BAB 39

7.8K 224 5
                                    

Untuk Abang

Mungkin bila abang dah baca ni, Aisyah dah tak ada. So halalkan segala makan minum Aisyah selama jadi isteri abang. Ampunkan dosa Aisyah kalau Aisyah dah sakitkan hati Abang. Sorry.

Aisyah harap lepas ni abang akan lebih gembira dan bahagia hidup dengan kak su. Aisyah tahu susah nak lupakan cinta pertama. Aisyah tahu Abang sayangkan kak su. Mungkin jodoh kita tak panjang kutt... Aisyah sedar di mana nama Aisyah terletak di hati Abang.

Abang... Aisyah betul-betul iklas cintakan abang. Bukan Aisyah tak pernah padam nama Abang kat hati ni. Tapi Aisyah tak boleh. Aisyah tak kuat. Tapi sekarang Aisyah rasa Aisyah dah boleh. Abang jangan risau lepas ni Aisyah takkan ganggu Abang lagi.

Nanti bila Abang nak ceraikan Aisyah.. Just tanda tangan je kat borang yang Aisyah bagi. Aisyah dah tanda tangan dah sedia. Tinggal abang je lagi.

Terima kasih jaga Aisyah selama ni. Aisyah hargai sangat-sangat.
Semoga bahagia selalu.

From
Aisyah

Luth Zafran mengambil pula kertas yang lain satu itu. Jelas terlihat Aisyah sudah menanda tangan borang perceraian itu. Lama dia merenung. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya terasa kecewa selepas membaca surat itu.

Dia memandang pula cincin perkawinan mereka. Di belek-belek cincin itu. Cincin yang menjadi saksi perkawinan mereka. Lama dia merenung cincin itu. Hatinya kosong saat ini. Benarkah Aisyah sudah meninggalkannya? Aisyah dah tawar hati ke dengannya? Bermacam-macan soalan mengasak jiwanya. Dia mahu tahu Aisyah pergi ke mana?

Keluahan di lepaskan sebelum meraup kasar wajahnya. Surat tadi di masukkam semula ke dalam sampul tadi. Kunci kereta di ambil. Terus saja dia jalan. Hanya satu tempat saja yang dia mahu pergi.. Iaitu rumah mentuanya.

Setelah mengambil masa kira-kira 1 jam. Barulah Luth Zafran sampai ke destinasi. Dia berdiri seketika memandang rumah yang sederhana besar itu sebelum dengan berani memberi salam.

"Assalamualaikum.." ujarnya separuh menjerit. Hatinya usah di katakan. Debar bukan main.

"walaikumsalam.. " jawah seorang wanita. Siapa lagi kalau bukan kadijah. Luth Zafran tersenyum sebelum menyalam tangan ibu mentuanya.

"Luth rupanya.. Ingatkan siapa tadi. " omel Kadijah.

"mehh.. Masuk dulu" pelawa kadijah. Luth Zafran hanya mengikut dari belakang.

"duduk sini dulu. Mama buatkan air" kata kadijah. Luth Zafran mengangguk. Matanya sibuk meliar mencari susuk tubuh Aisyah. Berharap Aisyah berada di sini.

"Luth.. " panggil Daut. Bahu Luth Zafran di tepuk perlahan. Tersentak Luth Zafran jadinya. Tak sedar bila ayah mentuanya sampai.

"pa.. " sopan dia menyalam tangan Daut sebelum kembali duduk.

"bukan kamu balik lusa ke?" tanya Daut dengan kerutan di dahi.

"kira macam tulah pa.. Tapi risau pula kat ibu. Kaki dia terseliuh sikit" cerita Luth Zafran.

"lahh... Dah okey ke kaki ibu kamu tu?" risau Daut bertanya. Luth Zafran tertawa kecil.

My PrincessDonde viven las historias. Descúbrelo ahora