BAB 41

7.8K 215 12
                                    

Luth Zafran termenung sendiri. Sepatutnya hari ini adaalah hari bahagianya. Bukankah ini yang dia mahu. Bersatu dengan cinta hatinya. Tapi entah kenapa dia langsung tidak rasa gembira.

Pada hari ini sahlah juga Suraya menjadi tunangnya. Datin Intan dan Dato Luth Zaruddin sendiri pergi meminang Suraya dan terus bertunang. Keluhan di lepaskan lagi buat entah yang ke berapa kalinya.

Dia mendonggak memandang langit yang di hiasi malam. Fikiran saat ini hanya memikirkan Aisyah saja. Berkali dia menepis dab berkali juga wajah cantik itu menghiasi fikirannya. Adakah ini di namakan rindu?

'bukan ini ke yang kau mau luth?' desis hatinya. Dia buntu. Keluhan di lepaskan lagi. Seolah-olah terlalu besar masalah yang menimpanya.

"jauh termenung!" serkah Luth Zaruddin. Bahu anaknya itu di tepuk sebelum melabuhkan punggung di sebelah Luth Zafran.

Luth Zafran tersenyum kecil. Dia beranjak sedikit memberi ruang kepada Ayahnya untuk duduk.

"menung apa tu? Dari tadi mengeluh je!" ujar Luth Zaruddin.

"nothing.. " jawab Luth Zafran sepatah.

"tak sangkah anak ayah ni dah nak kawin lagi.. " usik Luth Zaruddin. Tapi bagi Luth Zafran dia terasa di sindir pula.

"suka lah tu dapat kawin lagi" sekali lagi Luth Zaruddin memgusik. Luth Zafran hanya membalas dengan senyuman hambar.

"ayah tak marah ke?" tanya Luth Zafran. Dia sendiri keliru dengan penerimaan kedua ibu bapanya. Sangkahnya mereka akan menentang jika tahu dia ada hubung dengan suraya. Tapi ternyata salah.

"marah tu tak adalah. Cuma kecewa sikit je. Tapi dah itu keputusan Luth ayah okey je selagi ia mampu buat Luth bahagia.. " balas Luth Zaruddin.

"ayah nak tanya ni?" Luth Zafran memandang ayahnya. Bagai menanti soalan yang ingin di tuju oleh ayahnya.

"kamu betul-betul ke dengan keputasan kamu ni? Betul nak kawin dengan Suraya? Luth nak ceraikan Aisyah ke?" bertalu-talu soalan Luth Zaruddin bertanya. Luth Zafran terdiam seketika. Semua pertanyaan ayahnya itu dia sendiri tidak tahu jawapannya.

"Luth pun tak tahu ayah.. " perlahan saja suaranya berkata. Luth Zaruddin tersenyum kecil. Bahu Luth Zafran di usap perlahan.

"fikir betul-betul Luth. Kawin, cerai ni bukan main-main." pesan Luth Zaruddin bernada tegas. Luth Zafran mengangguk faham.

"kalau Luth betul-betul suka kat suraya.. Kawinlah hujung bulan ni. Tak baik lambat-lambatkan majlis macam ni. Dan ayah nak pesan.. Lepaskan Aisyah bila Luth kawin dengan Suraya.. Lepaskan dia cara baik. Macam mana ayah dan ibu pinang dia dulu.. Macam tulah Luth lepaskan dia. Dengan cara baik bukan kasar-kasar... " Ujar Luth Zaruddin lagi. Luth Zafran diam.

"dalam dunia ni.. Mana ada perempuan sanggup nak bermadu. Mungkin ada sesetengah yang mahu tapi bukan semua.. Jadi lebih baik leapskan Aisyah. Biar dia cari lelaki yang hargai dia pula.. " pedas ayat hujung Luth Zaruddin di pendengaran Luth Zafran. Ini tak lain tak bukan.. 100 peratus yakin Luth Zaruddin memang meyindirnya.

"ayah masuk dulu.. Fikir-fikirlah.. " kata Luth Zaruddin sebelum berlalu pergi meninggalkan anaknya sendiri.

Hilang saja bayang Luth Zaruddin, Luth Zafran terus melepaskan keluhan panjang. Sekali lagi dia memandang ke atas. Berharap keputusannya betul.

My PrincessWhere stories live. Discover now