BAB 16

4.9K 173 0
                                    

Luth Zafran mengerling Aisyah yang sejak tadi mundar-mandir menyediakan sarapan. Mulutnya juga riuh bercakap tapi tidaklah seriuh seperti dulu.

Semalaman dia tidak dapat tidur dengan lena. Rasa bersalahnya mencengkap seluruh tangkai hatinya. Bukannya dia tak tahu Aisyah menangis di tepi kolam itu. Di tahu tapi tidak mahu menganggu gadis itu.

"abang makan lah.." pelawa Aisyah. Luth Zafran tersedar dari lamunan. Kelat dia membalas senyuman dengan Aisyah. Entah bila agaknya Aisyah sudah duduk di sebelahnya.

"makanlah.. " sekali lagi Aisyah mempelawa. Nasi goreng itu di tatap sebelum membawa masuk ke dalam mulut dengan perlahan. Sesekali dia mencuri pandang wajah yang tunduk menikmati sarapan itu. Keluhan di lepas. Dari riak wajah pun dia sudah tahu Aisyah masih marahkan nya.

"aku minta maaf fasal semalam" katanya selafaz. Aisyah mengangkat kepalanya dari terus menunduk.

"aisyah okey je. Aisyah pun minta maaf.." balas nya. Luth Zafran tersengih. Masih terasa bersalah.

"aku tak sedia lagi nak... "

"tak apa. Aisyah fahamlah abang" belum sempat Luth Zafran berkata, Asiyah sudah terlebih dahulu meyambung. Dia membalas senyuman Luth Zafran.

Suasani sepi semula. Luth Zafran mengerling sekilas ke arah Aisyah yang sejak tadi senyap. Rasa janggal pula bila senyap begini.

"ehmm... " dia berdehem menghilangkan rasa janggal.

"kita balik rumah ibulah malam ni nak?" tanya Luth Zafran cuba mencuri prihatian Aisyah.

"betul ke?" Aisyah memandang suaminya gembira.

"ehm.. Kita tidur kat sanalah. Nak?" sekali lagi Luth Zafran bertanya. Hatinya sedikit lega melihat keterujaan di wajah Aisyah. Lega.

"mestilah nak.. " jawab Aisyah dengan senyuman lebar. Dia seolah-olah tidak pernah langsung terasa hati dengan suaminya. Walhal baru semalam dia meraung menangis. Benarlah Cinta itu memang boleh menguatkan insan yang lemah.

"terima kasih abang.. " ujar Aisyah. Luth Zafran tersenyum.

"tak apa. Aku tau kau bosan seorang-seorang kat rumah ni. Kalau kat rumah ibu tak ada lah kau bosan sangat kan.. " katanya.

Aisyah mengangguk. Sungguh dia bosan sangat kat dalam rumah banglo ini. Hidup seorang-seorang. Rasa macam nak mati. Tak ada teman nak sembang.

"aku dah lambat ni." Luth Zafran menlihat jam di pergelagannya sebelum bangun. Aisyah juga turut bangun menghantarnya sehingga pintu.

"aku gerak dulu. " ujarnya. Aisyah seperti biasa mengucup tangan suaminya. Satu saja dia tak berani buat...iaitu kiss pipi Luth Zafran. Memang sudah menjadi kebiasaannya mengucup pipi itu sebelum pergi ke kerja. Wajib!

"take care.. " hanya itu yang dia katakan. Dia takut Luth Zafran tidak selesa dengan perangainya. Suka-suka je nak cium orang.

"kau pun jaga diri.. " Luth Zafran menarik kepala Aisyah dan terus melabuhkan kucupan di dahi bersih itu. Terkebil-kebil Aisyah merenung dada Luth Zafran. Sukar di percayai. Mana pernah lagi suaminya memulakan sesuatu dengan rela.

My PrincessWhere stories live. Discover now