BAB 51

10.1K 235 2
                                    

Aisyah tersentak akibat ketukan di pintu. Dia menoleh sebelum mengikat rambutnya menjadi satu. Dia bangun dari duduknya. Pintu biliknya di buka. Terjengul wajah mamanya dan Irish. Dia tersenyum nipis.

"kenapa ma?" tanyanya lembut. Pintu di buka luas membenarkan mamanya masuk. Kadijah masuk ke dalam. Tangan Aisyah di tarik duduk di hujung katil.

"dah makan ke? Sejak tadi tak keluar!" ujar Kadijah. Sedari tadi Aisyah berkurung di bilik. Aisyah tersenyum.

"dah tadi makan dengan abang afif.. " lembut dia berkata. Irish hanya mnjadi pemerhati di pintu. Dia memeluk tubuhnya.

"Aisyahh... " lembut Kadijah memanggil. Aisyah mengumam kecil.

"ma.. Aisyah tak nak jumpa dia" laju Aisyah berkata seolah-olah tahu apa yang ingin mamanya ingin kata. Kadijah tersenyum kelat. Tangan Aisyah di genggam. Di usap perlahan tangan putih mulus itu.

"Aisyah.. Mama tau aisyah terluka tapi.. "

"ma.. Please.. Aisyah tak nak" belum pun sempat Kadijah menghabiskan kata-katanya. Aisyah terlebih dahulu bersuara. Dia memeluk erat tubuh kadijah bagaikan merayu. Kadijah memandang Irish sebelum mengeluh kecil. Kepala Aisyah di usap lembut.

"Aisyah.. " kali ini Daut pula memanggil. Daut yang baru tiba itu terus duduk di sebelah Aisyah. Bahu Aisyah di pegang supaya menghadapnya.

"jumpa dia dulu sekali ni je. Lepas ni apa-apa keputusan terpulang kat Aisyah.. " lembut dia berkata. Aisyah diam. Dia memandang jarinya.

"papa.. Aisyah tak sedia lagi.. " katanya separuh merayu. Daut mengeluh perlahan. Wajah Aisyab di pegang supaya memandangnya.

"tolong dengar cakap papa kali ini.. " Aisyah mengigit bibir bawahnya. Matanya mula berkaca. Nafas di tarik panjang sebelum di hembus perlahan. Mahu tidak mahu di anggukan saja kepalanya.

Daut tersenyum gembir begitu juga Irish dan kadijah. Daut mengucup dahi Aisyah sekilas.

"macam tu lah anak papa.. " pujinya. Aisyah tersengih. Kali ini tubuh Daut di peluk. Wajahnya di sembamkan di dada Daut.

"dah... Tenang-tenangkan diri dulu.. " pesan Daut. Aisyah mengangguk perlahan. Pelukan di lepaskan.

"papa keluar dulu.. " ujarnya. Kadijah juga turut mengikut langkah suaminya.

Sebaik saja mereka keluar. Aisyah terus menghempas tubuhnya di katil. Keluhannya di lepaskan. Kakinya menghentak-hentak katil melepaskan geram. Kepalanya di garu kasar.

"aku tak nak jumpa dia... " omelnya. Air matanya mula mengalir. Sungguh dia belum ada kekuatan mahu berjumpa dengan Luth Zafran. Dia masih belum sedia.

Aisyah mengetap bibir melawan esakan yang kian mengasak dadanya. Semakin dia memikirkan Luth Zafran semakin lebat air matanya mengalir. Dia membaling segala bantal di sisinya. Rambutnya yang serabai tidak di hiruakan. Habis bertaburan sekua bantal yang di baling di lantai. Tanpa dapat di tahan keluar juga esakan dari mulutnya. Terhenjut-henjut bahunya menangis. Entah apa yang membuatkan dia begitu beremosi.











🌹🌹🌹🌹🌹












Luth Zafran berdiri tatkala kedua mentuanya yang baru keluar dari bilik Aisyah mendekatinya.

My PrincessWhere stories live. Discover now