!" ujarnya. Aisyah mengangguk. Dia mendekati pula mentuanya. Tangan Luth Zaruddin di salam.

"hati-hati kat sana. Kalau Aisyah nak minta tolong ke apa? Bagitau ayah je. Insya allah ayah boleh tolong" Aisyah mengangguk.

"okey.. Ayah pun jaga kesihatan juga. Jaga ibu untuk Aisyah" katanya.

"ehmm.. Nanti ibu seorang-seoranglah kat dapur. Tak ada teman nak bawa borak" rungut manja Datin intan. Aisyah tergelak kecil.

"alahh.. Ibu ni Irish kan ada" pujuk Aisyah. Bahu ibu mentuanya di peluk.

"nak harapkan anak dara ibu seorang ni asyik sibu je memanjang." perlinya. Irish mencebik.

"dah.. Dah kena panggil tu" tegur Luth Zaruddin tatkala mendengar mendengar panggilan suara yang memberitahu bahawa sekejap saja lagi perjalanan akan di mulakan.

"love you bu.. " sempat Aisyah mencium pipi Datin intan.

"byee... " jeritnya sambil melambai tangan. Yang lain juga turut membalas lambaian Aisyah. Baru beberapa tapak Aisyah berjalan dia menoleh kembali.

"kenapa?" tanya Irish hairan melihat Aisyah menuju ke arahnya. Yang lain sudah mengerut dahi.

"aku lupa peluk kau" bisiknya sebelum memeluk erat tubuh sahabatnya. Irish mengigit bibir bawahnya. Pelukan Aisyah di balas sambil menepuk-nepuk belakang tubuh Aisyah.

"i will miss you" bergetar suara Irish berkata. Aisyah melepaskan pelukan.

"me too. " balasnya. Irish tanpa dapar di tahan lagi teruse mencium seluruh wajah Aisyah. Aisyah tergelak geli.

"gelilah.. " jeritnya nyaring. Setelah puas Irish sendiri melepaskan kepala Aisyah.

"bekalan rindu" ujarnya selamba. Aisyah mengeleng sebelum turut mencium dahi Irish.

"Aisyah gerak dulu" sekali lagi dia melambai keluarganya yang masih berdiri di situ.

Hilang saja bayang Aisyah mereka semua tersenyum lega. Datin intan menarik tangan Irish.

"jom balik. Bukannya tak dapat jumpa lagi kawan baik kamu tu" usiknya. Tahu yang anak daranya itu sedih dengan pemergian Aisyah. Irish mencebik. Lenggan Ibunya di rangkul sebelum melentokkan manja kepalanya di bahu Datin intan.

"lepas ni dah tak ada kawan nak gelak" rungutnya. Luth Zaruddin mengeleng.

"kita singgah makan dululah.. " ujar Daut. Semua menangguk setuju. Perut pun dah berbunyi minta di isi.

My PrincessWhere stories live. Discover now